Tahun ni hari raya memang meriah sebab hampir semua adik-beradik berkumpul di rumah Ummi kecuali Abang Ee yang beraya di Kuantan. Tahun ni giliran dia beraya di sana. Insya-Allah Abang Ee akan balik esok. Makin meriahlah nanti dengan pertambahan anak-anak sedara... riuh- rendah dengan gelagat yang kecik, yang dah remaja semakin matang.
Seronok sebenarnya beraya dalam sebuah keluarga yang besar macam keluarga KakChik. Ada pelbagai ragam dan kerenah yang menjadikan rumah Ummi 'hidup'. Kalau sebelum ni, rumah tu terasa lompong saja sebab hanya dihuni oleh 3 orang insan; Ummi, Ayah dan Adik. Kini seluruh rumah terang-benderang dan riuh dengan suara kami anak-beranak.
Hari ni keluarga kami menjamu 'nasi kapit sate'. Itulah nasi himpit dengan sate. Taukehnya ialah Abg Pa (Papa Mus) dan Chenah dari Kuala Krai. Mereka bawa balik sate yang dah siap dicucuk cuma tunggu dibakar saja. Malam tadi anak-anak sedara yang dah besar tu (Nabil Asraff, Nabil Izzudien, Nabil Irfan, Nabil Zaffri dan Muazzin Munzir) semua pakat-pakat tolong Papa Mus mereka membakar sate di belakang rumah. Patutlah Abg Pa pening kepala hari ni, dah banyak hidu asap malam tadi...
Meriah... meriah. Tetamu yang datang pun ramai juga. Ada sedara-mara dan ada juga kenalan Ayah atau Ummi yang singgah dalam perjalanan pulang dari masjid. Suka KakChik tengok banyak orang tersenyum dan gembira hari ni. Yang kecil seronok, gembira dapat duit raya, yang dah besar panjang, seronok jumpa sepupu-sepapat dan rakan-rakan lama.
Adik, tukang bagi duit raya, sibuk mengira duit, memasukkan duit dalam sampul duit dengan dibantu Ameerah dan Iffah. Macam biasa tugas Adik ialah memberi duit raya kepada tetamu cilik yang berkunjung ke rumah.
Kami yang kakak ni hanya 'supply' duit je...
Hari raya pertama rumah kami memang rumah kunjungan sepupu. Esok barulah kami mula berjalan. Tapi esok KakChik akan berada di Kg. Berangan, Pasir Puteh. Beraya bersama keluarga sebelah Cik Abe. Dah siap sedia hadiah untuk Mak. Ummi pun dapat satu. Untuk dua-dua Ayah, tahun ni kakChik ingat nak hadiah duit saja. Sikit-sikit sekadar yang mampu saja. Lagipun bukannya selalu.
KakChik ni sibuk ngambik gambar je... sekejap-sekejap tolong hidangkan makanan untuk tetamu, sekejap-sekejap tolong asuh anak sedara... begitulah.
Oklah, orang pun tak larat nak baca kalau tulis panjang-panjang. KakChik permisi sementara ya. Nak balik rumah Mak dulu.
Jumpa lagi.
Nak tulis apa ye?
3 years ago
No comments:
Post a Comment
Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.