Followers

30.10.08

Benci...

Kadang-kadang perasaan benci datang.
Menggoda-goda kita agar bencikan seseorang, bencikan sesuatu.
Marah, sakit hati, meluat.
Naik benci katanya.
Benci aku, kata pula si dia.
Benci... benci...
Tak faham? Atau buat-buat tak faham?

Tahu... benci tu datang dari Syaitan...
Dah cuba elak, dah cuba tak hirau, dah cuba pujuk hati
tapi dia datang juga
senyap-senyap berbisik di tangkai hati...
dah cuba buat tak tahu, kata kat hati..."ini semua mainan Syaitan..."
istighfar,
Astaghfirullahalaziim
Astaghfirullahalaziim
Astaghfirullahalaziim
bukannya mudah...
orang tak endah...
lagi rasa benci.

Istighfar lagi... urut dada, fikirkan Allah masih ada...

Hulurkan simpati...
sedikit empati pun memadai
di saat jiwa bergelora, fikiran berserabut, fizikal keletihan
hulurkan tanganmu...
tunjukkan senyuman...
berilah pandangan yang aku ini dihargai...
kesusahan ini sama dirasai

Pergi! Pergi!
Nyah kau benci!
Nyah kau dari hati aku yang mengharap...

4 comments:

  1. Kak chik,

    Benci merupakan satu perasaan yang neutral sama seperti rasa sayang, marah dan sebagainya. Ia boleh jadi positive dan boleh jadi jugak negative, tengok pada tempat dan kepada apa kita benci. Benci kepada kekufuran tentu positive kan? So jangan minta Allah hilangkan perasaan benci itu sama sekali tapi mohon do'a biar benci kita itu, benci bertempat.. sama seperti perasaan sayang kita, biar sayang bertempat..

    Tapi kak tirana faham maksud kak chik dalam puisi di atas..tentu benci yang kak chik maksudkan itu benci yang salah tempatnya...yang tak sepatutnya kita benci sebaliknya kena sayang..betul tak???

    ReplyDelete
  2. BENCI!! Memang tak suka sifat benci kecuali pada yang sepatutnya. Seperti yang tirana katakan.
    Tie memang tak pandai langsung nak huraikan. Main tokok tambah je...Maaf la ekk.

    ReplyDelete
  3. manusia memang kaya dgn pelbagai perasaan... kita yg kena tangani persaan dgn sebaik2 nya, kan?

    ReplyDelete
  4. kak tirana - terima kasih banyak sebab ada juga orang yang faham

    kak tie - memang tak suka BENCI tu tapi tanpa kita minta dia datang menjolok hati kita

    kin - betul tu... cuma tak selalunya kita bijak menanganinya.

    terima kasih semua.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs