Jeng jeng jeng... masa masih ada, jom kita ke SMO kejap. Maka terbelanjalah RM68.90 untuk semua buku dan majalah kat atas tu.
Hmmm... kata nak siapkan 'assignment' tapi sempat lagi beli buku! Ada ke tidak masa nak membacanya ni? Kalau Cik Abe tahu, tentu tergeleng-geleng...
Buku yang dibeli:
- Gelora di Hati Arini oleh Ruslan Ngah
- Kirana oleh Sarimah Bardon
- Al-Fatihah Ibu Al-Qur'an oleh Saad Ismail Syalabiy terjemahan Abdul Rahman Ahmad
- Bani Israil oleh Saad Ismail Syalabiy terjemahan Abu Hafiz
- Kiblat Orang Islam oleh Saad Ismail Syalabiy terjemahan Fariza Abdul Rahman dan
- Majalah Tunas Cipta Oktober 2008
Banyak kak chik beli buku..Saya kalau gi kedai buku...kena tutup mata..Kalau boleh nak beli dengan kedai buku tu sekali..hehehe.. Buku kat rumah ni pun banyak yang tak baca lagi.. Suami saya beli buku yang really heavy. Baca amik masa berbulan-bulan..hehehe..nak faham..nak ingat...nak translate..macam-macam kena buat dengan buku yang dia beli.. Kalau baca novel...laju aje..tapi sekarang dia dah sekat saya baca novel..hehehe
ReplyDeleteTirana,
ReplyDeleteSuami kakchik pun sama juga tapi sebab dia dah tahu memang kakchik dari sebelum kahwin lagi dah ada peruntukan bulanan utk beli buku... dia tak pernah kata apa-apa, mgkn sb pakai duit kakchik kot... hehehe.
Tapi kakchik mmg ke bandar selalunya agenda ke kedai buku menjadi agenda wajib. Susah nak buang. Lagi satu agenda ke kedai kasuuuut... lagi bahaya kan.
Baca novel mmg laju sb otak kita releks, baca buku bhs tinggi2, otak kita stress, sb tu lambat. Betul tak?
Assalamualaikum Kak Chik,
ReplyDeleteGelora di hati Arini tu pasal apa? Menarik tajuknya dan rasanya macam pernah baca dulu tapi dah lupalah..
Wa'alaikummussalm AdH, maafkan kakchik kerana tidak sempat membacanya. Buku itu telah menjadi milik anak saudara kakchik yg sangat berkenan untuk memilikinya.
ReplyDelete