Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Alhamdulillah, akhirnya kakchik berjaya juga membeli jeruk kedondong hijau atau namanya AMBRA HIJAU. Kakchik pun baru je tahu itu namanya. Rupanya memang dari Pulau Pinang datangnya jeruk ini. Nak makan, kena basuhlah dulu sebab bahan awetnya yang agak kuat. Kakchik tak suka sangat kalau air dari bahan awet yang banyak sangat terasa di lidah jadi kakchik basuh bila nak makan. Tapi semalam, oleh kerana dah tak tahan sangat, melayang habis prinsip basuh dulu sebelum makan. Dengan Bismillah, dalam kereta juga kakchik makan sebiji.
Jika ada sesiapa yang berminat nak membeli jeruk AMBRA HIJAU di Kota Bharu ni, bolehlah singgah di kedai ini di sebelah Klinik Pancho, Berek 12, Kota Bharu. Ehem, terima kasih banyak kepada Ilah Fadhilah yang telah menghantar mesej peribadi di Inbox facebook kakchik tentang kedai ini. Lain kali kalau kakchik singgah kat situ, bolehlah naik ke atas jenguk Ilah ya. Nak cari kedai ni senang sangat. No telefon pun dah ada kat papan tanda tu.
|
Nama kedai pun JERUK PULAU PINANG. |
|
Kecur air liur dibuatnya tapi kakchik hanya suka ambra hijau yang lain tak minat. |
|
Inilah yang kakchik cari-cari. |
|
Yang ini kakchik kurang gemar. |
|
Di kedai ini selain jeruk, ada banyak dijual biskut yang telah bertimbang. |
hehhe alhmdulillah trcapai hajat kak chik nk mkan kedondong hijau 2..insyaallah ade masa nti kak chik dtg la jenguk ilah...merapatkan lg ukhwah yg tjalin...=D
ReplyDeletealhamdulillah ilah, tercapai juga hajatnya. terima kasih banyak kat ilah ya. insyaAllah jika kakchik berpeluang singgah kat situ lagi, kakchik akan naik jenguk ilah.
ReplyDelete