Followers

8.7.11

Model Cilik Untuk Abaya Kanak-Kanak

Assalamualaikum dan salam ceria untuk semua.

Sudah hampir ke jam 3 petang dan di saat ini jika tiada kerja yang nak dibuat mata mulalah terasa mengantuk. Apatah pula perut masih lagi terasa kenyang nikmat makan tengahari tadi. Alhamdulillah. Walaupun terasa mengantuk, kakchik tidka biasa tidur di siang hari kecuali jika kakchik tidak sihat. Jadi terasa ingin menulis di blog pula sementara kakchik masih boleh log masuk ni. Bimbang terjadi seperti semalam yang jam 4 lebih baru kakchik dapat log masuk.

Cerita pasal model cilik ni, kakchik rasa bertuah juga kerana punya ramai anak-anak saudara kecil yang comel-comel. Bolehlah mereka membantu kakchik menggayakan abaya-abaya kanak-kanak yang kakchik jual. Setelah beberapa lama koleksi abaya tu sampai, kakchik belum sempat nak mengambil gambar yang elok-elok untuk dimasukkan ke dalam blog dan fb Abaya Elegan, semalam barulah sempat kakchik berbuat demikian. Itupun takdir Allah anak saudara kakchik, Iffah Syahirah tidak sekolak. Katanya sekolah tutup kerana gurunya mengikuti rombongan ke Langkawi. Allahua'lam.

Semalam kakchik kurang sihat tapi tak sedaplah nak duduk-duduk saja di rumah ni tanpa melakukan apa-apa. Maka kakchik ambil peluang mengambil beberapa keping gambar abaya kanak-kanak dan Iffah telah sudi membantu kakchik. Kesian anak buah kakchik tu, sampai berpeluh-peluh dia menjadi model kakchik hehehe. Sempat ambil gambar untuk 4 helai abaya sahaja sebab Iffah sudha letih dan mulai bosan. Budak-budak... itupun sudah kira bagus sangat-sangat sebab dia suka dan ceria membantu makciknya ni. "Terima kasih ya Fah..."

Inilah gambar-gambar yang kakchik ambil semalam.

Comel sungguh Iffah ni :)

Abaya-abaya kanak-kanak ni kakchik jual pada harga RM70.00 sehelai. Ianya datang sepasang dengan shayla/selendang seperti mana yang dilihat di dalam kolaj di atas tu. Yang biru tu bukan shayla abaya itu ya. Itu kakchik saja suka-suka pinjam shayla abaya kalthum biru untuk dipadankan dengan abaya yang comel tu. Kakchik belum kemaskini abaya-abaya ini di blog Abaya Elegan tapi sudahpun memuat-naik gambar-gambar ini ke dalam album di fanpage Abaya Elegan Lovers.

Saiz abaya-abaya yang dimodelkan Iffah ialah 40 - 46. Iffah sekarang di Tahun 1. Saiz abaya ni sebenarnya mengikut labuh abaya tersebut. Misalnya jika labuhnya 44 inci maka saiz abaya kanak-kanak itu ialah 44. Begitu juga dengan abaya untuk orang dewasa. Saiz abaya dari negara Teluk seperti UAE, Qatar dan Kuwait, semuanya mengikut labuh dalam inci dan kebanyakannya berpotongan kembang payung. Ada juga berpotongan 'princess' dan 'butterfly' yang jelas dapat dilihat apabila dipakai.

Selesai sudah urusan kakchik mengambil gambar untuk sebahagian daripada abaya koleksi kanak-kanak di butik maya kakchik. Jimat belanja kan? InsyaAllah kakchik tidak lupakan 'upah' yang bersesuaian untuk si comel Iffah Syahirah yang telah menjadi model cilik untuk Abaya Elegan. Masih ada koleksi abaya yang bersaiz lebih kecil yang belum diambil gambar. Mungkin kakchik kena pinjam Amni Wadhihah pula dari kakak kakchik selepas ni hehehe.

2 comments:

  1. Assalamualaikum kakchik..
    comelnya anak buah akak mggayakan abaya-abaya tu..:D

    ReplyDelete
  2. lawa dan ayu je iffa pakai abaya..

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs