Pada saat ini badan terasa teramatlah letihnya dan mata pun dah mula mengantuk. Hari ini adalah hari cuti hujung minggu tapi dari pagi sampai sekarang KakChik belum henti rehat lagi. Betul-betul rasa letih tapi gembira.
Hari ni dari jam 8 pagi hingga 12 tengah hari KakChik ada tutorial di OUM, walaupun asalnya tak ada mood nak ke kelas sebab tugasan tak dapat disiapkan (sebenarnya ada masa 2 minggu lagi nak hantar tapi saja KakChik bagi 'dateline' lebih awal untuk diri sendiri) yang sepatutnya KakChik 'submit' hari ni. Alhamdulillah berkat keyakinan bahawa kena pergi juga ke kelas sebab KakChik lebih banyak memahami sesuatu subjek semasa dalam kelas berbanding membaca sendiri atau berbincang dengan rakan. Dari perasaan takde mood, akhirnya seronok pula dapat menghadiri 2 sesi tutorial, alhamdulillah.

Petangnya tutorial tiada dan KakChik ambil kesempatan menghadiri usrah yang dah agak lama tidak diadakan. MOTHERS, kumpulan usrah kami yang terdiri daripada para ibu profesional dari pelbagai latar belakang pendidikan. Seronok sungguh dapat berjumpa sahabat yang lama tidak bersua walaupun sesekali sempat bersembang di talian. Sungguh, pertemuan kami amat bermakna bagi KakChik kerana ia semakin mengeratkan persaudaraan. Perbincangan kami berdasarkan sikap prihatin sahabat-sahabat terhadap kebajikan kaum wanita terutama dalam nak beramal dengan amal Islami.

Kembali ke rumah dengan azam berkobar untuk menyiapkan tugasan yang berbaki, insya-Allah cuma tinggal sedikit saja lagi. Esok bolehlah di edit dan di'bind'. Moga-moga tugasan ini juga menjadi pembantu untuk KakChik mencapai impian di hati... Amin.
Letih... nak masuk beradu dulu.
Kak Chik, kak tirana pun dengar berita pasal anak kak lis accident. Insyaallah, hari ni kak tirana akan pergi ziarah dia dengan hubby. Mudah-mudahan semuanya selamat.
ReplyDeletekak tirana,
ReplyDeleteterlambat baca komen akak ni.
mungkin kak tirana dah pergi ziarah anak k.lis hari ni.
kita sama-sama doakan kak lis tabah dan anaknya sembuh segera.
Alhamdulillah..semalam pergi ziarah Nusaibah..Keadaannya semakin baik..doktor kata seminggu lagi mungkin boleh discharge. Semalam dia masih mamai lagi sebab baru sedar selepas ditidurkan selama 2 hari. Mudah-mudahan Nusaibah akan sihat seperti sedia kala..Fizikal, alhamdulillah tak ada luka cuma otak aje bergegar..
ReplyDeleteAlhamdulillah... lega sikit rasanya. Mungkin Kak Lis pun dah semakin tenang. W/pun otag alami gegaran, kita doakan Nusaibah pulih seperti sediakala.
ReplyDeleteT.Kasih Kak Tirana atas info.