Followers

27.12.09

Himpunan Kesedaran Wanita Kelantan 2009

Assalamualaikum dan salam 10 Muharram kepada semua teman-teman di mana saja anda berada. Semoga hari ini iman kita lebih baik dari semalam dan hari ni juga amalan baik kita meningkat lebih tinggi berbanding amalan buruk. Sama-samalah kita berusaha sebaik mungkin.


sepanduk program

Semalam kakchik langsung tak kemaskini blog sebab kakchik bersama cik abe menyertai program Himpunan Kesedaran Wanita Kelantan 2009 (HKWK2009) di Temangan, Machang. Sebenarnya ada dua program yang kakchik nak sertai, satunya ialah pasal pemerkasaan bisnes melalui blog yang dianjurkan oleh Afwaz Trading dan dibuat di Zahra' tapi selepas ditimbang-timbang, kakchik tak pergi program tu dan memilih ke HKWK2009.

cermin mata kena pancaran matahari, hehe

Bukan apa, dah lama rasanya kakchik tidak menyertai program muslimat yang dibuat besar-besaran begitu. Lagipun inilah kali pertama kakchik nak perkenalkan bisnes abaya kakchik kepada muslimat Kelantan. Kiranya sambil menyelam minum airlah. Bila membuka gerai maknanya tumpuan kepada pengisian program akan berkurang tapi kakchik dah bersedia iaitu dengan kehadiran suami tersayang untuk membuat rakaman penuh sepanjang program berlangsung dari 8.30 pagi hinggalah 5.00 petang. Bolehlah kakchik menonton dan mendengar semula ucapan, ceramah motivasi, forum dan pengisian oleh Tok Guru apabila pulang nanti. Apapun, kakchik bersyukur sebab dari tempat berniaga kakchik boleh mendengar dengan jelas setiap ucapan. Lagipun muslimat akan lebih memberi tumpuan kepada majlis dengan duduk beramai-ramai di bawah khemah yang disediakan.

Ramai pemimpin yang dijemput berceramah tapi kakchik tak dapat nak tulis sinopsis kat sini. Tak reti nak cerita sebenarnya hehe jadi kakchik sarankan kalau ada yang berminat bolehlah singgah di saluran youtube cik abe di MediakiniTV. Rasanya belum siap edit lagi kot sebab cik abe pun keletihan berdiri hampir sepanjang program berlangsung.

Untuk meringkaskan cerita, kakchik kongsikan gambar-gambar ini yang diambil sepanjang perjalanan ke sana, semasa di sana dan dalam perjalanan pulang. Tak sempat nak ambil banyak gambar sebab bateri kamera lemah, asyik amaran suruh tukar pek bateri je. Jom, tengok gambar.


Perjalanan pagi dalam cuaca yang agak mendung, sejuk.


Ketibaan para peserta dari seluruh Kelantan seawal jam 8.00 pagi.


Tempat duduk bawah khemah penuh walau pun basah kerana malamnya bumi Temangan disimbah hujan. Sasaran peserta sekitar 2 ribu tapi yang hadir mungkin 2 ribu setengah sebab nasi terpaksa ditambah lagi.


Antara pimpinan negeri yang hadir ialah EXCO Pembangunan Wanita iaitu YB Hjh. Wan Ubaidah Omar, dua dari kiri.


Walaupun tikar disediakan di bawah khemah basah, dan tiada kipas untuk menghilangkan kepanasan, muslimat Kelantan tetap komited sepanjang program berjalan. Syabas!


Abaya Elegan menumpang di khemah Nisa' yang comel tu.

Terima kasih banyak kepada C'Na yang sudi berkongsi khemah dengan kakchik. Kalau tanpa bantuannya dan adik-adik Nisa' Kelantan tak meniagalah kakchik semalam.


Ucapan Penutup oleh YAB Tok Guru. 


Sebahagian pimpinan muslimat negeri dan isteri-isteri wakil rakyat. Kelihatan MP Rantau Panjang, YB Hjh. Siti Zailah tersenyum manis.

Itulah sebahagian kenangan semasa kakchik menghadiri HKWK2009 semalam. Bila menghadiri program sebegini ada beberapa perkara yang sangat kakchik suka berlaku iaitu:
  • dapat bertemu kawan lama - ukhuwah kembali erat.
  • dapat bertemu ramai pimpinan muslimat - dapat semangat dan kata-kata nasihat
  • dapat beramah-mesra dengan pelbagai lapisan generasi - tua dan muda
  • dapat mengenali tempat baru - inilah kali pertama kakchik ke Temangan, Machang
  • dapat bekerjasama dengan suami untuk kerja Islam - hati gumbira
  • dapat menilai sejauh mana diri berubah ke arah kebaikan - terasa insaf dan semangat untuk membuat perubahan meningkat, alhamdulillah
Kakchik tahu lain orang lain pula persepsi mereka terhadap program ini. Apapun kakchik harapkan selepas menghadiri program sebegini, banyak kebaikan yang boleh di bawa ke akhirat untuk diri kita sendiri. Yang kakchik tahu, menghadiri program ilmu, insyaAllah ganjarannya besar. Allahu'alam.

Wassalam.

Sebahagian gambar adalah hakmilik teman, Lenny Kurniasih. Diambil dengan izin.

6 comments:

  1. sronoknya ikuti program cam gitu...rindu kg halamanku...hu..

    ReplyDelete
  2. Waaa seronoknya pi program.. duk teropong jugak kot2 muncul wajah2 kawan Iza yang dikenali hehe..sbb ramai jugak kawan zaman study org Kelantan, err sampai la ni pun hehe

    ReplyDelete
  3. nadiah, memang seronok tapi kalau blh nak gi lagi.

    ReplyDelete
  4. kak nza, kalau kakchik ada masa mmg kakchik suka ke prog cam tu. semoga terubat rindu ya kak.

    ReplyDelete
  5. iza, kakchik tak sempat nak ambil banyak gambar hari tu. memang ramai golongan muda kat situ mungkin ada kawan2 iza.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs