Followers

10.7.11

Kita lihat apa yang kita mahu lihat.

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua.

Salam takziah untuk sahabat kakchik, Kak TN yang telah kehilangan bapa saudaranya semalam semasa Bersih 2.0 di Kuala Lumpur. Kakchik sedih sebab tidak mampu nak menolong mengurangkan kesedihan Kak TN dan ahli keluarga atas kematiannya. Semoga Allah menempatkan ruh arwah bersama ruh orang-orang mukmin yang lain. InsyaAllah arwah tidak mati sia-sia tapi mati dalam medan juang, perjuangan untuk hak rakyat. Semoga Allah kurniakan Kak TN dan lebih-lebih lagi keluarga arwah dengan hati yang tabah, penuh kesabaran. Dari Allah kita datang, kepada-Nya juga kita akan kembali. Maut menjemput tiada siapa tahu bila ketikanya. Ajal kita pun kita tidak tahu bila. Semoga kematian kita di dalam husnul khotimah.

Hari ni sudah pasti seluruh negara masih terasa kesan sejarah semalam. Bersih 2.0 telah meninggalkan pelbagai persepsi dan interpretasi sama ada di dalam hati rakyat Malaysia mahupun orang luar negara. Kakchik tidak sempat untuk menjelajah blog-blog semalam tapi sempat juga sekejap-sekejap membaca status update di dinding-dinding facebook teman-teman dan pages yang kakchik ikut. Kakchik lebih banyak mendiamkan diri walaupun jari-jemari ini kerap kali terasa ingin memberi komen tapi, kakchik syukur kerana Allah tahan kakchik dari melulu. Baca, fikir, faham barulah komen atau tulis status. Sebagai seorang Islam yang cintakan keamanan kakchik memilih untuk menggunakan bahasa-bahasa yang boleh diterima umum kerana ikhlas cakap kakchik sangat tidak suka penggunaan bahasa kesat oleh sesiapa sahaja lebih-lebih lagi oleh muslimat yang kakchik tahu selama ini berpenampilan baik dan berpengetahuan agama.

Setiap kita ada identiti tersendiri yang telah ditarbiah mengikut acuan masing-masing. Kita ialah hasil tarbiah (didikan) yang berbeza tapi ada titik-titik persamaan. Sebab itulah pandangan dan pendirian kita ada yang sama dan ada yang berbeza. Pada kakchik, pandangan kakchik mestilah nak diukur dengan pandangan Islam dulu dan selamat mengkaji dan memahaminya sebaik mungkin, barulah kakchik yakin untuk menerimanya atau menyokong. Jangan kita lupa, sifat manusia itu suka mempengaruhi dan boleh dipengaruhi, dan dalam berdakwah memang mahu sangat mempengaruhi orang tapi yakin hidayah dan taufik adalah kuasa Allah. Sebab itu kakchik hormati pendirian orang yang berbeza dari kakchik tapi kakchik tak akan berhenti dari mengajaknya bersetuju dengan pendirian kakchik.

Kita melihat sesuatu yang berlaku mengikut apa yang kita ingin lihat. Jika pada asalnya dlam hati kita sudah menjangkakan apa yang berlaku semalam adalah buruk, huru-hara, maka itulah yang kita nampak. Sebaliknya jika kita dari awal memikirkan bahawa perarakan ini adalah secara aman, santai, jalan-jalan beramai-ramai, solidariti rakyat, maka kita akan nampak perhimpunan itu aman kecuali bila pihak polis mula berlaku kasar. Ini semua persepsi masing-masing yang lahir dari hati kita dan diri kita yang telah ditarbiah mengikut acuan masing-masing:- keluarga, agama, sekular, bangsa, pra-sekolah, sekolah rendah, sekolah menengah, institusi pengajian tinggi, masyarakat setempat, kawan-kawan, organisasi yang kita menjadi ahlinya dan sebagainya. Itulah acuan tarbiah yang membentuk kita di hari ini.

Di abad dunia tanpa sempadan ini, bentuklah pegangan kita dengan menambah ilmu akhirat sebanyak-banyaknya tanpa melupakan ilmu dunia. Di zaman ini benar dan bohong menjadi permainan tapi pembohongan begitu berleluasa di dalam media yang rata-rata bersetuju, amat mempengaruhi pendirian manusia. Kalau kita hanya menerima berita dari satu pihak saja, kita akan menjadi berat sebelah jadi bacalah juga laporan media alternatif tapi bacalah dengan Bismillah agar mata hati kita dapat membezakan berita yang benar dari yang bohong. Semoga kita tidak menjadi mangsa pembohongan yang rugi kerana sikap berat sebelah kita.

4 comments:

  1. Alhamdulillah... syukran atas peringatannya kak chik sayang :X...

    syikin pun semalam last minute zauj ajak turun...

    Alhamdulillah.. sebelum ini mmg syikin harap jadi huru hara sbb provokasi dari pihak2 tertentu secara personal kepada syikin.

    Tapi mmg sebelum keluar rumah pun kami dah solat... mmg dah bersedia dengan segala macam perkara..Alham,dulillah.. kami dan yang lain semua datang secara aman :).. cukup2 aman .. tanpa ada sebarang provokasi/senjata..


    Alhamdulillah.. walau kami di provok pihak polis.. mengeluarkan kata2 kesat.. sebagai muslimah.. kami mengetap mulut sekuat hati.. menghalang dari membalas... Alhamdulillah... beramai2 kami membasahkan bibir masing2 dengan kalam2 Allah agar hati tidak menjadi panas berpanjangan ..

    Syikin sangat2 kecewa.. apabila kami di halang memasuki masjid... Solatlah kami di kaki2 jalan.. sayu hati melihat Rumah Allah...

    Alhamdulillah.. Allah turunkan hujan lebat , pada hemat syikin mencuci bahan2 kimia yang melekat di badan2 kami.. di kulit2 kami.. dan di bumi Allah... Kami cuba untuk berteduh.. tapi di halau balik ke jalanan.. Alhamdulillah...
    Syikin cuba berdiplomasi.. tetapi mereka cukup dengan menjawab " kalau tak pergi.. kami tangkap!! "

    ReplyDelete
  2. kan kakchik..saya suka jgk link blog yg kakchi share tu..

    ReplyDelete
  3. Kak Chik,

    Agak-agaknya kebanyakan pengikut Bersih, baca tak akhbar Perdana supaya tindakan dan keputusan diambil lebih waras?

    Agak-agaknya siapa Ambiga tu?

    Agak-agaknya kenapa hanya orang Melayu sahaja terlibat Bersih?

    Agak-agaknya imej Muslim makin dipandang tinggi atau sebaliknya?

    Agak-agaknya tercapai tak matlamat Bersih?

    Agak-agaknya apa perasaan kami yang berada di Lembah Klang ini dan menyaksikan Bersih 1 dan Bersih 2?

    Agak-agaknya kenapa Bersih tak nak buat di KB ye? Mungkin lebih aman kot...

    Agak-agaknya siapa nak provokasi siapa?

    Agak-agak saya tulis melulu, atau perasaan ihklas saya supaya muslim berfikir mengikut akal yang rasional.

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah.

    bagus soalan mamalina ni.:)

    harap pengikut demo bersih leh bc n jawab soalan2 ini.

    nilailah amalan anda dengan ukuran quran dan sunnah, berpandukan pemahaman sahabat, dan anda akan terkejut kebenarannya adalah..

    jangan berdemonstrasi. semaklah semula sejarah demonstrasi dan manhaj para sahabat dan generasi terbaik.:)

    hanya org yg mengikuti salaf yg bijak menilai tanpa emosi.

    wallahu'alam~

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs