Bismillah.
Setiap kali ada cuti panjang maka ramailah yang akan mengadakan kenduri sama ada kenduri kesyukuran, kenduri kahwin, kenduri naik rumah baru, kenduri aqiqah, kenduri kematian, kenduri, kenduri dan kenduri.
Hampir setiap hari bermula 2 Syawal ada saja kenduri yang perlu KakChik hadiri. Ada yang berjemput secara rasmi, dengan kad jemputan cantik (semuanya kenduri walimatul urusy) dan ada juga kenduri tanpa jemputan rasmi (biasanya jiran-jiran sekampung).
KakChik nak ucapkan terima kasih kepada semua yang telah menjemput kami berdua walaupun ada yang kami tak dapat memenuhi jemputan tersebut. Mohon maaf sangat-sangat. Bukan tak mahu pergi tapi komitmen di tempat lain telah menggagalkan harapan kami.
Kami sempat ke rumah terbuka Ni'mah & Dr. Rosli di Telipot, kenduri naik rumah baru Kak Nor dan Dr. Z di Kubang Kerian. Kenduri perkahwinan Hajar & Saizol di Lrg. Tok Gading. Kenduri kahwin anak sepupu, Aimy di Kg. Pauh, kenduri PAS Kawasan PC dan hari ni akan ke kenduri jiran & juga kenalan iaitu Ir Ariffahmi & Amalina (anak TokGuru).
Kepada Shukri dan Kak Nab kami mohon maaf sebab tak sampai ke kenduri kalian. Alhamdulillah ada kemudahan HP bolehlah dihantarkan pesan. Semoga perkahwinan Shukri & isteri dan juga perkahwinan anak dara Kak Nab akan memberikan kebahagiaan dunia & akhirat. KakChik juga mohon maaf dari YB Kak Ubai kerana tidak juga pergi ke rumah terbukanya pada 3 Oktober lepas kerana berada di kampung Mertua pada hari tersebut. Balik ke Pulau Melaka pun dah hampir petang selepas singgah di rumah kawan Cik Abe dan rumah Ni'mah.
Semoga kemesraan yang terjalin sepanjang kenduri-kendara ini akan menjadikan hubungan kita lebih baik demi kebaikan untuk agama dan masyarakat kita.
Wassalam.
Nak tulis apa ye?
3 years ago
No comments:
Post a Comment
Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.