Ikan tenggiri goreng bawang lada.
Ayam gulai darat
Hidangan sampingan:- budu, sambal dan ulam timun
Assalamualaikum dan salam malam Jumaat. Dah pukul 10 lebih ni agaknya semua orang tengah menghadap tv, bersantai bersama keluarga kecuali kaki blogger macam kakchik ni yang kalau boleh nak dok depan laptop 24 jam, hehe (memang tak berlakunya).
Siang tadi entri kakchik meternya agak tinggi sebab kakchik tengah HOT masa tu. Itupun takdelah menggunakan mulut kakchik untuk marah-marah kat Malaysiakini tu. Cukuplah dengan tulisan saja. Sampai ke saat kakchik menulis ni mereka masih tidak keluarkan gambar tu. Patut-patut hubungi kakchik dan berbincanglah. Minta maaf ke atau buat artikel khas mengaku kesalahan mereka. MALAYSIAKINI MEMANG TERUK! HAMPEH!
Tak guna menaikkan api kemarahan sebab kakchik ni COOL je jadi malam ni kita cerita hal makan la. Lagipun hal makan ni ISU SEJAGAT yang memang semua orang suka. Ke ada sesiapa yang tak suka makan? Mungkin mereka yang ANOREXIC la kot. Mereka memang tak makan. Kalau makan mereka akan usaha memuntahkan semula. Isyk, macam-macam.
Harapnya kalian terhibur melihat hidangan ringkas kami malam ni. Mungkin dietnya tak seimbang sangat kalau dikira mengikut imbangan diet sihat tapi kira oklah. Sedap dimakan, badan dapat tenaga, cik abe gumbira dan dapat nikmat kenyang. Alhamdulillah.
Kalau nak cepat buat aje lauk goreng bawang-lada dengan apa-apa pun. Ikan boleh... ayam boleh... udang lagi sedap, sotong pun sedap. Daging jangan lupa. Memang ringkas, mudah dan cepat. Cuma ikan tu perlu direbus dulu baru boleh digoreng begini.
Ok, nak cari maklumat macamana nak buat surat Letter Of Demand (LND) dan juga maklumat pencurian harta peribadi di website Kementerian Dalam Negeri. Ini semua gara-gara kerja kotor Malaysiakini.
Jumpa lagi, wassalam.
diorg curi gmbr ape kak chik?cian kak chik..moga kak chik berjaya tegakkan kebenaran...amin
ReplyDeletealhamdulillah, dh cool ckit tu ttp knape degil sgt depa tu...his!!!
ReplyDeleteXthn tgk ikan aye goreng tu...nmpk sedap....kak nza rs kt klate je ada lada besar colour ijau tu(lada siam)...lada 2 mmg sedap kalu bubuh dlm gulai ttp xde kt Johor...
salam kakchik...
ReplyDeletesetahu saya...kalau sebarang gmbr yg diletakkan didalam blogger/blogspot tidak lg menjadi hak milik kita..tp menjadi hak milik google...so sesiapa sahaja boleh menggunakan gmbr itu..free.no copyright issue on that..itu adalah policy google....kalau xnak gmbr kena curi..letak watermark...supaya gmbr kita x disalah guna...