Followers

25.7.11

Perempuan memang emo.

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Kakchik doakan semuanya dalam keadaan sihat sejahtera dan kalau sudi, doakanlah agar kesihatan kakchik juga lekas kembali ke tahap normal. Bulan ni semacam bulan hati berdukacita saja. Ada-ada saja perkara yang menyebabkan hati jadi sebak dan jiwa terasa sesak. Alhamdulillah masih diizinkan Allah untuk bernafas, untuk hidup agar kakchik mampu usahakan sesuatu untuk mengubati kemurungan ini. 

Sangat emosi tapi masih cuba dikawal sebaik mungkin. Malu pada orang tapi kuatkan juga demi masa depan. Duhai jiwa, ingatlah yang setiap kebuntuan insyaAllah ada jalan keluarnya walaupun pahit,, walaupun payah, walaupun memalukan. Hanya mati saja yang tidak mampu dihalangi oleh usaha diri. 

Moody.

Hanya dengan diri sendiri, tidak dengan orang lain. 

Menangis.

Biarlah sendirian saja asalkan tidak dilihat orang, asalkan yang dilihat orang ialah wajah yang ceria dan diri yang sentiasa positif.

Sebu.

Beratnya di dalam dada, saban waktu terasa seperti maut menanti di tepian, menunggu masa untuk mengambil nyawa.

Sedih.

Sebab masih banyak yang perlu diselesaikan. Tidak mahu mati dalam keadaan diri masih berhutang. Hutang material mahupun hutang spiritual. 

Banyak sungguh perasaan negatif yang sudi berkunjung di kala diri sedang lemah semangat. Kalau boleh mahu saja berlama-lama di sejadah, meluahkan perasaan pada yang Satu. Hanya Dia yang memahami. Hanya Dia yang mampu meleraikan kekusutan dalam diri. Hanya Dia yang menyelamatkan.

Cukup! Cukuplah emo sampai di sini. Sekarang, lekas ambil wudu' dan bersedia menghadap-Nya. Masa untuk meluahkan perasaan.

7 comments:

  1. syikin pre ABC pon dah emo.. ni kalau ABC lg emo ni.. hehe.. :) ... tah ler kak chik... kdg2 ermm... tak terkata dah :)

    ReplyDelete
  2. Cik, banyak2 sabarla ya. Saya pun fully emotional now tp gagahkan jua agar tidak dilihat bodoh oleh diri sendiri..huhu

    Ukhti Syikin: ABC tu gapo?

    ReplyDelete
  3. kakchik,

    semoga perasaannya pulih seperti sedia kala, insyaAllah.

    takpe, ujian Allah tanda Allah sayang kan hee.

    ^_^

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum,
    kakchick,
    Sangat normal kita menangis masa sedih...yangtak normalnya, kita tak menangis langsung. Itu nak kena risau kalau-kalau hati dah mati rasa.

    moga2 pengalaman akan lebih dewasakan dan kuatkan kita ya. Ambil masa untuk tenangkan diri...

    ReplyDelete
  5. assalammualaikum

    apa kbr kak chik??

    saya pun saat ini diuji dengan ssuatu hakikat yang pahit untuk diterima..Allahu Akbar..ingin saja menitiskna air mata saat ini bila mengenangkan

    Berkata Benar walaupun ianya pahit..

    ReplyDelete
  6. kakchik, banyakkan sabar ye.. dekatkan diri dengan Allah.. Dia tahu ape yg trbaik.. jgn sedih2.. Allah snriase brsama dengan HambaNya..

    ReplyDelete
  7. Salam Kakchik,

    Nampaknya kita serupa...cuma mungkin masalah yg berbeza..
    Spt yg kakchik sedia maklum, dyg dipindahkan ke putrajaya...dan menerimanya dgn hati yg berat tak terkira..betapa di bumi Sarawak ini,dyg sudah selesa dgn teman2, tpt kerja dan persekitaran...minggu ini dyg amat emo...sedih mengenang akan diri yg bakal meninggalkan tanah kelahiran tcinta...sedih bakal bpisah dgn teman2 sekerja yg amat baik pd Dyg...namun dyg tahu, dyg kena redha...ini ketentuan dr AllahSWT yg mahu Dyg bhijrah...moga hijrah ini mjanjikan bahagia..
    Untuk kakchik, dyg doakan semoga kakchik tabah mhadapi segala-galanya...walaupun dyg tak tahu apa yg kakchik tanggung tp dyg dapat rasa betapa sukarnya keadaan yg harus di tanggung....Kakchik tahukan, Allah tak kan bebankan lebih dr kemampuan kita sendiri...pasti ada jalannya...
    Believe in a better day,
    trials will came,
    But surely they will fade away,
    if you just believe..

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs