Assalamualaikum dan salam pagi ceria kepada semua teman-teman dan para pengunjung Keluargaku Sayang, semoga semuanya sentiasa di bawah lindungan Allah SWT.
Kakchik mohon maaf sebab dah beberapa hari tak bersiaran. Bukanlah sibuk sangat tapi bila dalam musim exam ni mood untuk menulis pun menurun dengan teramat sangat. Terasa rindu kat teman-teman yang selalu datang terutama cikmin, nyza, fmina, hana dan lain-lain. Kakchik ditimpa kemalasan yang amat untuk mengemaskini blog sebab nak beri tumpuan kepada exam akhir. Masih ada 2 hari lagi untuk menghabiskannya. InsyaAllah kertas terakhir pada 17 hb ni, lepas tu bolehlah kembali bersiaran seperti biasa. Kalau kawan-kawan perasan, kerap benar kakchik exam kan? Sebenarnya di OUM ni exam penting ada 3 kali setahun mengikut 3 semester yang mesti dihabiskan setiap sesi pengajian.
Universiti lain memang agak berbeza dengan OUM ni. Masa kakchik di USM dulu exam juga tapi lain perasaannya, mungkin sebab masa tu belajar sepenuh masa sedangkan sekarang belajar sambil bekerja dan berniaga. Sambil tu nak uruskan keluarga juga. Sekali fikir, banyaknya benda yang nak kena buat, huhu.
Apapun, kakchik mungkin akan jarang-jarang kemaskini blog dan ziarah teman-teman. Kakchik nak tumpukan pada exam akhir dulu. Semester ni yang paling kakchik risau ialah paper Planning and Teaching Music tu yang memang tak sempat habis belajar sedangkan banyaknya istilah music yang kakchik belum tahu dan faham. Jadi kalau online pun banyak dok cari bahan rujukan je.
Jadi... kakchik berhibernasilah dulu dari blogging. Kalau sudi, doakan kakchik senang menjawab soalan-soalan exam nanti dan biarlah jawapannya pun betul. Kakchik doakan kawan-kawan semua sentiasa berbahagia walau di mana saja. Jumpa lagi ya. Wassalam.
Salam... semoga kakchik lulus dengan cemerlang!
ReplyDeletegood luck kakchik! smg dipermdhkn olehNya..
ReplyDeleteSemoga Semua Urusan Kak Chik Dipermudahkan dan Lulus Dgn Cemerlang!
ReplyDeleteTERIMA KASIH KAK E, NADIAH DAN AJA. SEMOGA ALLAH PERKENANKAN DOA KALIAN. AMIN
ReplyDelete