Followers

6.12.09

Buku Inspirasi Contest

Assalamualaikum semua.
Petang-petang macam ni di pejabat kakchik terpaksa merajinkan diri ke sana-sini agar mata tidak mengantuk. Tambah-tambah penghawa dingin dalam pejabat ni memang tak boleh diubah-ubah suhunya, sejuk memanjang, grrrr...
Sambil membuat kerja pejabat ni iaitu membaca buku Surah Al-Kahf And The Modern Age untuk dibuat review, kakchik sempatlah juga jelajah beberapa blog teman-teman. Tiba-tiba ternampaklah peraduan BUKU INSPIRASI CONTEST ni anjuran Masayu (teman blogger juga ni). Kakchik kalau pasal buku memang teruja!
Masa dok masuk blog Masayu terlepas pandang pula entri dia pasal contest tu tapi tadi kakchik baca di blog Suri. Rasa menariklah, ingat nak join juga.
Tambah-tambah contestnya berkisar hal-hal bekerja dari rumah. Pengalaman yang pernah kakchik lalui sebelum ini.
Ada beberapa soalan mudah yang perlu kakchik jawab. Jom tengok!

1.Apakah status anda kini?
Untuk soalan ini ada disediakan 6 jawapan dari a hingga f jadi kakchik rasa diri kakchik ni termasuk dalam jawapan 
a.Wanita bekerjaya
d.Bisnes atau bekerja sendiri (SOHO)
e.Wanita bekerjaya mempunyai pendapatan sampingan/sambilan (Nyatakan: bisnes abaya, buku secara online dan juga khidmat konsultan minat membaca kanak-kanak)
f.Pelajar



2.Apakah impian anda pada masa hadapan?
Kalau boleh memang kakchik mahu menguruskan rumahtangga sepenuh masa tapi memandangkan zaman sekarang ini memerlukan lebih dari satu sumber pendapatan untuk menyara keluarga, maka kakchik harus keluar bekerja. 
Harapan kakchik ialah dapat menguruskan perniagaan kakchik sepenuh masa agar ianya dapat berkembang dengan baik dan memberi manfaat kepada masyarakat.
Kakchik ingin mempunyai bangunan sendiri yang menempatkan segala kemudahan menyeronokkan untuk kanak-kanak seperti kedai buku, perpustakaan, taman permainan, cafe, pusat pakaian dan ruang aktiviti kreatif.
InsyaAllah kakchik akan membuka butik abaya yang serba lengkap menyediakan pakaian wanita Islam yang menepati kod etika pemakaian Islam di mana golongan pelajar hinggalah yang berada mampu memiliki abaya berkualiti untuk menutupi aurat mereka.
Kakchik ingin menyambung terus pengajian untuk memastikan diri berjaya menjadi pakar pendidikan awal kanak-kanak.

Yang sebenarnya kakchik telah pun mempunyai ketiga-tiga buku yang ditawarkan tapi bagi kakchik hadiah bukanlah matlamat tapi sokongan terhadap peraduan ini yang penting. Syabas kepada Masayu kerana berfikiran kreatif menganjurkan peraduan sebegini. Kalau ada lagi peraduan berkaitan buku, jangan lupa jemput kakchik ya.

Ini buku pilihan kakchik:

Kalau teman-teman perasan, semalam buku ada dalam susunan buku kakchik yang belum dibaca. Kalau dapat sebuah lagi apa salahnya. Boleh kakchik hadiahkan kepada orang lain yang minat untuk bekerja/berniaga dari rumah. Betul tak?

JANGAN LUPA SINGGAH DI BLOG MASAYU!

No comments:

Post a Comment

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs