Followers

12.10.08

Pesta Buku, Tutorial, Kerja dan Membaca

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pengunjung ke blog KakChik ini.

Rasanya dah beberapa lama blog ini tidak dikemaskini walaupun KakChik ada macam-macam yang nak dikongsikan di sini.

Pesta Buku

Sebenarnya selepas berhari-raya baru-baru ini dengan penuh kemeriahan, KakChik memasuki minggu kedua Syawal dengan PESTA BUKU. Iya, kedai buku KakChik, MariBaca telah dijemput untuk menyertai Pesta Buku & Komputer Pantai Timur yang dianjurkan oleh Kor Kadet Polis Kelantan. Kalau jemputan pertama dalam bulan Mei hari tu KakChik tolak sebab bertembung dengan peperiksaan akhir semester, kali ni KakChik setuju sebab ada Adik dan Cik Abe yang sanggup menguruskan gerai pameran/jualan. Pameran kali ni selama 6 hari je bermula 8 hingga 13 Oktober. Kalau sebelum ni biasanya cukup seminggu.

Macam biasalah bila menyertai pesta buku, keletihannya akan berganda. Segala-galanya bermula beberapa hari sebelum tarikh pesta. KakChik perlu membuat tempahan buku seawal mungkin dari para penerbit agar buku-buku sampai sebelum pesta buku. Alhamdulillah, hampir semua buku yang ditempah telah sampai cuma Aku Terima Nikahnya dan beberapa tajuk lain yang kehabisan stok tidak dihantar penerbit. Oleh kerana kedai buku kami ni kecik je, 'budget' tempahan buku kami hanya sekitar RM15 ribu je dengan tambahan dari stok sedia ada. Cemburu juga tengok syarikat lain yang menjual pelbagai jenis buku... mereka mungkin bermodal besar.

Pesta buku ni hanya tinggal sehari je lagi. Alhamdulillah... setakat hari ini jualan kami agak memberangsangkan terutama di sebelah pagi dengan kehadiran rombongan dari sekolah-sekolah di sekitar Kota Bharu. Banyak juga buku yang sudah habis stok terutamanya novel remaja Islam. Nampaknya lepas ni kenalah KakChik membayar hutang PTS banyak-banyak barulah seronok sikit nak menambah tempahan... hehehe. Sebenarnya buku paling banyak yang kami jual ialah buku kanak-kanak dan remaja terbitan PTS. Kami di MariBaca tu bukan sekadar menjual buku tapi sebelum jual tu kami baca dulu buku-buku tersebut (tak semualah...) agar mudah kalau pelanggan tanya. Lagipun lebih mudah untuk membantu pelanggan membuat pilihan semasa mereka mencari buku yang sesuai dengan minat mereka.

KakChik sempat bertugas sepenuh hari di pesta buku selama 2 hari. Letihnya Tuhan saja yang tau, dari jam 8.30 pagi meninggalkan rumah hinggalah hampir jam 11.00 malam baru balik. Tapak kaki yang sakit, betis yang lenguh-lenguh, tekak yang kering... lumrah dunia pesta buku. Tambahan pula kami semuanya sedang berpuasa 6. (yea yea, esok raya) Ada juga yang kelakarnya, bila dekat masa nak berbuka, kami hamparkan plastik putih sebagai alas tempat duduk kat celah-celah rak buku dan berbuka bersama-sama dengan sedikit tamar dan nasi bungkus. Seronok juga. Harap-harap pameran kami berkat dan berjaya.

Tutorial

Masuk hari ke-3 pesta buku, KakChik pula ada tutorial di OUM. Kesian Cik Abe dan Adik terpaksa melayan pelanggan berdua sahaja. Tapi hari Jumaat tu orang tak ramai sangat katanya. Nasib KakChik baik, kelas sebelah petang batal, jadi dapatlah ke gerai buku. Selalunya kalau nak ke tutorial, KakChik baca dulu modulnya tapi kali ni hanya sempat baca satu bab sahaja itupun untuk modul kelas yang pagi. Semuanya gara-gara hati di pesta buku. Macamana ni? Kata nak 'maintain result'?

Tugasan pun dah patut KakChik mula buat. Setakat ni KakChik cuma sempat mencari bahan rujukan sahaja. Insya-Allah hari Khamis ni nak ke tadika sasaran untuk buat 'observation' pula. Nak pastikan tugasan tu bagus... mesti siap! mesti siap!

Kerja

Hari Sabtu, cuti raya KakChik pun berakhir dan kehidupan bekerjaya pun kembali seperti biasa. Pagi nak ke kerja tu KakChik sampai lewat sikit sebab terpaksa menghantar Cik Abe dan Adik ke Balai Islam dulu. Lagi satu Ameerah pula nak ikut sama ke Dar Nur al-Zahra'. Nasib baik tempat kerja KakChik tu 'library', kalau tidak tentu tak boleh bawa budak kecik sekali.

Banyaknya bil-bil yang nak di'settle'kan. Cuaca pulak panas, ni yang malas sikit nak keluar menyelesaikan bil-bil tu. Nasib baik KakChik dah bayar bil elektrik minggu lepas masa ke KB mencari barang rumah. Buat kerja pejabat sambil buat kerja peribadi... dah jadi kebiasaan dah.

Kejap lagi nak ke Balai Islam menjenguk gerai sementara waktu rehat ada.

(sambung balik...)

Membaca

Dalam pada Kakchik dok sibuk di gerai buku tu kakchik sempat mencuri peluang untuk membaca buku THE CAMEL BOOKMOBILE karya Masha Hamilton. Setakat malam tadi KakChik sudah sampai ke halaman 142 daripada 308 halaman buku tu. lambat betul nak habiskan. Kalau dulu sebuah novel setebal itu, sehari pun boleh habis. Sekarang dah lain....

Setakat yang KakChik baca, buku ni 'best'lah jugak. Ceritanya tentang seorang pustakawan dari Amerika yang ingin mencurah bakti di bumi Afrika dengan bekerja secara 'mobile' ke serata pelusuk terpencil di Kenya. Kegigihan pustakawan ni memang menarik minat KakChik. Terasa seolah-olah KakChik pun berada bersamanya di perkampungan Middidima yang begitu asing, dapat merasai perasaannya yang ingin membantu penduduk kampung mempelajari huruf dan pandai membaca. Tapi budaya dan cara hidup berbeza mungkin akan mengancam usaha Fi Sweyney untuk mencapai hasrat murninya. Cerita belum habis baca...

INFO: Camel Bookmobile memang wujud. Tak percaya? Sila ke SINI.


KakChik
Dar Nur al-Zahra'

4 comments:

  1. Kak Chik, kalau saya tinggal di KB, tentu saya dah pergi pesta buku kak Chik tu.. Saya ni kan hantu buku..hehehe

    ReplyDelete
  2. Tirana,
    hantu buku boleh magic datang je ke pesta buku tu... pejam mata, celik mata dah sampai

    ReplyDelete
  3. best kalau ada penjual buku mcm kak chik. Baca dulu buku yang dijual supaya mudah hendak promote pada orang.

    ReplyDelete
  4. xara @ suri, memang ada penjual buku macam kakchik cuma suri belum jumpa lagi.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs