Bismillah, Dengan Nama Allah.
Ada orang tanya, kakchik ni anak bongsu ke? Hihihi... geli hati juga rasanya bile orang tanya macam tu. Orang yang bertanya tu biasanya orang yang boleh nampak muka kakchiklah. Contohnya masa jumpa kawan-kawan Ummi di masjid, masa salam-salam sebelum balik ke rumah.
Masa kecik-kecik dulu kakchik suka ikut arwah Mok (nenek sebelah Ummi) ke Masjid Pulau Melaka, sambil dengar kuliah Tok Guru, kakchik akan duduk bersimpuh di tepi Mok. Kawan-kawan Mok ada yang kata, "manjonyah.... anok bosu koh? (baca dlm loghat Kelantan)". Entah le... nampak macam bongsu ke kawan-kawan (mana yang kenal tu)? Ada juga kenalan yang kata kakchik anak sulung...
Sebenarnya kakchik ni anak ke-6 dari 9 beradik... ramaikan? Tapi masih ada orang lain yang keluarganya lebih besar. Kali ni biarlah kakchik cerita ceriti (CC) sikit tentang keluarga kakchik ni agar ukhuwah kita lebih erat. Oleh kerana ada 9 beradik, kakchik akan tulis entri dalam bentuk siri-siri cerita ceriti. Kalau minat nak tahu, boleh baca. Kalau tak minat, abaikan aja...
OK. Untuk CC1 ni kakchik nak kenalkan abang sulung kakchik dan keluarganya.
Abang sulung kakchik namanya Ismail bin Haji Taib. Biasanya kami panggil dia Abang Ee dan orang lain panggil dia Cik Mail. Abang Ee ni memang abang contoh kepada kami adik-beradik sebab bermula dengan kejayaannya dalam pelajaran, kami seluruh adik-beradik turut ikut jejak langkah dia. Abang Ee adalah orang pertama dari kampung kami yang terbang ke Amerika untuk sambung pelajaran di bidang Ekonomi di California State Universiti, Fresno (CSU). Masa kat situlah Abang Ee bertemu dengan Along (kak ipar kakchik) dan berkahwin semasa belajar. Along orang Medan Tok Sira, Kuantan.
KakChik masih ingat, dulu masa Abang Ee di Sekolah Alam Shah (SAS) dan kemudian ke Amerika, bila balik bercuti dia suka minta kakchik dan La (adik kakchik) urutkan kaki dia dan buang jerawat kat hidung dia (jangan marah ye Abang Ee...) upahnya, kami didokong ke sana ke mari. Suka sangat... bukan selalu abang kesayangan keluarga dapat balik kampung sebab sejak tingkatan 1-5 Abang Ee bersekolah di Sekolah Menengah Sains Kelantan (SMSK sekarang Sek. Men. Tg. Muhammad Faris Petra) kemudian tingkatan 6 di SAS lepas tu ke CSU. Banyak usia remaja dihabiskan di asrama. Kalau balik, dia suka jalan-jalan ke rumah sedara-mara. Kalau di rumah di suka melayan adik-adik perempuannya yang kecik-kecik ni.
Waktu di SMSK Abang Ee aktif main bolasepak dan pernah dicalonkan mewakili negeri. Entah entah... kalau tak ke luar negara... dah jadi pemain bolasepak kot. Sebab tu lah sampai ke hari ni dia memang minat menonton bola di TV. Kalau pulang ke kampung ni bolehlah dibuat geng dengan Cik Abe yang juga minat bola.
Mula-mula habis belajar dulu Abang Ee kerja dengan Maybank lepas tu dia buat Dip. Pendidikan dan dapat mengajar di SEMSAS Pahang, jadilah dia guru bimbingan pasukan debat bahasa Inggeris sekolah tu. Abang Ee ni ramah dengan anak murid dia dan juga anak murid Along di MRSM Kuantan. Sebab tu anak muridnya suka. Tapi minat Abang Ee yang sebenar ialah bidang ekonomi, maka akhirnya Abang Ee memohon kerja di bank. Abang Ee sekarang bekerja dengan BIMB, jabatan apa kakchik pun dah lupa, tapi dulu dia pernah jadi model iklan BIMB dalam TV, kira 'cool' jugak la... :)
Abang Ee dan Along punya dua orang puteri, Siti Maryam 12 tahun dan Syuhada 4 tahun. Dua-duanya punya perbezaan yang sangat besar. Kakak tinggi dan berisi, Adik pula kecik dan halus. Mereka berdualah penyeri rumahtangga Abang Ee dan Along. Memang dijaga dan dididik sungguh-sungguh. Masa Siti kecil dulu, dia selalu sakit, Abang Ee dan Along memang tabah keluar masuk hospital nak pastikan anak mereka sihat, akhirnya alhamdulillah... memang sihat!
Itulah Abang Ee yang pernah menyara kakchik semasa di Matrikulasi 1 di STAR Ipoh. Itulah abang kakchik yang penyayang dan penyabar. Abang yang sangat sukakan nasi kerabu masakan Ummi. Kalau Abang Ee nak balik, hidangan wajib ialah nasi kerabu. 3 hari pun tak apa... Abang Ee yang tak sabar nak ke pasar Ramadhan bila balik nak raya sebab katanya, "make kuih di Kelate baghu puah ati...".
Nanti sambung dengan Cerita Ceriti 2 (bila ada masa).
Nak tulis apa ye?
3 years ago
No comments:
Post a Comment
Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.