Bismillahirrahmanirrahim dan assalamualaikum.
Cewah... tajuk dalam bahasa Inggeris malam ni. Takpelah ya. Sebenarnya cerita ni cerita Khamis lepas tapi saja kakchik nak kongsikan di sini. Kakchik dah tahu ada seorang kenalan fb yang sedang praktikal di Wisma Persekutuan, KB dan Khamis minggu sebelumnya kami ada bertemu sebentar semasa kakchik bawa Umi dan Ayah membuat passport di situ.
Sebagai nak mengeratkan lagi hubungan persahabatan kami di alam nyata, kami berjanji untuk makan tengahari sama-sama di satu tempat yang pada masa tu belum diputuskan lagi. Bila sampai harinya kakchik akhirnya bawa teman kakchik makan di MFC kerana dia belum pernah cuba makanan di situ.
Chicken Pepperoni Pizza dan Spicy MFC |
Yours truly sebelum makan. Gambar ini telah diedit. |
Makan berdua saja tapi seronok sekali. |
Pizza yang sungguh enak. Licin kami makan. |
Oleh kerana teman kakchik itu ada sedikit private maka gambar-gambar yang ada wajahnya kakchik tidak masukkan di sini tapi yang penting ialah kami telah bertemu mata cuma dia belum melihat wajah kakchik je. Bertemu di luar mana nak buka niqab kan?
Ukhuwwah yang bertaut di alam siber akhirnya bertemu juga di alam nyata. Indah semakin indah apatah lagi bila banyak persamaan antara kami berdua walaupun jarak umur lebih 10 tahun hehe.
Semoga Allah eratkan persahabatan kami dan tautkan hati-hati kami di atas jalan-Nya.
No comments:
Post a Comment
Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.