Followers

31.10.08

Letihnya...

Assalamualaikum kawan-kawan.

Pernah tengok cerita Korea? Pernah pindah rumah? Kalau tak pernah tengok dan tak pernah pindah rumah... anda mungkin tak dapat gambarkan apa yang KakChik nak cakapkan.

Dalam drama Korea, pindah memindah tu nampak senang saja. Bila seseorang nak pindah, dia cuma perlu upah syarikat pemindahan untuk uruskan semua kerja-kerja pemindahan: dari bungkus barang, kemas barang masuk beg, susun dalam kotak dengan kemas, kalau yang mudah pecah siap dibalut dengan elok sekali, angkut barang, semuanya nampak senang dan cekap. Dah tu bila sampai rumah baru, ditolongnya susun di dalam rumah ikut kehendak tuan rumah.

Sekali ingat, bestnya kalau ada syarikat sebegitu kat sini. Kenapa?

Bila tengok buku yang banyak, macam-macam perabot, pakaian dah 3 almari... KakChik berharap sangat dapat servis macam kat dalam drama tu. Kita hanya uruskan je... tapi barang yang private tu kenalah kita urus sendiri kan. Tapi realitinya... semua kena urus sendiri.

Kiri: Hampir 30 kotak koleksi buku KakChik dan Cik Abe.

Sejak awal minggu ni KakChik dah kepenatan packing buku-buku masuk kotak sampai berkotak-kotak banyaknya. Kami akan pindah balik ke rumah Ummi. Hai... rumah kami belum siap pun tapi Ummi dari bulan puasa lagi dok minta kami pindah. Sebenarnya ini ialah sesi kedua perpindahan kami. Sepatutnya kami pindah terus sebelum raya baru-baru ni tapi macam-macam hal pulak, jadilah pindah setengah barang je. Hari ni mula dari lepas Subuh tadi kami mula punggah barang-barang ke rumah Ummi. Cuba bayangkan... dari sebuah rumah tiga bilik nak isikan ke dalam sebuah bilik seluas 20 x 30! Memanglah kami dapat bilik paling besar kat rumah ni tapi barang kami baaaaaaaaanyak sangat. 6 tahun kumpul tu...

Sekarang ni dah nak masuk waktu Zohor dan Cik Abe masih di rumah sewa mengemas barang-barang yang masih tinggal. Katanya dia ke masjid untuk solat Jumaat dari sana saja. KakChik kat rumah Ummi sedang siapkan assignment sambil kemas bilik. Lori yang kami sewa terpaksa buat 4 'trip' untuk angkut barang-barang kami. Nasib baik jarak rumah sewa dengan rumah Ummi dekat je, kalau tak... tak taulah.

3 buah almari buku KakChik suruh mereka letakkan di tepi dinding kat luar rumah bersama perabot dapur dan koleksi suratkhabar Cik Abe. Nasib baik ada adik-adik pelajar Maahad Tahfiz Darul Anuar yang tolong kami. Janji, kami nak belanja mereka berlapan tu makan sedap-sedap nanti.

Nampaknya tak siap jugalah assignment KakChik hari ni...

8 comments:

  1. chik..kak tirana dah pindah banyak kali..orang kata 10 kali pindah papa..hehehe..tapi nak buat macam mana kan..terpaksa..penat usah dicerita..Nak pack satu hal..lepas tu kena unpack.. Habis semua, demam terus..hehehe

    ReplyDelete
  2. Oh!! memang letih pindah ni..Tie dah 6 kali pindah sejak jadi isteri ni. Hubby kan kuli kerajaan. Saja2 orang suka hantar sana sini. Ni pun dah 8 tahun dok ganu..tunggu masa nak pindah mana pulak lepas ni.

    Tie rasa ada syarikat angkut barang pindah tu. Kita siap duit dan goyang kaki. Tapi tak pe laa...kakcik pindah dekat je..boleh angkut sikit2, tapi memang penat lah. Lepas ni bab nak ngemas lak, ye..Tapi dok rumah mak kakcik tentu takyah bukak barang2 tu kecuali yang penting je. Nanti rumah sendiri dah siap baru boleh bukak silat!! He he..jaga diri jgn sampai demam urat pulak!!

    ReplyDelete
  3. salam kak chik..
    mmg pindah rumah sgt memenatkan..kitorg dulu duk umah flat ting 5..walaupun turun tangga..tp penatnya tak terkata..
    trip ulang-alik dgn lori cecah 4,5 kali..
    itu belum kira trip dgn kereta..
    2,3 ari lps pindah masih terasa lenguh2 tangan dan kaki..huhu

    ReplyDelete
  4. kak tirana - wah, dan 10 x.... ish, ish, ish... chik ni perasan chik lah paling letih... rupanya akak dah byk kali lalui pengalaman ni. sekarang ni dah menetap kan?

    ReplyDelete
  5. kak tie - jugak lebih banyak kali pindah dari chik. maknanya dah byk kali lebih letih dari chik.
    skrg ni kemas mana yg patut je kak tie sebab nanti kena pindah lagi.
    bukak silat... boleh jugak, ilmu silat ni makin lama makin berkarat dah sb jarag diguna... nampaknya ada peluang nak guna nanti hehehe.

    ReplyDelete
  6. dilah - takleh nak imagine macamana you all turun naik tangga ke ting 5 angkut macam2 barang.... termenung sekejap... insaf pulak rasanya.

    yang paling lenguh, tangan dan kaki la kan... kesian dua anggota ni, nak minta cik abe tlg urutkan, dia lagilah teruk... kesian dia

    ReplyDelete
  7. bila tiba time nak pindah, baru prasan brg2 kita berlambak2, walaupun kita rasa kita tak byk brg! :).

    ReplyDelete
  8. kin - betul sangat-sangat. hari tu rasa rumah lapang je...

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs