Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua.
"Aku mampu berhujah dengan sepuluh orang yang berilmu tapi aku pasti kalah dengan seorang yang jahil, kerana orang jahil tidak pernah faham landasan ilmu." ~ Imam Syafi'e
Setiap hari ada saja yang Allah uji kita. Antara yang banyak yang kita lalui ialah ujian kesabaran. Mungkin Allah suka uji kita dalam perkara ini kerana Allah tahu bukan mudah untuk kita bersabar, menahan kemarahan, menahan rasa geram, menahan kebencian, menahan diri dari bertindak fizikal dan sebagainya.
Ada ujian bentuknya kecil saja tapi getaran di dalam hati begitu kuat menahan segala perasaan negatif di atas. Menahan daripada membalas kerana kita bersendirian. Mana mungkin nak dilawan hujah dengan jumlah yang lebih ramai kan? Lebih baik berdiam saja dan mendoakan api dalam diri mereka reda.
Alhamdulillah... dalam keadaan tertentu berdiam diri adalah lebih baik. Sambil tersenyum tanpa sebarang kata, mengiyakan tidak, menidakkan pun tidak tapi yang pasti di dalam hati tetap menolak kepalsuan yang sedang dimomokkan di hadapan kita. Biarkanlah dulu, mereka tidak tahu yang sebenar sebagaimana kita juga cuma kita tidak mahu bercakap tentang perkara yang kita tidak lihat dengan mata kepala sendiri. Takut... takut tersilap cakap akan dilaknat Allah pula nanti.
Manusia yang lemah imannya memang mudah dipengaruhi syaitan. Itu yang selalu kakchik ingatkan diri setiap hari. Walau bagaimana menekan sekalipun ujian keimanan terutama ujian kesabaran yang datang, kakchik cuba tenangkan diri dengan istighfar dalam-dalam. Ada masanya payah tapi bila selalu diajar, lama-lama akan jadi lebih mudah. Bertenang dan jangan melenting. Bertindaklah dengan ilmu dan diri yang waras dan yakin, Allah bersama diri ini.
Sabarlah... orang lain dan dunia ini sentiasa menguji kesabaran kakchik sebagaimana kakchik juga mungkin menjadi ujian kepada orang lain dalam bentuk yang kakchik sendiri tidak ketahui. Allahua'lam.
Ya kak chik.. sabar.. istigfar... itu yg seboleh2 syikin lakukan... syikin tk berani tgok vc tentang hari itu sorang2... syikin akan mengigil kembali.. menangis.. sbb syikin tk mampu nk lepaskan "sakit" di dada...
ReplyDeletebiasanya encik mamat balik kerja.. akan tunjukkan vc2 yg baru di upload...
syikin diam.. tgk gmbr pun diam...syikin taknak lgsg tgk tv.. sbb syikin takut mulut syikin akan melaknat mereka2.. nauzubillah min zalik...
Melihat kekejaman dengan mata.. mana mungkin dilupakan.. sehingga hari ini.. masih mimpi ngeri.. masih menangis lagi..
Ya,sabar terbaik kan kakchik.. syikin doa banyak2.. semoga Allah mengikhlaskan hati syikin dalam memafkan mereka yg menzalimi.. Syikin doakan mereka yg menzalimi kami tidak merasa apa yg kami rasa.. kami lalui...
Maaf kak chik.. syikin ini serba kekurangan.. tidak layak untuk bercakap banyak mungkin.. tetapi Allah banyak buka mata syikin... *baru tengok video memali... subhanAllah... semoga mereka mendapat keampunan Allah
Syikin sentiasa menganggp mereka yang menghukum dalam fb/blog/dan apa saja.. yang menjatuhkan hukum sewenang2 nya.. yang menabuur fitnah.. syikin anggap mereka tidak tahu dan jahil...
Semoga Allah menerangi hari mereka dengan cahaya Allah ...
Cuma syikin harap.mereka berhujah jgn guna kan fikiran/nafsu.. berlandaskan hukum Allah,ayat2 quran ( yg penuh.. bukan yg ambil separuh saja) ... hadith2..
dan... sedarkah mereka.. walau mereka hanya mencari rezeki/mengikut arahan.. jangan sampai hilang kemanusiaan.. yg memberi rezeki tetap Allah... Arahan Allah lebih layak di patuhi ...
Terima kasih kak chik.. banyak mebimbing sykin..
Kak chik kalau rasa syikin komen melampau... kak chik betulkan syikin yer :)
Salam Chik,
ReplyDeleteYa sebab itulah jauh beza antara org berilmu dgn org jahil. Org jahil akan terus hanyut dlm kejahilan yg kdg2 disifatkannya sebagai ilmu. Itu yg bahaya. Jahil mengundang kecelaruan ilmu tanpa asas n premis fikir yg benar, apatah lagi kebenaran yg mutlak. Dlm Islam, ada beza antara ilmu dan maklumat. Ilmu itu mengenai Allah dan pengetahuan selainnya ialah maklumat. Sebab itulah dlm menuntut ilmu, epistemologi penting yg menentukan sudut pandang or worldview kita ttg sesuatu. Dan tauhidic paradigm adalah sebenar2 asas dlm berfikir sekaligus menentukan keilmuan dan kejahilan seseorang. Sesungguhnya hanya org2 yg beriman diberi suluhan ilmu oleh Allah. Orang2 yg jahil akan terus sesat, celaru n bangga dgn kecelaruannya. Dlm teori ilmu@epistemologi, ianya dipanggil Tasyakkuk 'Ilmi.
Salam.
ReplyDeleteRasa s.e.b.a.k..
Terimakasih kak chik atas kata2 semangat...
Semoga Allah terus menerus menjadi dan memberi kekuatan kita ya kakchik dan kaksyikin....
ameen...
Assalamualaikum,
ReplyDeleteMemang sangat benar, berdepan dengan orang yang jahil sangat payah, lebih mudah berdepan dengan haiwan berbisa. Sebab: biasanya dahlah jahil, selalu anggap kita yang jahil...kita nak betulkan pun payah sebab dia anggap dia je yang betul.
Lama-lama berdepan golongan ini, sekali dengan kita lingkup sebab rasa tak mampu nak bersabar. Baik jauhkan diri siap-siap sebelum kita pula yang terima dosa mengutuk kejahilannya itu.
Dunia ini dah semakin tua...
salam kak chik...rasanya kita menghadapi situasi yg sama...dlm fb...walaupun masing masing mempunyai pegangan dan politik yg berlainan tapi bagi saya just respect each other kan...saya tak mau kerana politik kita hilang kawan yg dah berpuluh tahun kita kenal...dan saya tak akan sokong posting yg berunsur provoke atau suka memerli org,juga memaki hamun tak tentu hala...rupanya cara saya tidak disukai..terus yg rasa diri tu pandai mengeluarkan kata kata kecaman lagi...saya tidak akan membalas...saya berpegang pada..."kadang kadang lebih baik berdiam diri dari berkata kata...kerana semakin banyak kita berkata kata..semakin menampakkan kebodohan diri sendiri..."..tq kak chik ..i really like this entry..really cooling me down...minta izin nak copy ayat ayat yg mula tu...i like....wsslm...-dari saya seorg hamba Allah yg sedang berusaha menjadi ummah yg baik....
ReplyDeletesalam syikin.
ReplyDeletedah lewat banyak hari baru kakchik ada masa untuk membalas komen syikin dan teman-teman lain. hari ni keje kurang sikit jadi boleh cek email dan blog.
kakchik doakan di hari ini keadaan syikin sudah kembali stabil dan kuat dari segala perasaan yang telah syikin alami selepas Bersih 2.0 baru-baru ni. sunnah berjuang syikin, kena kuat dan tabah untuk melalui segala bentuk ujian mendatang. kakchik sebenarnya amat bangga dengan syikin kerana telah berani melakukan sesuatu yang kakchik pun tidak mampu lakukan. semoga Allah anugerahkan syikin dan yang lain-lain dengan ganjaran yang setimpal sebagai amalan soleh. chaiyyok syikin!
Wkslm Suhaila.
ReplyDeleteTerima kasih La atas komen yang membuka minda. Chik suka sekali huraian la tentang jahil ilmu ni. Hujah orang mengaji tak sama dengan hujah orang tak mengaji ni kan hehe. InsyaAllah dengan ilmu kita berjuang, dengan ilmu kita beramal, dengan ilmu kita beriman kepada Allah SWT.
Kali pertama tu chik tahu pasal Tasyakkuk 'Ilmi tu. La kena terangkan sikit lagi tu.
Wkslm Oh My Journal.
ReplyDeleteSama-sama. InsyaAllah kita mohon rahmat Allah agar kita sentiasa diberikan jiwa yang sabar tapi kental dalam amal makruf nahi mungkar.
amin.
Wa'alaikummussalam anyss.
ReplyDeleteAda ustaz kata, orang yang jahil kita jangan berhujah dengan dalil naqli tapi berhujahlah dengan mereka menggunakan dalil aqli ataupun ilmu mantik.
Sebenarnya kita pun masih banyak perkara yang kita jahil, syukur alhamdulillah Allah buka pintu ilmu agar kita nampak kebenaran.
Mohon Allah terus tetapkan iman kita di atas jalan-Nya.
wkslm eni osman. sebaiknya begitulah. berbeza pendapat raikan dan hormati saja. jangan dipaksa orang bersetuju dengan kita. dan sebaiknya perkataan-perkataan yang kita guna timbanglah dengan pandangan Allah. kata-kaat kecaman, kesat dan lucah buka adab orang Islam. memang benar eni, ada masanya lebih baik kita diam kerana dalam keadaan tertentu dengan diam, akhirnya Allah tunjukkan penyelesaian.
ReplyDeleteterima kasih ya sudi singgah di blog kakchik. kakchik ada letak link blog eni di sidebar. boleh kan?
Salam Chik,
ReplyDeleteTasyakkuk Ilmi tu org putih cakap Sceptic la Chik hehe. Keliru,jahil, confuse, ragu2, dan hilang keyakinan terhadap sesuatu. Tapi menurut epitemologi Islam, selagi Tauhidic Paradigm jadi premis fikir, insya-Allah, Allah akan hilangkan segala sceptic tu. Maknanya, selagi fikiran kita berpaksikan ilmu Allah, Allah akan bimbang hati, fikiran, nurani, instict kita dlm menilai, menganalisa, mengkaji sesuatu. Begitulah adanya Chik hehe.