Assalamualaikum dan salam pagi ceria kepada semua teman-teman dan para pengunjung blog kakchik. Terima kasih kerana datang menjenguk-jenguk ke sini walaupun kakchik agak sibuk sekarang ni untuk selalu mengemaskini blog. Banyak perkara yang kakchik ingin kongsikan dengan teman-teman tapi masa tak mengizinkan.
Dalam tempoh tak sampai 2 minggu ni terlalu banyak urusan yang kakchik kena bereskan. Sekali fikir, laratkanh mental dan fizikal untuk menanggungnya. Nak lari ke mana kan? Dah tanggungjawab sendiri, nak tak nak kenalah juga diuruskan.
Sebagaimana yang kalian tahu kakchik ni ada bisnes kedaibuku dan abaya. Selama ini bisnes kedai buku tu kakchik uruskan dengan duit sendiri. Memang perit juga nak pusing modal terutama bila permintaan meningkat. Selepas 5 tahun, baru tahun ni kakchik berusaha untuk memohon pinjaman secara serius sebab bisnes kakchik dah memang kena modal lebih besar, kalau tidak teruk juga nak pastikan ia berjalan lancar.
Kakchik ada mohon dengan beberapa agensi tapi belum ada perkembangan positif. Letih dan penat rasanya nak memastikan permohonan berjaya. Walau apapun kena usahakan juga sebab bisnes nak diteruskan.
Sekarang ni tengah sibuk SALE nak pindah, kesian kat pembantu yang terpaksa bertungkus-lumus di kedai. Kakchik pula terlalu banyak kerja pejabat yang nak dibereskan sebelum masuk tahun baru. Minggu depan dah nak kena siapkan berkemas untuk berpindah ke lokasi baru. MashaAllah kalau difikirkan segala macam kerenahnya terasa nak tidur saja. Allahu Akbar! Tuhan saja yang tahu.
Ya Allah, tolonglah permudahkan segala urusan yang perlu dihadapi ni.
Kalau Engkau tidak membantuku, siapa lagi yang boleh memastikan segalanya selesai dengan baik.
Tolonglah Ya Allah.
Tolonglah.
Semoga dipermudahkan segala urusan Kak Chik..
ReplyDeleteSalam Kak Chik
ReplyDeleteCuba mohon dengan bank atau institusi kewangan yang menyediakan
Skim Pinjaman Mikro
Skim ini memang beri kepada mereka yang mempunyai bisnes skala kecil dan ingin kembangkan lagi
Cthnya Bank BSN, Agro Bank dan ada byk yang dibawa satu
logo-Skim Kredit Mikro
Harap dapat membantu,
Semoga Kak Chik dipermudahkan dalam semua urusan, insya-Allah
Assalamualaikum kak chik, anie doakan dipermudahkan Allah segala urusan kakchik ya.....
ReplyDeleteSalam kak Chik... Akak dah try SME bank? Ataupun Al-RAjhi (tp al-rajhi ni banyak cerita) Bank rakyat cam ner?
ReplyDeleteKalau buat CIMB bank agak senang, tp interes dia tinggi sikit :)
Saya doakan semoga kak chik mendapat apa yang kak chik impikan.
ReplyDeletesemoga pinjaman tersebut diluluskan.Amin.
salamz k.chik,
ReplyDeleteLama tak singgah sini. k.chik buka kedai baru ke? kat mana tu bila nak buat opening? nanti jgn lupa invite KiTTuN yer. :D
Salam KKak Chik,
ReplyDeleteMoga urusan dipermudahkan Allah. Amin...:)
Salam kakchik, nak pndh ke lokasi mana? 29hb ni ada kat KB, klu ada free bolehlah visit kakchik :)
ReplyDeleteAbt loan tu, dh try discuss dgn Tekun? Ramai kwn try kat ctu.
Hi kak cik...saya kagum dgn usaha kak cik utk kembangkan bisnes..saya kira ini adalah sikap yang perlu ada pada setiap bumiputera...apapun saya ingin tawarkan satu bisnes franchise utk kak chik kalau berminat..kedai franchise supermarket ni bernilai antara RM300K- RM500K..dan kak chik boleh dapatkan bisnes francise ini secara PERCUMA...segala galanya ditanggung oleh syarikat...malah ,sewa kedai dan bil elektrik pun syarikat bayar setiap bulan..lepas tu ..kak chik tak perlu beli stok sampai bila2 sbb semuanya disediakan oleh syarikat..apa yang kak chik dapat adalah untung bersih 10% dari jualan kedai setiap bulan..jika berminat ,sila hubungi saya untuk info lebih lanjut fadzil 0196678339
ReplyDeletezureen, terima kasih.
ReplyDeleteWkslm Masayu. InsyaAllah kakchik akan cuba juga. Hari tu tanya BSN, dia kata skim tu utk IKS.
ReplyDeleteWa'alaikummussalam Cikgu Anie. Terima kasih atas doanya.
ReplyDeleteWkslm Ummi. Memang dah tanya semua tu tapi sebab kakchik ni keje swasta, interest rates semua tinggi dr 5%. Banyak sangat nak tanggung tu.
ReplyDeleteaJa, semoga Allah makbulkan doa aJa tu. memang kakchik desperate skrg ni.
ReplyDeletewkslm kittun. bukan buka kedai baru tapi pindah ke lokasi baru. insyaAllah kakchik akan jemput utk opening nanti.
ReplyDeleteWkslm nurindah. Terima kasih banyak2.
ReplyDeleteWkslm Intan. Kakchik memang mohon dgn Tekun. Masih tunggu feedback. Kalau sampai KB, singgah la kat Zahra'.
ReplyDeletefadzil, terima kasih. terharu membaca komen tu. apa pun terima kasih atas tawaran yg menarik tu tapi kakchik nak minta maaf sebab kakchik belum berminat utk buat bisnes francais atau bisnes pasaraya. mgkn suatu hari nanti.
ReplyDelete