Followers

8.7.11

Republish: Resepi Penkek

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Seminggu dua ni kakchik lihat ramai juga yang mencari RESEPI PENKEK dan sampai ke blog ini. Kalau tengok di senarai POS POPULAR pun boleh nampak entri bertajuk Resepi Penkek kini berada di tanggan ke-9. Minggu lepas belum ada dalam senarai pun.

Kakchik tak tahulah sama ada resepi kakchik ni berjaya dibuat oleh sesiapa yang menggunakannya atau tidak. Harap-harap kalian yang menggunakan resepi ini telah berjaya menghasilkan penkek yang gebu, lembut dan sedap.

Jadi kakchik nak poskan sekali lagi resepi yang sama malam ini untuk tatapan para pembaca.


Penkek gebu yang kakchik telah sediakan untuk sarapan.

Bahannya:

2 cawan penuh tepung serbaguna
2 biji telur
2 sb minyak zaitun
1 1/3 cawan susu segar
2 sb gula/madu

Caranya:

1. Gaul rata semua bahan hingga tiada lagi ketulan. (kakchik guna garfu lebih cepat)
2. Bila adunan telah sebati bolehlah digoreng.
3. Gunakan kuali tanpa minyak @ ceper.
4. Goreng hingga keperangan.
5. Angkat, sedia untuk dihidang.

Senang kan. Selamat mencuba.

3 comments:

  1. tq sharing resepi ni kak,, ermm mmg kena guna minyak zaitun ke kak.. minyak lain? boleh ke

    ReplyDelete
  2. sama-sama nasazfrog. kakchik tak pernah guna minyak lain setakat ni. apa kata nasazfrog cuba dulu dan tentu dapat tahu hasilnya bagaimana.

    ReplyDelete
  3. Salam.. Kak Chik, terima kasih sebab berkongsi.. Nur nak cubalah nanti..

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs