Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum dan salam Jumaat untuk semua.
Selamat berehat ya kepada semua teman-teman yang akan bercuti hujung minggu esok. Seperti biasa esok ialah hari kerja untuk kakchik. Maklum saja... Perpustakaan Zahra' ni dia ikut jadual orang kerja di Arab Saudi bukannya macam mana-mana negeri di Malaysia ni. Sebenarnya kakchik pun baru tahu yang kakchik kerja sama dengan orang kat KSA tu, itu pun selepas seorang teman yang tinggal di sana memberitahu kakchik melalui fb.
Pintu utama yang menghadap Bangunan MARA. |
Hari ni boleh dikatakan hampir tidak menggunakan facebook langsung. Bukannya tidak online... tapi kakchik lebih banyak meluangkan masa yang ada pada hari Jumaat yang mulia ni untuk mengemas rumah dengan menyapu, membasuh kain-baju dan sebagainya. Rumah kakchik ni kalau dua hari tak menyapu, debu agaknya sudah tebal seinci sebab jarak yang agak dekat dengan jalanraya. Kain-baju pula, memanglah banyak kerana kakchik hanya sempat membasuh 3 kali seminggu je.
Di sini ada banyak kedai pakaian. |
Sepanjang pagi cik abe bekerja lebih masa kerana ada kursus umrah di pejabatnya. Umi dan ayah pun menyertainya sebab dah tak lama lagi mereka akan bertolak ke Mekah. Moga-moga segala perancangan dan urusan berjalan dengan lancar disertai kesihatan yang baik untuk mereka berdua. InsyaAllah nanti kami berdua pula yang akan menyusul.
Kedai ini baru dibuka dan menjual jubah dan abaya dari Mesir. |
Pagi tadi ada minta izin dengan cik abe untuk bawa adik dan anak-anak sedara ke KelCheff 2011 tapi bila dah mengemas rumah ni badan jadi teramat letih apabila semuanya telah selesai. Apa lagi, kakchik mengisi masa dengan mendengar kuliah Ustaz Azhar Idrus di youtube dan ada juga buka TV Al-Hijrah sebentar kerana nak ikuti sesi Ustaz Hasrizal (Saifulislam.com) bersama Sdr. Amin Idris. Sayangnya kerana bosan menunggu, kakchik tutup tv dan naik menyapu di ringkat atas.
Kemudahan surau yang agak besar dan luas di tingkat paling atas. |
Kat kedai ini ada banyak menjual telekung solat dan tudung. |
Kalau ikut hati kakchik taknak update blog hari ni tapi hati ni terasa nak juga tulis sesuatu. Orang nak baca atau tidak itu tak penting kerana yang penting hati kakchik puas. Oh, azan Isyak sedang berkumandang tu, kakchik pun rasanya nak berhenti menulis sampai di sini dulu. Sambil-sambil tu teman-teman bolehlah lihat-lihat gambar-gambar Bazar Tuan Padang yang kakchik ambil pada Jumaat lepas. Ini antara tempat shopping yang terbaru di KB.
Wassalam.
No comments:
Post a Comment
Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.