Followers

3.10.08

Family Gathering

Salam Aidilfitri untuk semua.

Malam tadi keluarga kami mengadakan 'Family Gathering' ala kamilah. Salam-salaman mohon maaf sesama keluarga, bagi duit raya kepada Ummi - Ayah dan anak-anak sedara. Memang riuh-rendah keluarga kami ni.

Abang Ee dan keluarga pun dah balik cuma Chenah & Abd Pa yang dah balik ke Kuala Krai. Mungkin ada hal lain yang perlu diuruskan di sana. Kesian Aqim dan Akiff tak dapatlah duit raya dari kami tahun ni.

Kalau adik-beradik yang lain menghadiahkan duit raya, KakChik dan Cik Abe hadiahkan buku untuk anak-anak sedara. Untuk Ummi kami hadiahkan gelang kristal dan untuk Ayah kami hadiahkan sedikit wang. Kami ni bukannya banyak duit tapi kami banyak buku...

Majlis kami yang tak formal tu yang memang gamat sekali dengan gelak tawa dan 'tantrum' anak-anak yang kecil memang menggembirakan seluruh ahli keluarga. Kesian Chenah... Kami sebenarnya berharap seluruh adik-beradik ada malam tadi tapi sudah begitu suratannya.

Abg Ee sebagai anak sulong memulakan acara dengan bersalam mohon maaf dengan Ummi dan Ayah diikuti Along. Gamat sungguh saling dok menyakat satu sama lain.

Kemudian Abg Sir dan Angah, ketawa tak sudah-sudah. KakChik Mama (kakak KakChik yang sulong, ini panggilan dia di rumah) dan Abg Chik yang masak soto pula bersalam dengan Ayah-Ummi. Terus dengan Chena dan Abg Di sebab Chenah takde. Lepas tu baru KakChik dan Cik Abe (kalau di rumah kami dipanggil Che'Ja dan Ayah Wae) oleh anak-anak sedara. Kemudian La dan Mizan, Adik dan adik kami yang bongsu, Ama (balik sorang tanpa bawa anak-isteri2nya sebab takde tiket).

Bila tiba 'time' anak-anak sedara, macam-macam kerenah yang kami tengok. Memang kelakar sungguh diorang ni dengan kenakalan mereka.

Ada yang 'posing' sakan semasa bersalam. Kalau sorang sedang bersalam, yang lain sibuk ambik gambar. Bak kata tak kering gusi kami malam tadi. Anak-anak yang kecik seronoklah dapat duit raya. Dahlah tu dari awal lagi dok sibuk tanya duit raya.

Bila tiba giliran anak-anak sedara bersalam dengan kami, kami hadiahkan BUKU untuk semua anak sedara kecuali Ikhwan dan Emran sebab si Ikhwan nak duit dan buku untuk Emran tertinggal di rumah pula. Ha... rajin-rajin baca buku ya. Kalau nak baca lagi, silalah ke kedai Che'Ja tu, MARIBACA. KakChik sempatlah promo buku NOVEL SEJARAH ISLAM kat Abg Sir sebab semua Nabil2 berempat tu memang suka membaca. Bagus! Bagus! Che'Ja memang suka kalau famili berkorban duit untuk beli buku untuk anak-anak. Tak membazir pun. Pelaburan jangka masa panjang tu...

Seronok sungguh KakChik tengok anak-anak sedara yang kecik, dapat saja buku, terus buka kelas tadika. Siap ambik pensil warna, meniarap sama-sama mewarnakan buku mereka. Maklum saja ramai yang sebaya. Kalau Aqim ada tambah lagi sorang. Anak sedara KakChik yang umur 4 tahun ni ada 4 orang! Tambah Amreena yang 3 tahun tu... memang seronok tengok. Mereka ni anak-anak 'THE POWER OF READING ALOUD' yang KakChik anjurkan. Rasanya Ameerah anak sulong La memang dah minat sangat dengan buku sebab masa balik dari Penang masa hari buat ketupat terus singgah di MariBaca nak dengar Che'Ni baca buku cerita.

Bila majlis dah selesai, kami ke rumah KakChik Mama untuk makan soto. Soto kakak KakChik ni memang sedap... jubah KakChik pun dia juga yang tolong baiki. Kalau tak... tak dapatlah nak pakai masa hari raya.

Abg Ee, Along, Ayah, La dan Mizan pun datang makan soto juga. Yang lain semua dah makan kot.

Untuk anak-anak sedara tu... kalau nak gambar yang lain, sila ke SINI dan di SINI ya.

No comments:

Post a Comment

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs