Followers

6.10.08

Keletah anak-anak sedara di hujung Ramadhan dan di awal Syawal

Assalamualaikum dan salam Syawal semua.

Hari ni sudah masuk hari ke 6 Syawal dan KakChik masih lagi bercuti. Sebenarnya setiap tahun KakChik akan dapat cuti seminggu untuk Hari Raya Aidil Fitri. Kali ni 11 Syawal nanti barulah KakChik masuk kerja macam biasa.

Suasana di rumah pun dah mula lengang sebab semua adik-beradik yang jauh sudah kembali ke rumah masing-masing. Abang Sir sekeluarga balik ke Shah Alam pada pagi 3 Syawal sampai tak sempat KakChik nak jumpa sebab dia balik agak tergesa-gesa. Mungkin ada urusan 'emergency' di sana. Kesian Nabil Asyraf tak dapat nak ambil buku raya dia. Takpe Along, nanti Cheja simpankan untuk Along. Kalau Cheja ke KL nanti Cheja bawakan.

Abang Ee dan keluarga bertolak ke Kuantan (rumah Mertua) pagi semalam selepas beraya sakan di Pulau Melaka. Anak sulongnya Siti Maryam yang baru selesai UPSR baru-baru ni kini dah jadi cucu paling tinggi berbanding abang-abang sepupunya yang lain. Berbeza sungguh dengan adiknya Syuhada yang kurus sebab terlalu aktif dan cergas. Bak kata Siti, "Adik laju macam rimau...".

La dan Mizan balik ke Pulau Pinang sekitar pukul 11 pagi semalam juga dengan hanya membawa Nana (Amreena) dan Emran. Kakak (Ameerah) tak mahu balik sama kerana masih belum puas bermanja dengan Tok Mek dan CikNinya. Yang dia paling nak buat semasa di kampung ialah mengikut Cikni ke MariBaca menjual buku. Kami panggil Kakak ni 'pembantu kedai Cheja'. Anak sedara KakChik yang seorang ni memang suka sangat berada di MariBaca. Kata Abahnya, sepanjang perjalanan balik kampung pada 30 Sept lepas, dia asyik minta Abahnya hantarkan dia ke MariBaca dan tak mahu terus balik ke rumah Tok Mek. Nampaknya, itulah yang berlaku. Mereka sekeluarga singgah juga di kedai buku KakChik untuk tinggalkan Kakak dan Nana. Sempatlah Cikni bacakan cerita untuk mereka berdua selepas asyik bermain lego. Kelakar rasanya bila lihat keletah anak-anak sedara yang comel-comel tu.

Manakala Chenah yang tinggal di Kuala Krai tu balik sejak hari raya kedua lagi. Katanya Abang Pa ada hal nak selesaikan di kampungnya. Abang ipar KakChik tu asalnya di Kuala Krai. Mungkin di rumahnya pun ada majlis hari raya. Malam kami buat 'Family Gathering' tu mereka sekeluarga saja yang tak ada. Yong (Mustaqim) dan Adik (Akiff) tak dapatlah duit raya dari pakcik-pakcik dan makcik-makcik mereka. Rugi banyak tu...

Anak-anak sedara KakChik semuanya ada 17 orang. Jom kita ikut turutan dari yang sulong. Along (Nabil Asyraff, 18), Angah (Nabil Izzudien, 17), Achik (Nabil Irfan, 16), Adik (Nabil Zaffry, 15), Munzir (Muazzin Munzir, 15), Siti (Siti Maryam, 12), Ikhwan (Khairul Ikhwan, 9), Syuhada (Nurhafizah Syuhada, 4), Yong (Wan Farihin Mustaqim, 4), Iffah (Iffah Shahirah, 4), Kakak (Raja Ameerah Nabihah, 4), Aziz (Mohd. Abdul Aziz, 3), Nana (Raja Amreena Nazifah, 3), Akiff (Wan Akiff Wajdi, 3), Em (Raja Emran Huzaifah, 2), Amalina (Noramalina Syuhada, 1) dan Amni (Amni Wadhihah, 3 bulan). Yang tak balik beraya adalah Aziz dan adiknya Amalina kerana ketiadaan tiket.

Rumah kami riuh-rendah bukan sekadar disebabkan kami adik-beradik tapi anak-anak sedaralah yang menambahkan lagi kemeriahannya. Yang remaja dengan gelagat mereka yang semakin matang, yang adik-adiknya masih lagi manja-manja dan sentiasa inginkan perhatian. Ada yang takut bila jumpa pak-pak sedara yang berjanggut, kelakar sungguh! Yang dah remaja dan sedang bersedia untuk peperiksaan besar (SPM dan PMR) sentiasa diingatkan agar membaca dan kurangkan buang masa. Tapi dari apa yang KakChik perhatikan, anak-anak sedara KakChik alhamdulillah terdidik dengan nilai-nilai rohani yang baik. Akademik dan syakhsiah mereka nampaknya seimbang. Nakal sikit-sikit hanya di kalangan mereka terutama yang dah besar tu... suka bergurau senda.

Hari ni kami kembali macam biasa. Kakchik dan Abgchik (Umi & Abah Munzir) sudah kembali bekerja manakala Chena dan Abg Di pun rasanya sudah masuk ofis juga. Cuma Ama (adik bongsu) yang masih ada di rumah sementara menanti nak bertolak balik ke Subang dengan keretapi petang nanti. Rumah kembali lengang, yang ada cuma Ummi dan Ayah.

Keseronokan melayan telatah dan ragam anak-anak sedara tak pernah melupakan KakChik untuk berusaha dan berdoa kepada Allah SWT agar kami suami isteri juga turut dikurniakan Allah dengan cahaya mata. Kalau boleh tolonglah doakan untuk kami ya. Kami juga seperti orang lain yang berumah tangga, inginkan anak sebagai pelengkap sebuah keluarga Muslim. Anak-anak yang bakal mewarisi perjuangan kami untuk Islam, yang bakal mewarisi minat membaca kami, yang bakal berkhidmat untuk kecemerlangan Islam, keluarga, masyarakat dan negara. Doakanlah untuk kami.

Wassalam.

KakChik
Teratakku, Kg. Pulau Melaka.
Untuk: keluargakusayang.blogspot.com

No comments:

Post a Comment

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs