Khas untuk Adik Tini yang hari ini meraikan ulang tahun kelahiran yang ke 29. Maaflah ya Dik tak sempat nak belikan kek yang sebenar. Lagipun kita semua sibuk 'packing' buku untuk dibawa ke pesta buku.
Insya-Allah esok kami 'plan something for you' walaupun esok Adik kena keje jugak. Dah 29 Dik... semoga Allah panjangkan umur Adik agar Adik dapat memperbanyakkan amal ibadat kerana-Nya, agar dimurahkan rezeki bertemu jodoh dengan lelaki Islam yang soleh (insya-Allah) sebab Adik pun Muslimah yang solehah juga.
Terima kasih banyak dari Kak Ja dan Abe Jit sebab jasa Adik yang banyak membantu kami di MariBaca selama ini. Semoga hidup Adik akan lebih terjamin selepas ini.
Dari Kak Ja & Abe Jit
Nak tulis apa ye?
3 years ago
Happy Birthday to Adik Tini...
ReplyDeleteSemoga Adik membaca komen Tirana ni. Terima kasih Tirana.
ReplyDelete