Hamka said...
Sedikit nasihat kepada suami:
Isteri bukan robot, bukan hamba, mereka adalah taman mesra, tugas mereka antaranya adalah mudahkan korang taat perintah Allah, bila mereka dah masak, basuh pinggang, kemas dapur..., basuh baju, jemur baju, sidai baju, sorting baju, lipat baju, gosok baju, kemas rumah, sapu sampah, buang sampah, bla bla bla.. maka korang kenalah 5 waktu pergi solat di masjid.
Solat kat rumah ni untuk perempuan, mereka dah penat buat kerja rumah, biarlah mereka berehat dan beribadat di rumah, korang pergilah ke masjid, dan bukan setakat pergi masjid sahaja, pergilah belajar ugama, berjihad dan sebagainya, kelak isteri kat rumah dapat jugak pahala, balik nanti bolehlah ajar anak bini tentang hal ehwal ugama...
Sesungguhnya di akhir zaman, hanya dua golongan yang terselamat dari fitnah Dajjal iaitu Lelaki yang banyak habiskan masa di masjid dan Wanita yang banyak habiskan masa di rumah.
Wallahu’lam.
Sekian.
Selepas dia tulis panjang lebar tentang peranan sebenar ISTERI di dalam sebuah rumahtangga. Kalau nak baca ini kakchik sedut sedikit dari tulisannya,
................... Tapi ramai perempuan tak faham bahawa shurga mereka ada pada suami mereka!
Korang tahu tak bahawa seorang isteri itu tak boleh meninggikan suara pada suaminya, walaupun hanya berkata “Oh” sekalipun kerana shurga itu ada di bawah tapak kaki suami?.., dan dalam kitab ada menceritakan kisah isteri yang solehah yang mana walaupun suaminya derhaka pada Allah tapi mereka tetap melayani dengan baik sehingga Allah menaikkan darjat si isteri tadi..,
Moral cerita adalah kita tidak boleh marah atau tinggikan suara pada suami sampai bila bilapun kerana itu adalah perbuatan derhaka yang boleh membawa ke neraka..,
Bagaimana jika suami kita buat silap? Tak solat atau kahwin dengan perempuan lain, apa kita perlu buat?
Tetap kita tak ada hak untuk marah atau tinggikan suara pada suami sampai bila bilapun kerana orang itu adalah suami kita selagi mereka tidak ceraikan kita, maka kita hanya boleh nasihat dengan lemah lembut, tunaikan hak sebagai isteri dan serahkan pada Allah untuk membuat keputusan, di samping itu kita wajiblah berdoa agar suami kita dapat membetulkan kesilapan mereka..,
Kita tak boleh merajuk dengan suami kerana dosa mereka, hak korang sebagai isteri tetap kena tunaikan, jaga makan minum mereka, tunaikan keperluan mereka walaupun mereka hidup derhaka pada Allah! walaupun suami korang mengaku tuhan macam Firaun,, tapi isteri firaun tetap masuk shurga kerana hak isteri adalah khidmat pada suami, faham?
Kerana mereka adalah suami korang dan shurga korang ada dalam ketaatan korang pada mereka tak kira siapa mereka dan dosa mereka..
Sesungguhnya, Isteri yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, maka semua ikan-ikan di laut, burungdi udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanyaberistighfar baginya dan Allah SWT mengizinkannya memasuki surga dari pintu mana saja yang korang kehendaki, apa lagi nak di kata?
Tapi aku tengok zaman sekarang, ramai perempuan yang selamba jer marah marah kat suami, siap tinggi suara lagi sehingga aku yang duduk sebelah rumahpun boleh dengar.., lepas tu berleter kat suami macam ibu yang berleter pada anaknya, tapi suami diam sahaja sebab takut kat bini, apa punya dayus ntah? Kenapa tak tempeleng sahaja perempuan yang mulut leser tu! Selamatkan mereka dari lidahnya di gunting dengan api neraka!
Aku tahu korang dah banyak servis kat suami dan anak anak, dah penat, dah masak, kemas rumah, dan basuh kain baju tapi kenapa nak cakap tengking tengking dengan suami jika suami buat silap?, ingat suami ni anjing ke nak kena salak hari hari.., cuba korang takut sikit kat tuhan, sekali korang mati tanpa keredhaan suami, tak cium bau shurga ler nampaknya.., oh..
Cuba korang cakap pelan pelan dengan suami, dan jika mereka buat salah dan dosa, korang tetap tak ada hak untuk marah atau tinggikan suara pada suami sampai bila bilapun kerana orang itu adalah suami korang selagi mereka tidak ceraikan korang, maka korang hanya boleh nasihat dengan lemah lembut, menasihat sambil menangispun takpe, dan tunaikan hak sebagai isteri lalu serahkan pada Allah untuk membuat keputusan, di samping itu korang wajiblah berdoa agar suami korang dapat membetulkan kesilapan mereka..
Itu SEDUTAN je... kakchik harap kalian masuk ke blog KeretaMayat tu untuk membaca artikel penuh barulah kalian tahu cerita yang sebenarnya. JANGAN LUPA BACA ya!
Sejak kebelakangan ini beberapa orang ahli usrah kakchik mengalami konflik di dalam keluarga. Di saat begini membaca menjadi satu medan untuk melepaskan kusut di hati di samping kembali mengingati bahawa Allah tetap ada bersama kita. Untuk rakan-rakan seusrah, semoga Allah sentiasa mengikat hati-hati kita di atas jalan-Nya dan semoga Allah menyelamatkan kita dari api Neraka atas sebab ahli keluarga kita.
salam kak chik..teri ma kasih di atas info berguna ni :)
ReplyDelete".....Wanita yang banyak habiskan masa di rumah." hmm..cmne ye nk cerita kat kakchik..nadiah ni mmg jenis suka memerap kat rmh tp ada yg mcm yg duk perli2. tak tau la..mgkn org tu anggap nadiah ni kolot kot..tak kuar gi mana2 pun kalau takde keperluan. kalau nk kuar pun dgn suami skali. kalau sorg2 atau dgn anak je mmg malas tmbh2 kat negara org ni. selalunya nadiah buat tak tahu je kalau dia duk perli2 tp kdg2 tu mmg terasa juga la. tak tau nk respon apa sbb nadiah ni bkn reti nk menjwb/defend diri sendiri. ntah la kakchik..susah betul la bila kita asyik nk duk 'layan' kata2 org..
ReplyDeletebtw, tq kakchik for sharing those article! :)
salam...
ReplyDeleteselamat pagi..
wanita paling mudah utk masuk syurga..
tp ramai penghuni neraka adalah wanita..kenapa..?
pikir2kan...
salam kakchik... kalau boleh kak e duduk rumah sepanjang masa... ;)
ReplyDeletewkslm catlina. sama-sama
ReplyDeletenadiah, you are welcome
ReplyDeletewkslm kak kam. memang itulah yg diceritakan dlm pendidikan agama kita. tapi kita ni selalu lupa kak.
ReplyDeletewkslm kak e. seronok kan kalau boleh buat macam tu. sayangnya nak survive hidup keluarga, terpkasa juga keluar bekerja.
ReplyDelete