Followers

20.10.08

Adakah kita sensitif?

Sudah banyak kali kita membaca di dada-dada akhbar malah menontonnya di kaca televisyen. Berita tentang penghinaan terhadap Islam terutama terhadap ayat-ayat al-Quran, kalimah Allah dan juga nama Nabi Muhammad s.a.w.

Penghinaan yang dilakukan dalam pelbagai bentuk sama ada secara sedar ataupun di luar sedar. Kita pernah membaca, fesyen pakaian yang menggunakan tulisan ayat-ayat suci al-Quran, kasut berjenama yang meletakkan kalimah Allah dan Muhammad di tapaknya, penggunaan azan sebagai muzik latar di dalam filem yang merosakkan dan menghina Nabi Muhammad dalam watak kartun dan karikatur.

Hari ini ada sebuah syarikat yang mengakui menggunakan ayat-ayat suci al-Quran di dalam permainan video keluaran mereka. KakChik juga kurang sensitif, mungkin sebab tak rajin sangat untuk membaca akhbar luar negara. Kali ini bila terbaca berita yang di'highlight'kan di dalam Yahoo! terus rasa nak baca apa sebenarnya.

FEATURE

yahoo

Religious outcry sparks LittleBigRecall

New PlayStation game soundtrack unpopular with some Islamic groups

LittleBigPlanet, one of this year's most-anticipated PlayStation 3 releases, won't be arriving in stores next week as expected.

The "social platforming" game is already gathering rave reviews, but it hasn't proven popular with one Muslim group, which issued a complaint to the game's publisher Sony concerning one background music track. Performed by award-winning Malian musician Toumani Diabate, the song quotes two verses from the Qur'an. Many Muslims consider the mixing of music and scripture to be deeply offensive.

Although the game is already pressed, packaged, and reportedly sitting in the back rooms of many worldwide retailers awaiting its original Oct. 21 debut, gamers eager to get hold of it will have to wait at least another week while the offending content is expunged. Updated versions of the game are expected to be shipped to stores during the week of October 27.

"Sorry for the delay, and rest assured, we are doing everything we can to get LittleBigPlanet to you as soon as possible," commented Patrick Seybold, Sony's US director of Corporate Communications, in a statement on the company's PlayStation blog.

Seolah-olah tiada langsung penyesalan. Mungkin mereka 'ignorant' dan tertarik dengan ayat-ayat al-Quran yang merdu dibaca sehinggakan mereka sanggup menjadikannya sebagai muzik latar permainan ini.

KakChik harap syarikat ini akan memohon maaf kepada ummat Islam kerana mempergunakan ayat-ayat al-Quran bukan pada tempatnya.

2 comments:

  1. sy pernah tgk tmpt mcm ni kat jakarta..sayangnya x sempat nk singgah sbb dh lewat ptg..amik gambar pun x sempat..klu ada kesempatan mmg nk gi tmpt2 mcm ni..kita buat konvoi nak..hehe

    ReplyDelete
  2. nak, nak... bile?

    pst... dilah dah komen di bwh tajuk lain lah.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails