Minggu lepas kakchik ada cerita pasal Ummi beli beg melalui kedai online kan. Haaa.... inilah dia begnya. Ummi belum guna pun lagi. Katanya nanti kalau nak ke mana-mana program atau majlis yang sesuai dia akan bawa beg tu.
Saiz beg Coach MP Madison Satchel ni agak besar, kalau letak majalah ANIS pun muat. Kakchik dok perhati kualiti jahitannya dan zipnya memang amat bagus, patutlah gred A+++. Maaflah, tak mampu dan tak akan beli yang ORI sebab harganya beratus ribu. Asalkan ianya berkualiti, memenuhi kehendak penggunanya, jadilah.
Memang sesuailah dengan Ummi. Beg yang ni kakchik beli dari MamaCollections. Sebelum ni kakchik pernah beli beg Coach Black Patchwork Zoe (imitation juga) tapi dari Jelita Ayu Collections. Hari ni pun kakchik guna ke pejabat. Puas hatilah memakainya walau ada sikit yang kurang suka. Nak tengok? OK, inilah begnya:
Gambar ni kakchik pinjam dari blog Ely's Indulgence, beg ORI tu tapi kakchik punya tiruan. Nak buat macamana kan. Biarlah apa orang nak kata beli barangan tiruan tapi nak berjimat cermat. Kalau harga betul yang RM733 tu memang tak mampu nak beli dan tak akan beli kot.
Jangan pulak ada orang nak kritik kakchik sebab pakai beg imitation. Kalau anda mampu, silakan.
salam kakcihk..tak kisah la kan..immitation pun..asalkan kita suka nak gayakannya...sejak faheem ada ni..cikmin pun pikir byk2 kali gak la nak bwk henbeg..rasanya tak beli dah kot..yg dok ada tu pun elok lagik tuk diguna ntah bila masa..hehehe..
ReplyDeletew.pn bkn ori ttp chantik gak la kakchik..myb yg xori pn brkualiti gak....
ReplyDeletewkslm cikmin.
ReplyDeletegitulah kan cikmin. asalkan kita yg menggunakan ni puas hati.
cikmin tu kena ada beg besarlah skrg ni, baru boleh muat semua keperluan segera faheem hehe.
memang kualitinysa sgt bagus kak nza. terer betul org yg meniru ni. tapi dengar kata beg coach dibuat di china, tau-tau ajelah negara tu mmg terkenal copycat branded items.
ReplyDeletekalau kita rasa cantik, ok la kan kak.
kak Tirana tak pernah beli beg tangan yang harga beratus..hehehe... Pakai yang murah, cepat lingkup, cepat boleh tukar..hehehe..
ReplyDeletekak tirana macam adik chik. tapi chik lebih suka satu-satu beg tu boleh pakai lama, misalnya 2 tahun, gilir-gilir mengikut tempat dan program. bila satu dah lusuh, baru nak cari ganti.
ReplyDeletetak kisah lah yg harga dia murah pun kakchik. shu pun kalu nk beli tudung & baju @ beg beli yg murah jer. ( murah boleh beli byk ) hahaha. kalau dekat rm799 harga satu beg, rasa tak mampu lah, hehe.
ReplyDeleteBetul tu shu. Beli yang murah tapi masih berkualiti lagi baik kan.
ReplyDeletesalam kak chik,
ReplyDeletesaya ada juga beli 2 handbag blogshop and they claim that barang2 tu authentic.. saya tak pasti sejauh mana kebenarannya coz bile sampai those bags memang saya puas hati and datang sekali dgn tag. contoh blogshop macam mamacollection, sara.my and byk lagi blogshop yang jual handbag2 coach, liz clairborne, ninewest.. sume imitation ke atau ori?
salam puan,
ReplyDeletesaya juga memakai dan menjual beg2 original especially coach dan sebelum ni pun memang pakai beg2 siam mari jugak la. tapi memang worth it la pakai yang original especially ke event2 sebab org kita sekarang dh pandai menilai beg..
kalau senang2 bolehla ke blog saya http://iluvbaginc.blogspot.com
bila kakchik duk post pasal bag ni, saya pun tengah duk survey handbag nak tukar ni, yg lama tu dah lusuh dan terkoyak dah... :(
ReplyDeletemasih mencari yg sesuai.... immitation pun immitation lar... janji boleh guna utk keperluan kita, tak gitu kakchik?