Followers

18.7.11

Pergi Tak Kembali

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hati sedikit berduka. Malam tadi, seorang pejuang agama yang kakchik kenali telah kembali ke Rahmatullah malam tadi setelah diuji dengan penyakit kanser. Al-Fatihah untuk pemimpin yang disayangi, almarhumah YB Dr. Lo'Lo' Mohd Ghazali, MP PAS Titiwangsa.

Dari Allah kita datang, kepada-Nya juga kita akan kembali. Ajal kita pun kita tidak tahu, jadi marilah kita sentiasa berusaha menyediakan diri kita untuk mati. Setiap diri kita pasti akan mati dan sudah pasti kita mahu mati dalam keadaan yang baik iaitu Husnul Khotimah.

Salinan berita dari Harakahdaily.net:

Pemergian Dr Lo’ Lo’ sangat dirasai
Hazayani Zakaria


KUALA LUMPUR, 18 Julai: PAS merakamkan ucapan takziah di atas pemergian Dr Lo’ Lo’ Mohd Ghazali ke rahmahtullah malam tadi.


Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, pemergian beliau sangat dirasai oleh seluruh ahli PAS dan juga rakyat, terutamanya penduduk-penduduk kawasan Titiwangsa yang mengenali beliau, kerana beliau merupakan seorang pejuang yang sangat gigih dalam memperjuangkan cita-cita Islam.


Katanya, ketabahan beliau menghadapi penderitaan kanser yang dihadapinya amat dikagumi sehingga di saat himpunan Bersih 2.0 minggu yang lalu, beliau masih memberikan semangat agar semua turun bagi memperjuangkan sistem pilihanraya yang adil dan bersih.


“Kita doakan agar Allah mencucuri rahmat dan inayah-Nya kepada beliau dan juga kesabaran kepada seluruh anak-anak dan keluarga beliau di atas pemergiannya,” ujarnya.


Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarhamuha Dr Lo' Lo'.


Ketuanya, Siti Zailah Mohd Yusuf berkata, DMPP amat berasa kehilangan di atas pemergian allahyarhamah yang merupakan ahli Parlimen Titiwangsa itu.


"Bagi pihak Dewan Muslimat,kami amat sedih dengan pemergian allahyarhamah yang amat kami sayangi ini dan mengucapkan takziah kepada keluarga allahyarhamah," kata beliau yang juga ahli Parlimen Rantau Panjang ketika ditemui di Masjid Al- Akram, Datuk Keramat awal pagi tadi.


Sementara itu, timbalannya, Dr. Siti Mariah Mahmud menyifatkan pemergian bekas ahli jawatankuasa DMPP dan PAS Pusat itu sebagai kehilangan besar dalam perjuangan.


"Saya kehilangan sahabat dan kakak yang saya sayangi dan hormati dalam perjuangan ini," katanya menahan sebak ketika ditemui dalam majlis yang sama.


Allahyarhamah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Selayang kira-kira jam 10.15 malam tadi setelah bertahun-tahun menghidap kanser paru-paru.


Beberapa pimpinan PAS turut hadir menziarahi jenazah antaranya pengarah pilihan raya PAS Pusat, Dr. Hatta Ramli yang juga ahli Parlimen Kuala Krai dan AJK DMPP, Mastura Mohammad.


Turut kelihatan aktivis Hishamuddin Rais.


Selamat perjalanan duhai kakakku, Dr. Lo'Lo' Mohd. Ghazali. 

Sedikit maklumat terkini dari Blog Dr Lo'Lo': Solat Jenazah

Solat Jenazah Dr. Lo'lo'
Jenazah Dr. Lo'lo' akan disembahyangkan pada jam 10.30 pagi di Masjid Al-Akram, Kg. Dato' Keramat dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Dato' Keramat.


Pusat Khidmat Wakil Rakyat Titiwangsa, No 10 Jalan Raja Muda Musa, Kg Baru, 50300 Kuala Lumpur. Tel: 0326980025 Fax: 0326980026 yb.drlolo@gmail.com twitter: docmarjan Fb: Yb Dr Lo'Lo'

4 comments:

  1. Jasa & budinya dlm perjuangann PAS...akan kita kenang trutamanya bagi muslimat2 PAS.Semoga Ruhnya ditempatkn dlm golongan org2 yg beriman.Al-Fatihah

    ReplyDelete
  2. .... rasa separuh dari diri berterbangan... dr lo'lo' dulu idola syikin masa kecik2.. dia sambut 2 org adik syikin.. mask syikin selalu sakit.. masuk kohilal.. tunggu mak syikin kat hospital.. kira masa bnyk di hospital...

    Beliau menenangkan.. beliau nasihat macam2..bercerita tentang kisah hidup beliau.. motivate macam2.. syikin betul2 respect dengan Dr lo' lo' .. begitu ramah lembut tapi tegas...

    Dia cukup marah kalau ayah hisap rokok kat rumah.. tak elok untuk ibu.. selalu dia tegur ayah macam2.. betul2 take care..

    masa syikin bagi tau kt ibu dr lo' lo' sakit.. ibu nangis..


    syikin kenal beliau sebagai seorang doctor yg begitu dekat dengan hati... masa beliau jadi yb.. syikin dah sibuk belajar..

    tapi ibu selalu sebut.. "pejuang islam" ..

    ruginya.. kita kehilangan "mereka" yang berharga lagi..Hilangnya sebuah mutiara..

    semalam fawwaz ,anak beliau .. hadir seminar sinergi keluarga bahagia.. membawa salam dan perkhabaran dari dr lo' lo' ... sedihnya ya... seminar itu pun hasil dari buah fikiran dr lo' lo' ..

    semoga roh nya dicucuri rahmat .. dan ditempatkan bersama ahli syurga.

    ReplyDelete
  3. al fatihah untuk allahyarhamah
    mashaALLAH biar diuji dengan kesakitan kronik arwah tetap cekal berbakti

    ReplyDelete
  4. Teringat2 semasa sy bertugas rasmi di Parlimen. Bbrp kali terserempak dgn almarhumah. Almarhumah sungguh ligat sekali dan lantang bersuara. Dalam diam saya mengagumi beliau. Saya rasakan semangat dan jiwa perjuangannya yang meluap2. Hati pnah terdetik untuk mendekati beliau namun kedudukan saya sebagai pegawai kerajaan tidak memungkinkan perkara sedemikian, khuatir timbul fitnah yg bukan2. Apa pun pemergian beliau amat dirasai, Al Fatihah untuk almarhumah. Semoga dengan kematian beliau melahirkan lebih ramai Dr Lo'Lo' di bumi Malaysia..Amin!

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs