.jpg)
Hah, letih betul rasanya hari ni walaupun KakChik bukanlah buat kerja banyak sangat berbanding adik-beradik yang lain, tapi ... letih tetap juga letih.
Sebenarnya KakChik sedang 'upload' khutbah raya pagi tadi tapi sebab saiz fail agak besar, jadi lambatlah pulak. Sepatutnya dah balik rumah Mak sejak pukul 12 tadi, tapi sebab benda ni maka kami putuskan nak balik lepas Asar dan bermalam di rumah Mak.
Pagi tadi khutbah Tok Guru memang jelira didengar. KakChik dengan susah payah membuat rakaman dari tingkat atas Masjid Pulau Melaka. Bukan senang tau! Sampai lenguh lengan kanan yang memegang telefon nak rakam khutbah dari awal sampai akhir. Alhamdulillah dapat juga walaupun tak berapa profesional. Kot-kotlah ada rakan-rakan di luar sana yang teringin mendengarnya... kira KakChik tolong merekalah ni.
Oleh kerana 'upload' video ni lambat sikit, kita tengok gambarlah dulu. Suasana sekitar masjid:
.jpg)
Dari tempat duduk KakChik sebenarnya tak dapat nak tengok Tok Guru, terpaksa KakChik hulurkan tangan keluar dari celah-celah tiang tingkap tingkat atas bahagian Muslimat. Nasib baik boleh nampak. Tok Guru berkhutbah hanya dengan berdiri memegang tongkat. Muslimat yang kat atas ni berebut sikit-sikit untuk peluang duduk di tepi tingkap sebab bolehlah mengintai Tok Guru berkhutbah di bawah. Terima kasih kat adik kecik yang bagi tempat duduk dia kat KakChik sampai boleh KakChik buat rakaman.
.jpg)
.jpg)
Ahli jemaah boleh dikatakan agak lengang kerana kebiasaannya bila KakChik sampai di masjid dalam pukul lapan, bahagian Muslimat sudah penuh atas-bawah. Tapi kali ni ruang di atas masih agak longgar dan solat akan diadakan pada pukul 8.30 pagi, lebih awal setengah jam daripada biasa. Kalau tengok gambar no. 2, boleh nampak sikit kelibat Tok Guru (dekat bawah lampu, menghadap orang ramai). Susah juga nak ambil gambar yang elok sebab orang sentiasa bergerak.
.jpg)
KakChik sebenarnya tak pernah makan di rumah terbuka Tok Guru. Bukan apa... nak bagi peluang orang yang datang dari jauh makan. Lagipun kami dah biasa kenal. Satu perkara lagi, KakChik tak makan laksa.... hehehe.
.jpg)
.jpg)
Macam biasa, berhari-raya di Pulau Melaka, jalan akan sesak dari Jambatan Tok Guru hinggalah ke Kota Jembal. Sekitar rumah kami pun penuh orang menumpang 'parking' dan biasanya Ayah akan ajak mereka ke rumah.
Jadi, jemputlah naik ke rumah.
No comments:
Post a Comment
Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.