Luahan rambang
Entahlah apa nak jadi dengan sesetangah pemimpin di negara kita ni? Bila KakChik baca tentang 'perkara ni' KakChik rasa mereka ni dah tak betul agaknya. Dalam pada kita melihat Amerika sedang mengalami kejatuhan empayarnya, dalam pada kita baru saja merayakan Aidil Fitri, dalam pada sebahagian anggota masyarakat kita sedang giat mempersiapkan diri untuk menunaikan ibadah haji di Mekah, dalam pada dunia politik negara kita sedang bergoncang, masih ada pemimpin kerajaan yang tidak malu dengan mengambil tindakan yang sungguh tidak wajar.
Memalukan sungguh! Ade ke nak bagi gelaran DATUK kat Shah Rukh Khan! Saifulislam kata KEMUNCAK DOGOL.
Ya Allah... ada juga hambaMu di bumi Malaysia ni yang terfikir untuk buat glamor murahan begini. Kalaupun alasannya kerana SRK ni telah menolong mempromosikan negerinya melalui filem yang pernah dilakonkan di bumi tersebut, tidakkan gelaran DATUK itu ada kriterianya yang menjadikan ianya UNIK. Patutlah... Islam melarang kita dari menginginkan pangkat dan gelaran kerana nilaiannya hanyalah di dunia semata dan sesiapa pun boleh mendapatnya asalkan PERNAH BERBAKTI. Tak taulah. Ini sekadar luahan rasa menyesal KakChik terhadap apa yang dilakukan oleh orang-orang yang memimpin negara sekarang ini.
Semakin hari KakChik semakin bimbang melihat suasana sosial di negara kita tercinta ni. Sape yang tak sayangkan negara kan? Tapi bila membaca berita-berita meloyakan di suratkhabar arus perdana semakin memuncak kebimbangan di hati. Semalam akhbar melaporkan ada bayi dibungkus di dalam sajadah dan ditinggalkan di dalam Masjid Terapung di Terengganu, ada pula berita sensasi yang sungguh meloyakan dan memualkan, GRO guna ilmu susuk emas untuk goda pelanggan bagi mengikis wang ringgit mereka, ada juga berita Puteri UMNO Bukit Bintang bergaduh sesama sendiri kerana salah faham tentang mesyuarat bahagian, ada berita Pak lah yang tidak akan menyesal kerana tidak bertanding untuk jawatan Presiden UMNO dan ada berita ayah Nurin menyaman pihak polis kerana menyebarkan gambar-gambar bedah siasat mayat anaknya dan macam-macam berita yang menakutkan.
Bimbang sungguh. Bagaimanalah nanti dunia ini akan membantu anak-anak sedara KakChik tu membesar dengan keimanan yang teguh? Bolehkan dunia Malaysia sekarang ini menolong tumbesaran mereka seimbang sebagai hamba Allah jika segala unsur kerosakan moral dan sosial begitu berleluasa sekali? Bagaimana pula dengan nasib remaja kita yang semakin keliru membina identiti mereka kalau saban hari dihidangkan dengan pelbagai juadah kekeliruan akhlak yang menjadi-jadi?
Apa yang mampu KakChik buat ni? Apa yang harus kita buat? Apa yang telah kita buat? Adakah kita telah membiarkan nasib masa depan mereka begitu sahaja?
Ya Allah, aku takut.
Nak tulis apa ye?
3 years ago
Ke mana kita nak lari bawak anak-anak kita ye kak Chik? Rasa macam tak selamat dah tinggal kat Malaysia ni.
ReplyDeleteItulah, bimbang sungguh. Harap-harap Kerajaan menjadi lebih Islamik dan mementingkan akhirat daripada duniawi barulah nasib anak generasi kita akan terjamin.
ReplyDelete