Followers

2.12.09

Belajar tentang sifat marah


Assalamualaikum semua.

Entri ni kakchik dah setkan auto-publish sebab bimbang kakchik tak sempat dengan segala persiapan untuk membuka gerai jualan dan juga persiapan masuk kerja semula.

Jadi sebagai tatapan iman kita, marilah kita menambah ilmu di dada. Hari ni kita belajar tentang sifat MARAH.

Artikel asal ditulis oleh Eiyna dan kakchik telah mendapat kebenaran beliau untuk menerbitkan semula tulisan ini. RUGI kalau tak baca!


SIFAT MARAH MEMANG ADA DALAM HATI DAN JIWA INDIVIDU...
SIFAT MARAH MEMANG ADA DALAM HATI DAN JIWA INDIVIDU...
Sifat marah boleh merosakkan dan mengakibatkan kemusnahan hidup jika tidak dikawal dengan hati yang rasional dan fikiran yang tenang. Sungguhpun begitu, sifat marah ini boleh dikawal. Namun ia bergantung kepada diri kita sendiri bagaimana hendak mengatasinya.

Cara-cara Mengubati Perasaan Marah

* Sentiasa ingat kepada ALLAH dan ingatlah bahawa marah itu merupakan sifat buruk yang tidak disenangi oleh orang lain.
* Ambil wudhuk dan cuba bertenang.
* Ingat kembali perlakuan buruk kita apabila marah dan bandingkan dengan rupa orang yang sabar dan bersopan.
* Fikir semula mengapa kita harus marah. Nilai semua punca yang menyebabkan kita marah, sama ada wajar atau sebaliknya.
* Sentiasa ingat bahawa permusuhan, keganasan, perpisahan dan penceraian boleh berlaku disebabkan oleh perasaan marah.


Cara-cara berhadapan dengan orang yang sedang marah

* Beri peluang orang yang sedang marah itu bercakap atau meluahkan terlebih dahulu punca kemarahannya.
* Tidak menyampuk dan merendah-rendahkan percakapannya. Sebaliknya cuba jadi pendengar yang paling setia.
* Kaji punca kemarahannya dan cuba atasi. Sekiranya berpunca daripada kesilapan sendiri, sebaik-baiknya kita saja yang minta maaf daripadanya.
* Bertanya beberapa soalan bagi membantu dia menyelesaikan masalah.
* Terima kemarahannya itu dengan tenang.

Hanya orang yang mahu berusaha sahaja yang akan mampu mengawal sifat mudah marah ini. Marah akan lebih mudah datang bila ia berlaku kepada orang yang paling dekat dengan kita. Allahu'alam. Jika inginkan ketenangan dan kebahagiaan, ubatilah sifat marah ini.

2 comments:

  1. salam kak chik...susah nak kawal tau kalau dah ada sifat marah..macam mana tak marah..sebab ada sajer yang nak di marahkan bila tenguk kelakuan anak-anak..tapi taklah sampai lempar pinggan mangkuk..rugi ooo dah beli pinggan mahal ..nak lempar pulak..
    dgn cik abg pulak..klu marah..diam ajer..malas nak layan..

    ReplyDelete
  2. wkslm kak ina.
    memang betul kak. kadang2 sifat marah tu dia macam gunung berapi pendam, tunggu masa je nak meletup. kalau lambat bertindak mmg adalah yg tak selamat.
    setakat ni kakchik tak pernah dgr cerita org bergaduh sampai pinggan mangkuk melayan tu tapi mgkn ada la tu berlaku di alam nyata.
    ngan suami... samalah kak

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs