Followers

3.7.11

Berpurdah Untuk Elak Gangguan Seksual

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Gambar dari arkib Keluargaku Sayang

Teman-teman semua terutama yang memakai niqab/purdah, tentu ada yang melalui pengalaman ini kan? Maksud kakchik, pengalaman seperti tajuk di atas tu. Malam ni kakchik terpanggil untuk menulis tentang topik ini selepas ada di kalangan teman-teman yang memberitahu bahawa mereka berpurdah kerana mahu menjaga diri dari gangguan seksual. Purdah menjadi benteng diri mereka kerana memakai jubah dan bertudung labuh bukan lagi jaminan diri mereka dari diganggu.

Di zaman ini sebahagian besar wanita termasuk wanita Islam, berfesyen ikut sedap nafsu. Kalau dilihat di mana-mana saja, pakaian mereka banyak bercirikan seksi, menggoda, menggiurkan dan menguji iman lelaki bahkan iman kaum wanita sendiri. Kalau tidak masakan boleh berlaku hubungan terlarang kan? Seluar ketat, baju ketat, tapi bertudung. Baju lengan pendek, ketat pulak tu, seluarnya juga sendat tapi pakai tudung. Baju kain jarang, tak pakai kain dalam, pakai coli tali halus dan bertudung. Hmm... semuanya tak kena.

Seorang teman mengadu hal tentang rakan sekerja lelaki yang sering saja mengganggunya dengan pelbagai pujian, cerita berbau lucah, kata-kata yang memalukan untuk didengar bahkan sanggup berterus-terang tentang fantasi seksualnya dengan teman kakchik itu. Astaghfirullahalaziim... gejolak nafsu seks yang buas kalau tidak dikawal dengan iman memang siapa pun dia tak kira hinggakan sanggup mengganggu seorang muslimah yang berjubah, bertudung labuh dan telah bersuami!

Seorang sahabat pula meminta pertolongan agar kakchik mendoakan dirinya kuat untuk memakai purdah, melindungi wajahnya dari pandangan mata lelaki miang yang saban hari mengganggunya di pejabat. Hidupnya menjadi sukar dan tertekan dengan perlakuan lelaki tersebut yang sering menghantar mesej lucah mengaitkan wajahnya dan fantasi seks. Terkedu kakchik dibuatnya. Kasihan adik itu yang kakchik kenali sebagai seorang muslimah yang begitu menjaga muamalahnya dengan bukan mahram.

Itu dua kes yang sampai ke pengetahuan kakchik dan kakchik rasa sahabat-sahabat kakchik itu mengambil keputusan untuk menutup wajah mereka dari pandangan umum kerana gangguan-gangguan seksual yang menekan hidup mereka. Kini hidup mereka lebih tenang walaupun si pengacau masih bebas sementelah bekerja di bawah satu bumbung. Khabarnya selepas berpurdah, mereka lebih berani bertegas dengan lelaki-lelaki tersebut yang begitu mengalah dengan nafsu mereka.

Bila kakchik amati pengalaman yang dilalui oleh teman-teman kakchik, teringat pengalaman sendiri satu ketika dulu sebelum kakchik mempunyai kereta. Ketika itu kakchik sudah pun berpurdah. Pulang dari kerja perlu menaiki 2 buah bas dan biasanya kakchik akan naik bas jam 6 petang atau 6.30 petang kerana dari perpustakaan ke KB pun agak lama menunggu bas walaupun habis kerja jam 5.00 petang. Pengalaman di dalam bas sering saja membuatkan kakchik menangis bila sampai di rumah. Pada waktu itu amat tidak sabar untuk punya kenderaan sendiri.

Alhamdulillah bukan kakchik yang diganggu tapi gadis-gadis lain yang berpakaian terdedah sana-sini yang sama-sama menaiki bas dengan kakchik. Tak sanggup lagi untuk setiap hari menjadi penonton kepada pelbagai gangguan seksual. Masa tu rasanya tidaklah seteruk sekarang. Orang rosak akhlak ketika itu belum berani menyebut yang lucah-lucah secara terbuka tidak seperti orang sekarang yang terer internet dan facebook. Oleh kerana kakchik sendirian, maka ketika itu kakchik hanya berdiam diri, takut diapa-apakan jika membantu gadis-gadis tersebut. Masalahnya, ada juga gadis yang suka dengan gangguan begitu. Miang!

Tapi hari ni ada masalah baru pulak, wanita berpurdah turut mendapat gangguan seksual. Mungkin itulah bahananya bila makin banyak gambar wanita berpurdah dalam pose yang menggoda diletakkan di laman-laman sosial hinggakan terpalit habis kesan perbuatan itu kepada pemakai-pemakai purdah yang 'innocent'. Tolonglah sama-sama jaga adab sopan kita agar kita tidak menjadi penyebab kepada gangguan seksual ke atas kawan-kawan munaqabat yang lain.

Allahua'lam.

9 comments:

  1. Syukran untuk perkongsian.
    Allah...
    Kadang2 itula...
    Sama ada tahu @ tak tahu atau buat2 tak tahu....
    Saya pun tak tahu...

    "Allah Maha Mengetahui"

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum wbt kakchik.. hehe
    baca entry kakchik buat saya teringat kisah saya di Jeddah.. sblm saya memakai niqab.. dan menjadikan ia sebahagian dlm hidup saye..

    dulu saya pn pakai tudung ala kadar je..=_= mmg tak ikut ajaran islam sgt dan smapila ke Jeddah ni.. and then mmg agaknye org arab sini pandang wanita yg tidak pakai niqab tu "lain macam" maklumla wajah kita ni wajah asia..-_- dan ada sesetengah org lelaki sini mengambil kesempatan dengan meyangka kita ni org murahan..=( hanya tidak pakai niqab..dan mengekori saya.. masa tu kakchik. saya punya la takut kakchik.. lari n menyorok tempat lain n bgatu kawan saya..Pastu sumpah tak g da tempat tu.. =_=
    And pas wat kajian rupenya mmg ade kumpulan wanita indon mane tah yg mmg buat perkara tak senonoh dn mereka sangka semua org asia kat Jeddah ni org INDON @FILIPINO.. ~ saya nak je bgtau SAYA rakyat Malaysia~baru dorang respek sbb rekod kat sini ramai indon filipino.. buat hal tp bila sebut MALAYSIA>. deme ckp " Malayzi?quwais.. miya2 ~ wallau'alam..

    ReplyDelete
  3. syukran atas peerkongsiaan... sy pun baru mula berpurdah.. harap akak2 di sini dpt beri tunjuk ajar...
    SYUKRAN

    ReplyDelete
  4. kak chik :(... ini ler masalahnya juga... segan nak cakap kat zauji..

    kadang2 keluar pergi kedai budak2 rumah atas ni selamba jer kacau2... kadang2 budak2 lepak kat bawah tu.. ( ada sebuah rumah tu jadu port lepak dia kat bawah ni ... sampai ke tangga2 laluan nak ke kedai :( ) ..

    Keluarkan kata2 lucah la... :( .. syikin takut sangat2 jarang keluar rumah... kalau nak pergi kedai pun.. intai kat tingkap dulu kot2 budak2 ni ada. :(



    Ada sekali dengan suami pun macam tu.. :| budak tu lalu sebelah kita masa nak naik tangga .. dok pandang apa tah kat kite.. terjatuh kat situ... zauji macam marah jer :(... padahal kite pandang pun tak :( ...


    Tekanan dah dengan anak2 melayu... dah lupa agaknya Allah sentiasa melihat...

    Niger's sebelah rumah pun reti respek kite.. anak2 melayu pula.. buat perangai

    ReplyDelete
  5. Rumah Tua, afwan. Kita sebenarnya setiap hari diberi pilihan sama ada mahukan kebajikan mahupun kejahatan iaitu dosa atau pahala. Maka kenalah kita sendiri menentukannya. Jangan kata tak tahu pulak ya.

    ReplyDelete
  6. Wa'alaikummussalam Norabudy @ Shiela.
    Terima kasih ya atas perkongsian pengalaman. Begitu sekali masalah gangguan seksual di sana ya. Nampak sangat masih ramai orang Islam (kalau di sana, orang lelaki) yang tidak benar-benar beramal dengan adab-adab Islam. Satu hal pulak orang-orang Indonesia yang buat perangai di sana tu. Agaknya bukan beragama Islam mereka tu.

    ReplyDelete
  7. Afwan Nurul. Syabas ya kerana telah mengambil satu langkah perubahan dalam penampilan. Selamat menempuh fasa barau yang penuh ujian. Semoga pilihan Nurul adalah yang terbaik dunia akhirat.

    ReplyDelete
  8. syikin, itulah hikmahnya Islam mengajar kita bila nak keluar rumah mesti ada mahram agar tidak diganggu oleh bukan mahram. TAPI, manusia zaman sekarang ni sebahagiannya sudha tidka reti malu dan tidka reti hormat, mereka dah tak kira lagi sama ada perempuan bertutup litup atau terbuka, yang mereka tahu kalau mereka kacau, ada respon, boleh jalan. kita pula kadang-kadang terpaksa keluar rumah sendirian kan syikin? moga-moga Allah sentiasa lindungi kita dari gangguan syaitan berupa jin atau manusia.

    ReplyDelete
  9. kakchik.. sama2 kakchik.. saya tahu kat mana2 pun ada gangguan mata oleh lelaki tak kira la di jeddah atau malaysia..dan kita sbg kaum wanita perlula sentiasa mengawasi n menjaga keselamatan kita .. =) Pasal hal indonesia ni saya ada terbaca mengenai mereka kebanyakannya ada yg lari dr majikan ( pembantu rumah) dan menjalankan aktiviti haram ~ ~melacur~..nauzubillah .. walluhu'alam tapi kes sebegini memang ada kakchik.. even di sini hampir dengan tanah haram.. dosa itu ada di mana2 cume tak terlihat . Sesunguhnya Allah juga yang Maha Melihat.. wallahu'alam..

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs