Followers

5.12.09

Bilalah pulak nak baca semua ni?


Rasa macam dah lama juga kakchik tak berkongsi cerita pasal membaca di sini. Bukan kakchik tak membaca tapi agak lama juga tak membeli buku baru kerana sibuk dengan macam-macam hal lagipun senarai buku yang dibeli beberapa bulan lepas belum habis pun dibaca.

Sebelum cuti raya baru-baru ni kakchik sempat membeli beberapa buku baru  kerana ada yang tiada stok di MariBaca termasuk sebuah terjemahan al-Qur'an versi bahasa Inggeris terbitan Yayasan Restu. Kakchik beli untuk memudahkan menulis terjemahan ayat-ayat apabila ingin menyedutnya untuk ditulis di blog KakChik's Wardrobe dan juga agar perbincangan tentang mana-mana ayat al-Qur'an dengan rakan-rakan luar negara lebih mudah difahami. Sebenarnya kakchik sudah ada terjemahan Pimpinan Ar-Rahman.

Kakchik sudah membelek-belek semua buku ini tapi untuk minggu ni kakchik berhajat nak membaca UNTUKMU WANITA dulu. Yang lain tu seperti 101 IDEA BISNES HOME-BASED dan KE MANA WANG ANDA? tu boleh dijadikan rujukan dari masa ke semasa. Novel-novel pula akan kakchik baca sebelum tidur, insyaAllah. Macam biasalah.

Tak lupa, buku-buku rujukan untuk peperiksaan pun kena baca juga sebab 16 dan 17 Disember ni kakchik ada exam akhir. Kena pastikan semester ni keputusan lebih baik dari semester lepas. Mesti dapat CGPA 4 lagi sebagai penutup tahun ni. Semester depan dah masuk tahun akhir, kena ambil minor bahasa Inggeris untuk setahun kot. Lepas tu insyaAllah grad lah kakchik sebagai pemegang Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak. Tak sabar rasanya.

Terasa seperti kerja semakin banyak dalam bulan Disember ni. Nak pindah kedai lagi, nak buka gerai, nak tutup akaun, nak perbaharui lesen niaga, nak baharui lesen memandu, nak mesyuarat perancangan tahun 2010, nak buat promosi abaya, nak buat sale pindah kedai, nak aerobik semula dan macam-macam lagi. Semoga Allah permudahkan. Harap tubuh badan sentiasa sihat dan kudrat yang kuat. InsyaAllah kakchik mampu! InsyaAllah.

12 comments:

  1. seronoknya tengok buku kak chik yang banyak2 tu. dalam banyak2 tu ada satu yg sama dengan saya. Untukmu Wanita :)

    saya pun kirim dengan mak buku. sekarang duk mengulit buku je sampaikan sambil masak pun membaca. hihii

    ReplyDelete
  2. Irma, dah habis baca ke buku tu? Kakchik baru mula baca malam ni. Setakat ni amat bagus.
    Kalau dah kaki buku tu, ke mana pun dgn buku kan.

    ReplyDelete
  3. Salam Kak Chik,
    Harap2 kak Chik sihat selalu... banyak buku nk di baca tue :)

    ReplyDelete
  4. Wkslm Ijan.
    Terima kasih. InsyaAllah kakchik sihat ni. Ha'ah byk tapi lama2 habis la kan.

    ReplyDelete
  5. ooo...nk exam ke???gud luck ye kakchik.

    ReplyDelete
  6. Kakchik yang budiman.

    Seandainya kakchik itu tidak mahu ataupun mengalami kesukaran membaca buku2 tersebut, maka patik selaku peminat buku yg slalu xder duit nak beli buku, sanggup membaca buku2 itu bagi pihak kakchik.

    sekian
    hehehe

    ReplyDelete
  7. dah! best, dan rasa bersemangat!

    ReplyDelete
  8. kak nza, sowiii... baru hari ni perasan masih ada komen kat sini yg blm jwp. mmg hari tu nak exam kak. apapun t.kasih banyak ya kak.

    ReplyDelete
  9. My dear Nurul, hehe, tergelak kakchik baca komen Nurul tu. Kalau dok dekat boleh la kakchik pinjamkan untuk Nurul baca.

    ReplyDelete
  10. nuha, kakchik tak habis baca lagi MK tu. semua yg membacanya kata best.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs