Assalamualaikum semua, ceria-ceria selalu!
Untuk menceriakan lagi hari kita, kakchik nak kongsikan satu hadiah dari seorang kawan yang sudah semestinya kakchik kenali melalui alam internet ini. Namanya NUR. Terima kasih Nur atas pemberian hadiah ini. Kakchik suka dan sangat menghargainya.
Inilah hadiahnya:
Girly Comments & Graphics
Sangat cantik dan mengandungi kata-kata yang bermakna untuk persahabatan kita. Semoga setiap persahabatan yang kita jalinkan adalah kerana Allah jua kerana apa guna bersahabat kalau tidak boleh dibawa ke akhirat sebagai amalan baik kerana-Nya?
Kakchik doakan setiap jalinan persaudaraan yang dibina sama ada di alam realiti atau di dunia internet ini adalah ikhlas kerana-Nya.
Perkongsian : Hujan
8 years ago
Salam.. Sama2 Kak Chik.. Ucapan terima kasih kerana sudi bersahabat dgn Nur... & Mendoakan yg terbaik buat diri ini..
ReplyDeleteMoga kita dapat menjalinkan persahabatan sampai bila2..
Salam sayang dari,
Nur
Wkslm Nur. Segalanya kerana Allah jua. Setiap salam persahabatan yang dihulur kakchik menganggapnya sesuatu yang sangat penting. Bersahabat bukan sekadar untuk suka-suka tapi kerana sunnah. InsyaAllah persahabatan akan berpanjangan.
ReplyDelete