Followers

30.12.09

Saat-saat yang ditunggu-tunggu

Assalamualaikum dan salam petang yang nyaman kepada semua.

Wah... mesti ramai yang dok tertunggu-tunggu tu. Tunggu apa lagi kan? Tentulah menunggu keputusan teka-teki yang kakchik anjurkan dalam entri sebelum ini. Sabar ya... kakchik masih belum hilang penat lagi balik dari MariBaca mengemaskan kedai sebab ESOK ialah kami akan berpindah sepenuhnya ke lokasi kedai yang baru. Huhu, selamat tinggal kedai lama dan selamat datang kedai baru, semoga masa depan bisnes kakchik akan lebih cemerlang di sana.

Baiklah, sebelum kakchik umumkan JAWAPAN dan siapakah PEMENANG-PEMENANGnya, kakchik nak cerita sikit, sikit je... pasal coklat nnise yang dalam kopiah cik abe tu.

Masih ingat kan, coklat tu kakchik beli semasa kakchik ke kuliah jumaat di KB Jumaat lepas. Kakchik beli 3 bungkus dengan harga RM5. Sebungkus kakchik buka dah masukkan dalam kopiah cik abe. Tapi sebab dah terliur sangat, belum sempat kakchik kira, kakchik dah pun laju membuka sebiji coklat nnise dan memakannya. Waduh... sedapnya rasa coklat nnise buatan kampung ni. Semanis wajah makcik yang menjualnya. Kemudian barulah kakchik kira jumlahnya.



Untuk pengetahuan semua, bila dikira dan dicampurkan semua coklat nnise dari 3 bungkusan tu, TOTALnya ialah 92 biji. Jangan lupa sebiji sudah kakchik makan hehe. Setiap bungkus tu jumlahnya sama rata iaitu 31 BIJI setiap satu.

Jadi JAWAPAN teka-teki kakchik tu ialah 30 BIJI.

Dah boleh agak ke siapa pemenangnya? HANYA 3 JAWAPAN YANG TEPAT saja kakchik ambil kira ya.

INILAH DIA PEMENANG-PEMENANGNYA:

1. YASMIN (anak CikMin) - sebab cikmin kata yasmin yang teka, hehe pandai yasmin!

2. BIARLAH RAHSIA - tepat tekaannya, pandai sungguh!

3. nba-NUR - pandai... pandai Nur meneka.

Tahniah kepada yang menang! Dan terima kasih kepada semua teman-teman yang sudi meluangkan masa menyertai kuiz kakchik yang ala kadar je ni. InsyaAllah kalau terasa lagi nak buat kuiz utk eratkan silaturrahim, kakchik akan jemput lagi.

KEPADA PARA PEMENANG, sila bagitahu kakchik nama dan alamat penuh masing-masing kerana kakchik ingin menghantarkan hadiah kemenangan anda. Kalau segan nak bagitahu di sini, boleh EMAIL kepada kakchik di hanniaziz@gmail.com

Anda semua telah memeriahkan dunia kehidupan kakchik yang sedang serabut dengan pelbagai urusan sekarang ni. Hilang serabut, senyum yang menguntum. Alhamdulillah.

9 comments:

  1. alhamdulillah...betoi ye kakchik..ishhh...mmg ditenung2nya gambo cekelat nise lam kopiah che abe kakchik malam td tu...hehehe..sbb awal cikmin teka 29..tp dia kata..30 la ibu..ntah kt mana la dia nampak tu kan..makaseh kakchik..nnt cikmin email kt kakchik ye...mmmuuuaaahhh!!

    ReplyDelete
  2. tahniah kpd pemenang...hi, camne le cikgu maths ni kira....

    ReplyDelete
  3. ala..terlepas plak kuiz kak chik.. huhu..

    ReplyDelete
  4. cikmin, ha'ah betoi... terlepaslah ibu nak dapat hadiah, yasmin juga yang bertuah.

    ReplyDelete
  5. kak nza, bukan senang nak kira kak sb bertindih-tindan coklat tu. cikgu maths pun bukan boleh x-ray kan, hehe.

    ReplyDelete
  6. dijah, next time la ye. next year.

    ReplyDelete
  7. oo....kakchik ada wat teke teki ke..xtau plak..terlepas pandang ni..almaklumla..qis sgt2 bz mnggu ni..nk update blog pn curik2 masa..arini baru la berkesemapatan...

    ReplyDelete
  8. qis, kita semua sgt busy di hjg thn ni kan. kakchik pun dah bbrp lama tak ziarah qis, entah apa dah ceritanya.

    ReplyDelete
  9. Salam.. Hi Kak Chik.. Wahhh syukur.. Tak sangka Nur dpt teka dgn tepat soalan teka-teki tu.. Nanti Nur emel akak ye.. :)

    Tak sabar Nur nak tau apa hadiah yg Nur dpt.. Thanks a lot sis... :D Sukalah bila ada contest mcm ni..

    Jaga diri ye kak Chik.. bye

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs