Assalamualaikum warahamatullah wabarakatuh dan salam sejahtera semua. Semoga kita semua sentiasa dilindungi Allah SWT dari godaan syaitan durjana dalam apa jua yang kita lakukan hari ni. Salam takziah kepada keluarga dua orang pelajar Kolej Masterskill yang terbunuh semalam dalam kejadian di KB Mall. Semoga ruh mereka bersama ruh orang-orang yang mendapat rahmah Allah.
Semalam balik dari kerja kakchik ke kelas aerobik di Berek 12. Masa sampai kat kelas dalam jam 5 lebih tu beberapa orang rakan-rakan sekelas dok bising dan mereka kelihatan terkejut. Rupa-rupanya diorang baru saja datang dari KB Mall. Masing-masing dok bercerita, kata ada benda jatuh dari bumbung KB Mall menghempap orang di tingkat bawah. Diorang yang masa tu dok di kedai Bata berlarian keluar dari pasaraya. Memang kedai Bata dengan tangga bergerak tu agak dekat. Langsung diorang ingat KB Mall runtuh. Paniklah kami semua kat kelas sampai masing-masing mula menelefon, bimbang ada ahli keluarga yang ke sana masa kejadian.
Kakchik pun ada SMS kat beberapa orang kawan dan adik-beradik tanyakan khabar. Memang kami bersenamrobik dalam keadaan yang risau. Habis kelas dalam jam 6.30 petang kakchik tengok ada 8 miss call di telefon. Semua menelefon bertanyakan khabar kakchik, diorang pula yang ingat kakchik berada di KB Mall masa tu. Alhamdulillah tiada kalangan ahli keluarga atau kawan-kawan yang berada di sana tapi takziah pula kepada beberapa pelajar kolej yang menjadi mangsa. Memang KB Mall dengan Kolej Masterskill tu bersebelahan je, jadi ramai pelajarnya yang berada di dalam KB Mall masa tu.
Balik ke rumah, cik abe kata dah bising dalam internet kata KB Mall runtuh walhal spekulasi tu bukanlah perkara yang benar. Malam tadi kami semua menunggu siaran berita perdana untuk mengetahui hal yang sebenar. 2 video di bawah ni ialah rakaman berita tv yang cik abe buat malam tadi.
Kakchik yakin kebanyakan akhbar hari ni meletakkan gambar-gambar peristiwa di KB Mall semalam tu di muka depan, jadi kakchik tak akan meletak sebarang gambar tersebut di sini. Mungkin bisnes sebahagian peniaga di pusat membeli-belah tu akan lumpuh la sekejap sementara kerja-kerja membaiki kerosakan dibuat.
Sebenarnya kakchik ada hajat nak ke sana semalam untuk melihat buku baru di Popular.
salam kak chik,
ReplyDeletesemalam gi shopping brg dapo...so x tgk berita pun. yan baru tau pasal nie bila buka fb pg td, baca status k.chik, sgt2 terkejut...takziah utk keluarga kedua2 mangsa...moga roh mereka ditempatkan dikalangan org2 beriman...amin...
Salam k.chik,
ReplyDeleteKittun pun semlm ontheway ke KBmall tapi patah balik bila staff call ada org nak jumpa. Terkejut gak bila dengar peristiwa tu berlaku. Malang tidak berbau semoga kita semua sentiasa dilindungi oleh ALLAH swt dr segala bencana.
masa tersiarnya berita di tv malam tadi, saya terus teringatkan kak chik, yelah, kakchik suka g shopping sana..alhamdulillah takde kena mengena ngan kakchik sekeluarha....dan takziah pada keluarga mangsa..
ReplyDeleteya allah dengar gak cerita ni kat radio pagi tadi tapi tak tau pulak ada pengunjung yang kena...innalillah...semoga roh mereka dicucuri rahmatNya.
ReplyDeletesha tak tgk tv semalam. pg td tgk kat sokkaba. terkejut betul.
ReplyDeletemusibah..dtg macam2 cara kan kak chik?
terkejut sbb pernah keje dlm bangunan kbmall tu. rasanya makan masa utk ubahsuai.
ReplyDeleteso semua org akan berpusu kat parkson dah pulak. hmm
apapunm takziah,
kakchik sihat ke?
dah bertahun tak blk kelantan..KB Mall pun tak pernah g la...kesian kat akak kan..
ReplyDeleteSalam kak Chik,
ReplyDeleteTakziah untuk mangsa kejadian. Moga roh mereka dicucuri Rahmat-Nya.
Malang tak berbau, kan, kak chik?
Nape la pemandu dan penumpang kereta tu bole tolak2 kereta kat atas bumbung tu. Kan bahaya. Saya geram sangat, tapi, dah takdir.
Astaghfirullah...
tragedi yg xtrduga oleh akal manusia..kebetulan adik kak nza pn brgegas gak ke sana(dia doktor kt spital)..mmg dasyat ktnya n ramai org2 ambil kesempatan meraba mangsa n mencuri..sedih dgn akhlak ank2 melayu skrg......
ReplyDeletetakziah utk mangsa. tak berani bukak clip tu. ngeri tak video clip tu. takut darah saya ni. hehehe...
ReplyDeleteK chik..tmpat shopping faveret saya nih k chik...saya miss cerita ni sbb duk PD waktu tuh...duk berjalan kat N9 seharian, terlepas berita sensasi..Takziah kpada ahli keluarga Arwah...peringatan kepada yg hidup, musibah, petaka,tak tunggu masa..boleh berlaku di mana-mana dan bila2 sahaja.
ReplyDelete