Sumber: www.samsung.com/my |
Bismillahirrahamnirrahim. Assalamualaikum dan salam perjuangan untuk semua. Apa khabar teman-teman semua di hari ini? Kakchik doakan semuanya dalam keadaan sihat sejahtera dan mendapat panduan hidup dari Allah setiap masa. Alhamdulillah hari ni kakchik sihat, datang kerja seperti biasa w/pun suasana di perpustakaan hari ni agak lengang. Mungkin ramai berada di rumah menanti berita tentang himpunan Bersih 2.0 di Kuala Lumpur. Semoga niat yang baik akan mendapat bantuan Allah dan tidak berlaku sebarang kekacauan di sana.
Hari ni kakchik sedang mencari maklumat tentang telefon android sebab ada niat nak beli telefon baru. Sebelum duitnya cukup, apa salahnya buat survey dulu kan? Taknaklah beli yang mahal-mahal, nak yang bajet saja, cukup untuk menggunakan beberapa aplikasi internet seperti email, facebook dan blog. Tapi kan... belum sempat kakchik buat carian kerana capaian internet yang sangat poor di dalam pejabat kakchik, ternampak satu iklan Nuffnang di blog Read Aloud Kota Bharu, berkempen telefon Samsung Corby II. Menarik.
Teringat satu masa dulu kakchik menemani kawan baik ke sebuah kedai telefon dan dia antara orang yang awal membeli telefon Corby. Harga pada masa tu kalau tak silap kakchik sekitar RM600 dan telefonnya berwarna kuning. Hari ni harga Corby II hanya RM299, sangat mampu milik. Dan bila kakchik baca maklumat lanjut tentang telefon ini, lagi terasa ianya sesuai dengan keperluan kakchik. Ada tak di kalangan pembaca semua yang menggunakan telefon comel si Samsung Corby II ni? Tolong kongsikan pengalaman anda menggunakannya.
'Always Connected' kata iklannya. |
Telefon ni ada kemudahan capaian Wi-Fi, huhu ni yang bagus ni. Dah la kecil molek, kakchik memang suka yang jenis alat-alat gajet yang kiut-miut ni. Masa temankan kawan kakchik membelinya dulu, kakchik sangat geram melihat kecomelan telefon ini. Bentuknya ergonomik, nipislah juga dan boleh tahan buatannya. Dan kini yang baru ni sudah boleh 'touch screen', aduh... memang teringin benar nak pakai telefon macam ni.
A new touch experience. Interesting. |
Oklah, siapa nak vote kakchik untuk beli telefon ini? Sila angkat tangan hehe.
assalamua'laikum kak chik.... saya angkat tangan. suami sy skrg mmg pakai samsung galaxy.....emm,org minat brg eletronik terkini gitulah. sy yg rosak hp dia yg beli hp baru, yg lama dia hadiah kat saya....huhuhu=)
ReplyDeletetp mmg baguslah.....diakui!
wa'alaikummussalam normi. terima kasih atas sokongan. hehehe, satu perkongsian yang menarik tu. makin positif ni.
ReplyDeletesaya pun tengah survey telefon yg budget tapi boleh guna macam yg kakchik ckp tu... kalau dah beli nanti cerita... 299? Uih murah tu... memang budget!
ReplyDeleteassalamualaikum
ReplyDeletesaya angkat tgn utk undi:-)
cute sgt