Followers

20.10.08

Bazaar buku yang KakChik nak pergi.

KakChik teringin sangat nak berkunjung ke mana-mana pasar buku yang jenis lambak. Dulu Dato' Husam (Boss KakChik) pernah cerita pengalaman dia ke pasar buku di Calcutta, India. Dari ceritanya, bunyi macam menarik sangat tempat tu. Katanya, orang jual buku penuh di kaki-kaki jalan, sampai berderet di atas laluan pejalan kaki. Harganya pulak, mak oi... murah sesangat. KakChik yang mendengar ni, terasa nak jatuh air liur dibuatnya. Jealous sungguh!

Lepas tu baca pulak satu cerita seorang kawan ke Jalan Senggarang (ke Jalan Pangerang) di Indonesia. Buku-bukunya juga dijual secara lambak. Lagilah KakChik teringin nak pergi.

Ada tak di kalangan saudara-saudari pembaca yang pernah ke tempat-tempat tu? Kalau ada boleh tak kongsikan maklumatnya. Kalau dapat disertakan gambar, lagilah bagus. Di mana lagi di dunia ni yang ada Book Bazaar ye? Kalau tahu, bagitahu KakChik ya.

Kat Malaysia ni selain Bazaar Chowrasta kat mana lagi ada bazaar seumpamanya?

Cari-cari dalam internet, kat mana ada bazar buku, jumpalah beberapa gambar. Kalaulah ada rezeki, harap-harap Allah makbulkan doa KakChik.

Teringin juga nak ke bazar-bazar di negara-negara luar ini seperti:

Flora Fountain Book Bazaar, India (betul ke ni?)


Sahaflar Carsisi Book Bazaar, Turki

Gambar dari: CyberMacs' photostream

Melancong ke kedai buku...

2 comments:

  1. wah.. kak chik.. meleleh air liur tengok lambakan buku tu..

    ReplyDelete
  2. kita bersabar ajelah suri... kalau rezeki murah, umur panjang, kita pegi nak?

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails