Followers

25.12.09

Coklat Nnise dan Kuliah Jumaat

DO NOT COPY MY PICTURES!


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Dah penghujung Jumaat dah ni ... mungkin dah tamat sejak masuk Maghrib tadi. Moga-moga sepanjang hari Jumaat yang mulia ni kita telah melakukan banyak kebaikan berbanding keburukan. Maknanya kita berharap lebih banyak pahala yang kita dapat hari ni. Bukan kita dapat ukur pun tapi hati sendiri lebih tahu apa aktiviti yang kita buat yang akan Allah suka.

Nak cerita la sikit pengalaman siang tadi kat sini. Manalah tahu kot-kot ada faedah untuk pembaca juga.

Pagi tadi kakchik, cik abe dan ayah tak ketinggalan menghadiri kuliah Jumaat Tok Guru di Dataran Ilmu, KB. Kami bertolak agak lewat maka sampai di sana, kereta susah agak sesak. Orang yang datang lebih awal dapatlah mendengar keseleruhuan kuliah pagi yang disampaikan oleh YB Dr. Daud, ADUN Tendong. Tapi sebab kakchik lambat, maka dapatlah dengar sebahagiannya, ade lah dalam 30min.


ummi, kakchik dan ni' (gambar masa kuliah minggu lepas, 1 Muharram)

Beliau sentuh tentang kepentingan membayar hutang. Katanya Nabi Muhammad dulu tidak mahu melakukan solat jenazah seorang sahabat kerana beliau mati meninggalkan hutang sehinggalah ada sahabat lain yang sanggup membayar segala hutang si mati. Takutnya... kalaulah Allah ambil nyawa hari ni, siapalah yang sudi menanggung segala hutang-piutang kakchik. Dan orang alim sudi ke nak solatkan jenazah kakchik?

Satu perkara lagi yang kakchik ingat YB sebut ialah ganjaran ke atas orang yang memberi hutang adalah berkali ganda daripada bersedekah. (harap2 betul apa yang kakchik dengar ni sebab masa ni orang sedang parking motor kat depan kakchik, agak bising). Katanya kalau kita kaya, bagilah pinjam duit kepada orang yang memerlukan, misalnya jika kita sudah melakukan haji dan umrah (selesai yang wajib) maka elok juga kalau kita ada kemampuan, bagilah duit kepada sedara-mara agar boleh melaksanakan ibadah haji.

Huhu, kalau ada kawan-kawan yang kaya tu, eloklah bagi pinjam kat kakchik ni. Nak kembangkan bisnes, nak guna banyak juga modal ni. Hehe... insyaAllah banyak ganjarannya.

Eh, apa pulak kaitan cerita dengan tajuk dan gambar di atas tu?

Sabar... mesti berkaitnya. Lepas tamat kuliah pagi dalam jam 9.30 pagi beberapa minit rehat dan Tok Guru pun naik ke pentas untuk kuliah Jumaat. Orang dah ramai sangat masa ni dan kakchik pulak duduk kat bucu tangga Hotel Raudah kerana boleh mendengar kuliah dengan sangat jelas. Tapi, sayangnya diganggu pula oleh orang ramai yang meletakkan motosikal di sepanjang lorong tepi hotel. Maknanya terganggulah pendengaran kuliah kakchik pagi tadi.

Takleh nak tumpu perhatian kat apa yang Tok Guru kuliahkan. Mata pun mulalah nak melilau perhatikan gelagat orang yang datang. Sekejap ada satu keluarga mundar-mandir mencari tempat untuk duduk, akhirnya mereka menghampar tikar di atas jalan di lorong itu saja. Jeles juga bila tengok orang satu keluarga datang dengar kuliah. Kakchik tak pernah dapat buat gitu, selalunya kakchik berempat dengan cik abe, ummi dan ayah saja.

Tengah dok perhati sana-sini, kakchik nampak makcik minggu lepas yang jualkan Coklat Nnise kepada ummi. Dia datang makin dekat, akhirnya sampai depan kakchik. Tersenyum manis je makcik yang berwajah putih bersih tu. Akhirnya 3 bungkus Coklat Nnise buatan sendiri bertukar tangan dengan harga RM5 (RM2 sebungkus).


dah buka sebungkus masuk dalam kopiah cik abe, hehe.

Kakchik beli sebab minggu lepas tak cukup. Berebut anak-anak buah makan coklat ni. Lagipun kakchik sempat makan sebiji je. Kali ni bolehlah makan puas-puas, hehe.

Kakchik sempat dengar kuliah Tok Guru dengan baik lepas tu. Walaupun banyak yang Tok Guru sentuh tapi kakchik paling suka nak kongsikan kata-kata ini:

"Dosa ibarat kolestrol dalam badan."

Kalau badan kita boleh mendapat sakit kerana kandungan kolestrol yang makin meningkat, misalnya masalah kegemukan, kencing manis, darah tinggi, sakit jantung dan macam-macam lagi. Maka dosa juga membawa mudarat kepada kita sama ada pada jasad mahupun pada ruh. Sebab itu kalau terbuat dosa atau terasa macam apa yang kita buat tu berdosa, cepat-cepatlah kita brek dan undur agar kita dapat mohon ampun dan berusaha membersihkan diri dari dosa itu.

Allah Maha Pengampun kepada hamba-hambaNya yang benar-benar bertaubat.

Wassalam.

8 comments:

  1. Ya Kak Chik, dalam majalah Solusi bulan ini (Disember) pun ada artikel mengenai pemberian hutang. Dibandingkan dengan sedekah :)

    ReplyDelete
  2. Bahaya juga kalau dosa yang umpama kolesterol tinggi ye Kak Chik..

    ReplyDelete
  3. Terima kasih AdH atas perkongsian maklumat tu. Nak belilah Solusi terkini tu.

    ReplyDelete
  4. Memang bahaya zureen. Sebab semakin terkumpul, kita makin jauh dari Allah dan rahmat-Nya.

    ReplyDelete
  5. 2lh, kalu boleh elak brhutang ,kita elakkn...ttp kalu nk beli kete n wat umah mmg xmmpu le nk wat cr cash money...ye dok...

    sedapnya coklak nise tu...tringat time skolah dulu.....

    ReplyDelete
  6. salam...menarik tu..."dosa ibarat kolestrol dlm badan"
    jgn dibiarkan je...buat la sesuatu(bertaubat)...Nabi pun bertaubat tiap hari,kan..apatah lg kita manusia biasa...
    cokelat nnise..hehe org luar tau ke mcm mana nak sebut tu ya kakchik...

    ReplyDelete
  7. seronok kan duduk di KB..blh dgr kuliah tak guru setiap jumaat. suami nadiah org kuala krai..sekali skala balik kg, teringin gk gi kuliah tu tp jauh sgt nk ke KB tu..

    ReplyDelete
  8. salam

    coklat nisee mmg sedap la kakcik...

    terima kasih atas perkongsian...

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs