Nasi Qimi
Assalamualaiakum dan salam pagi ceria semua. Semoga semuanya berada dalam keadaan sihat dan sejahtera selalu. Sekarang ni kakchik kat pejabat, ambil masa kejap rehat minum air sambil kemaskini blog.
Hari ni nak cerita sikit pasal satu nasi kukus yang sedap hingga menjilat jari, hehe iaitu NASI BUNGKUS QIMI atau ringkasnya Nasi Qimi.
Kakchik tak tahulah dari mana asal-usul nama nasi ni tapi yang kakchik tahu sejak hampir 10 tahun bekerja di Zahra' ni kedai makan yang terkenal di kawasan ini antaranya ialah kedai nasi ini. Sebenarnya kakchik yakin keunikan kedai makan ini ialah pada nasinya yang hanya berlaukkan ayam goreng yang besar, berbau harum mewangi, dalca dan sambalnya yang agak pedas. Tiada lauk atau nasi lain. Oh, nasinya ialah nasi kukus jenis beras panjang yang akan kembang gebu bila dikukus.
Mula-mula kedai ni beroperasi beberapa tahun dulu harganya kalau tak silap ialah RM3 sebungkus tapi sekarang ni telah menjadi RM3.60. Memang naiklah kan tapi kualiti dan rasanya masih 'maintain' hingga ke hari ni. Memang sedap!
Bungkusannya juga besar dan kalau dah menjadi pelanggan setia, biasanya tukang bungkus nasi tu akan tambah separuh mangkuk nasi kukus, alamat memang tak habislah kakchik makan. Selalunya kakchik makan 2 kali nasi tu, separuh dimakan masa rehat tengahari dan separuh lagi makan kat rumah. Memang nasi dan lauknya lambat basi. Sekali-sekala kakchik beli masa tengahari tu beberapa bungkus, simpan bawa balik ke rumah untuk Cik Abe, Ummi, Ayah dan Adik.
Cukuplah dulu cerita pasal Nasi Qimi ni. Saja nak cerita takut takde benda nak tulis hari ni. Ok, nak sambung kerja dulu. Wassalam.
salam kakchik...wah..tk pernh dgr dan mkn lagi nasi qimi ni..sedap ye kakchik...
ReplyDeletesedapnye kakchik...!
ReplyDeletewkslm cikmin.
ReplyDeletememang cikmin tak pernah dgr namanya sebab nasi ni cuma ada kat sini. memang sedap cikmin.
kalau cikmin dtg sini, masuk dlm senarai ya, biar kakchik belanja makan nasi qimi.
nyza, memang sedap dik.
ReplyDeleteSalam Kak Chik,
ReplyDeletenanti bagitahu lokasinya kat mana, nanti kelik kelate nak cuba n cari
Wkslm Masayu.
ReplyDeleteLokasinya ialah di Lorong Merican.
Sebelah Billion Supermarket tu ada lorong, masuk terus hingga jumpa simpang 4 kecik yg pertama, kat sblh kiri simpang tu lah kedainya.
Lebih kurang 1 2 minit je dr Billion tu.
Kak tie pulak teringin nak makan nasi mandi di kota baru tu. Hari tu balik tak berkesempatan... entah bila lagi boleh balik ni...
ReplyDeleteKak Tie,
ReplyDeletekita sendiri pun belum pernah try lagi kak. Tak tau kat mana ada orang jual kat area KB ni.
Salam Kak Chik,
ReplyDeleteNasi Qimi ni yg kedai tepi Billion tu ke? memang sedap nasiknye..kite selalu juga dulu2 pegi mkn masa lunch kat situ :)
Psst, kite doakan akak cemerlang lagi utk exam akan datang.good luck :)
Wkslm Ijan.
ReplyDeleteYe lah tu... tak sangka Ijan dah pernah makan. Ijan belajar kat sini ke dulu? Atau Ijan asal Kelantan?
Hehe byk pula soalnya.
Amiin. Semoga berkat doa Ijan tu.