Perjalanan kami ke Penang memang tepat masa. 8.20 pagi bertolak dan sampai lebih kurang 9.10 pagi, lebih awal dari jangkaan. Mungkin sebab cuaca elok dan penerbangan pun lancar saja.
Kakak masih mengantuk semasa di balai berlepas, itulah sebelah malamnya tak mau tidur awal. Sebelah pagi terpaksa dikejutkan, pukul 7.15pagi nak bertolak ke 'airport'. Maka dia pun ambil masa melayan matanya yang mengantuk dengan lepak kat atas Cikni.
Sempat lagi tergelak tu bila KakChik kata Kakak tentu seronok kejap lagi nak naik 'plane'... boleh jumpa Adik Nana dan Adik Im.
Dah sampai pun kami di bumi Penang. Ha... posing depan Firefly kejap. Gambar KakChik masih dalam tel Cikni, kena minta dia hantar nanti.
Hari ni dah balik KB, sampai pukul 4 pagi tadi. Habis seluruh badan sakit-sakit sebab semasa di penang asyik dok dukung Nana dan Im lepas tu naik pulak bas yang kerusinya melengkung, sakitnya... tak selesanya.
Sampai kat rumah, salin baju terus sambung tidur. Jam 6 pagi kejut Cik Abe solat Subuh, sambung tidur lagi. Jam 8.30 pagi bangun kalut ribut, mandi pergi kerja... Mood, datanglah mood.
No comments:
Post a Comment
Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.