Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Agaknya inilah novel yang menjadi inspirasi drama ini. Sumber: RumahBukuIslam.com |
Entah kenapa kakchik masih tidak dapat nak betul-betul meluangkan masa menonton drama Tahajjud Cinta demi menulis sebuah ulasan berdasarkan pandangan kakchik sendiri. Pandangan orang lain memang sudah terlalu banyak dan jenuh dikongsikan di ruangan laman sosial facebook. Sudah dua kali cuba untuk menonton, kedua-dua kali hanya sempat separuh jalan sahaja dan masih dalam episod pertama.
Kakchik memang susah betul nak tengok drama atau filem Melayu. Tak dapat nak bagi alasan yang munasabah tapi memang payah. Sementelah tv hampir sepanjang masa lapang yang kakchik ada, ia sedang digunakan oleh cik abe untuk kerja-kerja berita sukannya. Jadi kakchik pilih untuk menontonnya di youtube tapi baru tengok beberapa minit, mulalah ada gangguan. Mengantuk, rasa letih, rasa malas nak tengok, dan macam-macam. Akhirnya kakchik tutup.
Mood tak datang.
Rasanya pandangan kakchik tak penting sangat pun kerana sudah ramai orang cerdik pandai yang menulis pandangan mereka. Bahkan di facebook tu siap ada laman rasmi membantah tayangan perdana drama TC ni. Kakchik tak perlu war-warkan pun kalian yang punya akaun facebook pasti ternampak ada teman-teman yang LIKE tanda sokong. Ehem, ada juga yang LIKE untuk masuk dan membangkang. Biasalah tu.
Susah kakchik nak duduk diam-diam dan menontonnya kerana mood tak datang. Lagi baik kakchik luangkan telinga dan masa kakchik mendengar bacaan ayat-ayat suci Al-Qur'an ataupun Asma ul-Husna. Betul. Kakchik dah cuba... tapi tak berjaya juga. Esok nak kerja dah, belum tentu dapat luang masa untuk menonton 2 episod kemudian menulis ulasan peribadi. Huhu.
Salah satu punca mood jadi kurang nak tengok ialah kerana gambar ini:
Sumber: FB Fazura |
Oleh kerana kakchik belum betul-betul tengok ceritanya maka komen kakchik hanya setakat itu. Harap-harap bila kakchik berjaya menontonnya dengan hati yang lapang, kakchik mampu berikan ulasan yang bernas. Harap-haraplah bernas. Iyalah, siapalah kakchik nak komen drama orang ni. Hanya boleh beri pandangan berdasarkan sedikit ilmu yang ada saja.
Hingga itu, sabarlah dulu ya.
salam...
ReplyDeletekak Chik, Latifah juga belum menontonnya. nak tonton juga supaya tahu hujung pangkal cerita. kalau baca dari komen-komen kat page TC tu, rasa macam tak best pula kalau tak tahu kisahnya. huhuhu...
kakchik boleh tengok kat web tv3. rasanya ada slot Zehra jugak kat situ. boleh tengok dengan tenang sebab web tv3 takde lah sangkut2 mcm youtube. :)
ReplyDeleteWkslm Latifah.
ReplyDeleteTerpaksa tontonlah namanya kan? Kalau ikutkan hati tak minat nak tengok tapi bila orang dah heboh ni, kita kena juga ambil tahu barulah boleh beri pandangan jujur dari hati.
Terim akasih wan izyan. Kakchik dah tahu pasal slot Zehra di we tv3 tu. Tapi, sebab mood menonton kakchik masih lemah, kakchik pun jadi malas. Kat youtube tu line ok je. Line sangkut2 tu cuma masalah coverage di rumah kakchik je.
ReplyDeletesaya sempat tengok yg tayangan 15/7 tu episod 1 ker? tengok pun selang seli dengan channel lain...
ReplyDeletesekali tengok tu saya dah kutuk hehe... dalam hati jer dan cakap dgn suami sebab mungkin jalan cerita bagus tapi kalau org yg tak betul2 faham cth komunikasi antara lelaki dan perempuan yg bukan muhrim, yg paling sy tak dpt terima bila si lelaki tu buka purdah yg dipakai oleh wanita yg bukan muhrimnya, berjalan berduaan isk memang tak boleh terima... baik tak yah tengok dah :)
saya rasa saya tak sesuai nak komen kat sini. Rasa segan pon ade, sbb ilmu bukan tinggi mana pon. Tp nak jugak komen sbb sedeh tgk cite org yg nak berkarya, tp faham betol2 ape yg boleh, dan ape yang tak boleh.
ReplyDelete