Followers

2.12.09

Bila ruang simpanan tak cukup

Assalamualaikum dan salam pagi semua. Kakchik hari ni dah sihat rasanya kecuali hidung yang masih tersumbat dan tekak yang agak perit tapi keseluruhannya insyaAllah sihat. Semoga teman-teman semua juga sentiasa sihat sejahtera dan bergembira selalu di samping menjalani kehidupan masing-masing.

Hujan
Dah beberapa hari hujan kembali semula ke Negeri Kelantan ni. Syukur alhamdulillah masa raya hari tu cuacanya sangat elok. Sejak malam tadi hujan turun lebat sekali, pada saat kakchik dok menaip ni pun kat luar tu macam masih belum Subuh keadaannya, mendung sangat. Entah hari ni dapat atau tidak kakchik ke pejabat pos dan ke KK Square untuk urusan bisnes.

Kakchik masih ada bungkusan pelanggan yang perlu diposkan. Tak baiklah kan melewat-lewatkan urusan dengan pelanggan sedangkan mereka dah pun membayar penuh harga barangannya. Semalam kakchik dah pergi tapi sebab masih demam agak kuat, kakchik tak tahan menunggu lama sebab pelanggan pejabat agak ramai, jadi kakchik balik aje. InsyaAllah hari ni kakchik akan pastikan dapat diposkan juga.

Mengemas beg tangan
Bila duduk dalam rumah ni memang lama-lama akan naik bosan juga. Kakchik tengok segala harta benda yang memenuhi bilik ni dan ternampaklah koleksi beg tangan yang agak banyak tu. Hmm... ingat hari ni nak kemaskan barang-barang tu lah. Mana yang nak disedekahkan dan mana yang masih nak digunakan. Sekali tengok, memang kakchik dah tak cukup ruang dah nak simpan beg dalam almari sebab baju-baju kakchik semuanya labuh-labuh jadi ruangan di bawah tu pun dah nak penuh dengan baju.


Kakchik teringat satu alat yang digunakan untuk menyimpan beg tangan dengan kemas. Pernah tengok dalam website Ikea kalau tak silap. Lebih kurang macam dalam gambar kat sebelah tu. Kalau sempat hari ni kakchik nak cari alat ni kat bandar. Senang kan, pasang aje kat pintu bilik, boleh la kakchik sangkut semua beg yang ada. Lapanglah sikit almari baju tu.

Kalau ikut yang dalam gambar tu, alat tu hanya perlu disangkut di bahagian atas pintu. Maknanya boleh pindah alih ke mana-manalah. Ha'ah, sangat bagus ni. Kesian dah kat beg-beg tu asyik bersusun dalam dusty-bag masing-masing.

Coach OP Madison Satchel

Hari ni kakchik menanti ketibaan sebuah beg tangan Coach (imitation je) yang kakchik belikan untuk Ummi. Sebenarnya Ummi yang pilih sendiri. Dah lama juga Ummi nak beli beg tangan baru sebab beberapa beg Ummi dah rosak tali dan kulitnya pun dah lusuh. Jadi kakchik tunjukkan beberapa kedai online yang jual beg tangan. Hehe, Ummi pun dah pandai membeli secara online dah sekarang ni. Kami order dari MamaCollections.com pada harga yang agak berpatutan. Sebelum ni ada kawan membeli beg Tods dari kedai yang sama, cekap servisnya dan kualiti beg pun sangat bagus.

Jadi kita tunggu dan lihat aje, sampai ke tidak beg tu hari ni sebab Mama kata dia poskan semalam. Ummi kakchik tentu amat gembira bila sampai nanti. Dapatlah ubatkan demam dia hehe.

Wah... makin lebat nampaknya hujan kat luar tu. Setengah orang suka sangat dok dalam selimut dan berdengkur. Kalau ikut hati kakchik pun suka tapi tak bolehlah sebab masih ada kerja nak buat. Jadi jumpa lagi di lain siaran...

Sumber imej dari google dan MamaCollections.com

10 comments:

  1. salam..
    semoga kesihatan kakchik bertambah baik..
    bag tgn...akak pun ada masalah nak simpan..
    tp tgk idea yg kakchik pamerkan tu,ok jugak...senang kan...

    ReplyDelete
  2. Good idea la benda penyangkut beg tu. Saya sangkut handbeg kat blakang pintu je. Ala sangkut pakai besi penyangkut baju tu. RM2 je..pastu sampai nak bukak pintu pun tak blh. haha. Mslh sangkut handbeg kat luar ni..handbag akan berabuk..pastu bahagian tali tu akan rosak skit.

    ReplyDelete
  3. wkslm kak kam.
    terima kasih kak. insyaAllah kakchik dah makin sihat ni.
    memang masalah sungguh nak kemaskan beg tangan tu. kalau ada alat macam tu rasanya jimat ruang sikit kan.

    ReplyDelete
  4. fazemy, hehe... dulu kakchik pun buat macam emy tapi habis beg kena tahi cicak.
    kakchik ingat nak gantung beg dalam dusty-bag dia sebab tiap2 dusty-bag tu bertali. selamat kot dari habuk atau tahi cicak.

    ReplyDelete
  5. Salam kak Chik..semoga sembuh cepat..

    ReplyDelete
  6. dh ok ke kakchik...moga brtmbah chat.

    wah, ni mesti byk koleksi hbag tu...

    ReplyDelete
  7. semoga kakchik kembali sihat dan segar... hujan2 ni memang badanpun jadi letih je kan...

    ReplyDelete
  8. wkslm zureen. terima kasih. insyaAllah kakchik dah sihat dah.

    ReplyDelete
  9. kak nza, rasanya dah sihat kot. kalau ada pun tekak dan hidung je yg masih belum normal.

    hehe, ada lah sikit2 kak.

    ReplyDelete
  10. betul kot kak e. badan kita ni dia macam cuaca juga. kalau cuaca kurang elok, dia pun ikut jadi tak sihat. kak e pulak, harap2 sihat ya.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs