Followers

31.10.08

Merenung hidup kita sehari-hari

Marilah muhasabah diri kita..

Renungan Kehidupan Harian

Posted on Friday, May 02 @ 16:19:11 EDT by admin

Gambar sekadar hiasan

Kehidupan yang sebenarnya ialah berlandaskan Quran dan Sunnah. Usahlah kita terus melompat dan kata sini tak betul dan sana tak betul. Yang pentingnya untuk langkah yang pertama ialah memperbetulkan diri kita sendiri. Lepas itu keluarga kita dan selepas itu barulah jiran, masyarakat dan sahabat handai.

Berikut adalah renungan bagi kehidupan kita:

1. Seseorang yang masuk kerja pukul 8:35 am sedangkan waktu mula kerja adalah 8:30 am sudah dikira lewat datang kerja TETAPI jika seseorang itu sembahyang Zohor pukul 2:00 pm atau 2:30 pm masih dikira awal waktu mengikut tafsiran umum sedangkan masuknya waktu Zohor di Semenanjung Malaysia adalah sekitar pukul 1 - 1:30 pm. Bukankah ini salah faham namanya?

2. Kita mengeji dan mengutuk Amerika terutamanya di saat perang TETAPI ramai daripada kita tak boleh tinggal rokok yang dibuat oleh orang Amerika di negara kita ini dan tidak kurang juga di kalangan kita yang menjadi peminat dan pembeli setia filem-filem Amerika yang kaya dengan propaganda itu terutamanya filem-filem aksi dan perang. Di satu sudut kita penentang dan di satu sudut yang lain kita penyokong dan pendokong mereka. Adakah ini maknanya benci tapi sayang?

3. Kalau ada pelancaran skim-skim amanah saham maka berduyun-duyunlah orang pergi melabur untuk masa depan katanya TETAPI bila ada pelancaran Tabung Derma (saham Akhiratlah tu) untuk bantu siapa-siapa yang memerlukan nak mengumpul satu juta RM pun cukup payah dari rakyat Malaysia yang lebih 22 juta ini malah ada yang ambil masa berbulan-bulan walaupun mendapat publisiti meluas melalui media massa. Mana yang lebih kita cinta?

4. Kita sangat sensitif dan terharu bila mendengar atau melihat ada ibu bapa yang mendera fizikal anak-anak kecil dan membuang bayi merata-rata seperti sampah TETAPI kita jarang rasa sedih dan terharu bila ramai ibubapa yang mendera anak-anak secara maknawinya dengan tidak mendidik menjadi anak-anak yang soleh seperti mengenalkannya Allah, sembahyang, hormat orang tua, tutup aurat dan sebagainya agar tidak didera oleh malaikat di dalam kubur dan Neraka. Bukankah penderaan bentuk ini lebih meluas di serata dunia? Bukankah ini satu perbuatan buang anak juga iaitu buang anak dalam api neraka? Mana lebih hina buang anak dalam tong sampah atau buang anak dalam api Neraka? Anak yang dibuang dalam tong sampah, kalau mati dah tentu masuk syurga dan kalau hidup dan dibesarkan oleh keluarga yang beriman insyaallah ke syurga jua la dia. Bagi anak yang tidak dibuang tetapi tidak dididik dengan sempurna akan rosak hidupnya yang kesudahannya akan ke Neraka juga.

5. Kita selalunya akan cepat-cepat ucapkan terima kasih pada sesiapa yang membantu kita dan akan kenangkan budinya sampai bila-bila TETAPI dengan Tuhan yang memberikan kita segala nikmat yang tak terhitung banyaknya, setiap detik dan setiap masa, kita jarang rasa terhutang budi dan berterima kasih setiap masa dengan cara yang dituntut-Nya.

6. Kita pasti berasa malu dan terhina bila ada orang yang mendedahkan keaiban kita TETAPI tidak pun rasa malu dengan Tuhan yang sudah sedia tahu kesalahan kita lahir dan batin, kecil dan besar.

7. Ramai lelaki memberikan alasan nak ikut sunnah Nabi SAW bila nak berpoligami TETAPI cara kehidupan dan amalannya sangat jauh dari sunnah. Ini pergunakan agama untuk kepentingan diri namanya. (Kalau perangai macam tu macam mana isteri nak bagi kahwin lain.)

8. Ramai perempuan tidak rela dimadukan oleh sang suami TETAPI ramai juga yang merelakan suaminya main perempuan di luar rumah asalkan sang suami tak kahwin lain. Alangkah buruknya sikap sebegini membiarkan sang suami bergelumang dengan dosa asalkan diri tidak berkongsi suami.

9. Kahwin 4 lebih baik dari kahwin 3, kahwin 3 lebih baik dari kahwin 2, kahwin 2 lebih baik dari kahwin 1 sekiranya mampu berlaku adil dalam semua segi TETAPI kahwin 1 lebih baik 2, kahwin 2 lebih baik dari 3, kahwin 3 lebih baik dari 4 jika tak mampu untuk berlaku adil pada kedua-duanya atau ketiga-tiganya atau keempat-empatnya. Hisab dan nilai diri dahulu sebelum pilih yang mana satu.

10. Pemimpin-pemimpin selalunya meniup seruling kedamaian, bersatu dan berkasih sayang sesama manusia TETAPI pemimpin yang sama juga di pentas yang lain memalu gendang permusuhan, menyalakan obor peperangan memotong tali persaudaraan.

11. Kita selalu rasa dia salah, dia jahat, dia tak betul, dia menyeleweng dan sebagainya TETAPI kita jarang sekali rasa aku jahat, aku berdosa, aku tidak betul, aku bersalah, kerana aku dia jadi begitu sedangkan sikap-sikap ini sangat dianjurkan.

**Mati Hanya Sekali, Jadikannya Di Jalan Allah**

Sumber: mama44yang @ yahoo dotcom (mailing list Ummiku Sayang tahun 2003)

2 comments:

  1. Wah..bagusnya info ni..bertambahlah ilmu kita sikit2, ekk! Terima kasih kerana sudi berkongsi ilmu!

    ReplyDelete
  2. kak tie - insya-Allah yg mana baik utk kita semua, chik akan kongsikan kat sini.

    tapi sekali sekala je sb chik pun nak bagi blog ni terus santai

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs