Followers

20.7.11

Pegawai Poslaju Yang Baik Hati

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Teman-teman semua, kita semua pastinya pernah menggunakan perkhidmatan Poslaju kan? Tidak kira sama ada kita ada bisnes yang memerlukan perkhidmatan ini untuk mengepos barangan belian pelanggan atau menghantar dokumen hinggalah motorsikal untuk sesiapa saja, Poslaju menjadi salah satu pilihan kita. Mungkin Poslaju satu-satunya pilihan bagi kita yang tidak mampu menggunakan perkhidmatan kurier yang agak mahal.

Kakchik pun hampir setiap minggu menggunakan Poslaju lebih-lebih lagi jika bilangan bungkusan yang hendak diposkan adalah banyak dan pelanggan mahukan barangan sampai dalam masa sehari dua saja. Apa yang kakchik nak sebutkan di sini ialah mengenai borang yang perlu diisikan untuk membuat penghantaran.

Bagi sesetengah peniaga yang bisnesnya maju dan setiap hari ada penghantaran, mereka biasanya membuka akaun khas dengan Poslaju Malaysia maka mereka mendapat beberapa kemudahan seperti bekalan borang Poslaju dan plastik pembungkus. Bagi peniaga sampingan seperti kakchik ni, belum mampu untuk membuka akaun jadi terpaksalah bergantung kepada budi-bicara pegawai Poslaju untuk mendapatkan jumlah borang yang banyak. Plastik pembungkus kini dah takde maka kakchik tempah khas saja.

Ada borang simpanan adalah boleh memudahkan kerja bila ke kaunter Poslaju. Bukan apa... kita boleh isikan borang siap-siap di rumah dan bila sampai di kaunter, kita hanya perlu beratur. Tak lagi perlu susah-payah meminta borang dari pegawai yang sedang bertugas sementelah mereka pun sedang menguruskan pelanggan yang lebih awal. Tapi nak dapatkan bekalan borang yang banyak bukanlah mudah, bergantung kepada ramah-tamah kita dan juga baik-budi pegawainya.

Semalam, kakchik ke Poslaju membuat penghantaran bungkusan. Selalunya segan juga nak minta borang kosong dalam jumlah yang banyak sebab kakchik tahu di Pejabat Pos Besar, pelanggannya ramai. Alhamdulillah, pegawai yang bertugas petang semalam, sangatlah baik hati. Kakchik hanya kata, "Encik, saya nak minta borang kosong sikit, boleh tak?"... tanpa banyak usul periksa, selesai saja dia uruskan bungkusan-bungkusan kakchik, dia terus ke belakang dan kembali ke kaunter dengan menghulurkan borang kosong sebanyak di bawah kepada kakchik.

Borang Poslaju yang kakchik dapat semalam. Ada 20 keping borang.


MashaAllah... terima kasih banyak tuan. Kakchik amat menghargai pertolongan tuan itu. Semoga bantuan tuan tersebut yang memudahkan kerja kakchik akan kembali menjadi kemudahan untuk pihak tuan dalam apa juga lapangan yang Allah tentukan. Hati tuan yang baik pastinya ada ganjaran yang setimpal dari Allah SWT. Pegawai yang baik, cekap dan ramah begitulah yang kakchik suka bila berurusan di kaunter awam.

7 comments:

  1. Alhamdulillah..mudahnya urusan kak chik. tak mcm saya yg bengang dgn sykt kurier swasta satu ni..takpelah, mungkin ada hikmah-Nya.

    ReplyDelete
  2. leyzajamil, alhamdulillah leyza. Kali ni urusan sangat baik dan lancar. Ada juga masanya kakchik bermasalah dgn Poslaju. Semoga masalah leyza dgn syarikat kurier tu dapat diselesaikan dgn baik.

    ReplyDelete
  3. Sama-sama SweetSyaza. Semoga esok urusan SweetSyaza kat Poslaju dapat dilakukan dgn tenang dan lancar. Senyum senjata utama.

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum kakchik

    saya silent reader blog kak cik.suka singgah sini baca artikel.(sorry lari tajuk sikit)macamana nak berkenalan dengan kak chik dengan lebih rapat lagi?saya inspired kak cik. suka kalu dapat jumpa.i'm kelantanis also tapi dok kl.raya ni insya Allah balik.kakcik boleh tak email kat saya:noorazimahabdullah@yahoo.com.my.mana tahu kot2 raya ni nak order abaya ke..hehe.cari gak macamana nak contact kak cik tapi tak jumpa...

    ReplyDelete
  5. waalaikummussalam aziemy. terima kasih banyak sebab sudi singgah dan ikuti perkembangan tulisan di blog kakchik. insyaAllah jika nak hubungi kakchik senang saja. boleh email ke hanniaziz@yahoo.com . balik cuti raya hello2 lah ya.

    ReplyDelete
  6. salam kakchik..saya nak tanya..dekat mana kakchik tempah mailing bags yang seakan serupa dengan pos laju 2..saya pn mcm kakchik br nak mula berniaga...harap kakchik boleh berkongsi...

    tq

    ReplyDelete
  7. Wkslm Kedai OnLine 1001.
    Mailing bag tu kakchik tempah melalui kawan di facebook. Kalau berminat kakchik boleh tlg tempahkan.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs