BISMILLAH. Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Sebentar tadi kakchik menonton satu klip video di dinding fb Wardina Safiyyah (ada di atas tu). Allahu Allah... kalau Wardina boleh menggeletar dan menangis semasa menemuramah adik Liya (bekas penzina dan melahirkan anak luar nikah), hati kakchik pun turut rasa bergetar. Ya Allah... rupanya di kalangan remaja awal usia perkara BERZINA ini sudah dianggap sebagai satu perbuatan yang BIASA. Astaghfirullahalaziim.
Kemudian Kak Ros (Pengerusi Raudhatus Sakinah iaitu rumah perlindungan akhlak) pula memberitahu, ada ibu bapa yang menelefon pihak RS untuk mendapatkan bantuan kerana anak mereka melakukan MASALAH YANG BIASA. Ya Allah, mana boleh perbuatan ZINA dianggap sebagai satu perkara yang biasa? Tolonglah... tolong ingat baik-baik dalam kepala kita, ZINA ITU DOSA. ZINA ITU PERKARA LUAR BIASA di dalam masyarakat Islam. ZINA BUKAN PERKARA BIASA!
Remaja hari ni walaupun fizikal mereka cepat besar berkembang tapi otak mereka masih lagi agak lambat untuk cerdik dan matang terutama dalam hal seksualiti menurut Islam. Apatah lagi kalau mereka pula hidupnya tidak dididik dengan betul dengan ilmu dan pendidikan agama. Belajar agama di sekolah hanya kerana perlu lulus periksa bukannya untuk dapat ilmu, faham dan seterusnya diamalkan dalam hidup demi masa depan yang lebih berkat dan diredhai Allah.
Kasihan mereka. Kakchik tak tahu nak salahkan siapa bila masalah sosial remaja Islam kita makin parah. Kelihatannya mereka makin jauh dari agama. Solat 5 waktu jarang yang betul-betul cukup melakukannya setiap hari. Ini bukan berlaku di kalangan remaja sekolah harian biasa MALAH berlaku juga di kalangan remaja yang mendapat pendidikan di sekolah-sekolah agama. Kadang-kadang yang bersekolah agama ini lagi berat masalahnya.
Suratkhabar negara kita tak menggunakan perkataan ZINA tapi menggunakan perkataan BERSEKEDUDUKAN atau PERSETUBUHAN HARAM. Apa salahnya jika menyebut ZINA? Kakchik percaya perkataan itu lebih menakutkan kepada mereka yang teringin melakukannya. Lagipun, itu ialah perkataan yang ALLAH gunakan di dalam AL-QUR'AN dalam mengingatkan hamba-hambaNYA akan dosa perbuatan ZINA. Kita semua pun tahu ada ayat yang MELARANG KITA SEMUA DARI MENDEKATI ZINA. Kakchik ada tulis pasal BUNGA-BUNGA ZINA satu masa dulu.
TGNA pernah menyatakan di muka depan akhbar Sinar Harian (tahun lepas kalau tak silap kakchik), KALAU ZINA SEBUT ZINA jangan sebut luar nikah, sekedudukan atau sebagainya. Kakchik yakin sangat, orang akan GERUN nak menyebutnya sebagai perbuatan yang BIASA. Masyarakat Islam kita ni kurang takut dalam hal-hal berkaitan DOSA PAHALA ni agaknya sebab jarang dengar dalam TV/radio dan jarang baca dalam majalah/suratkhabar. Kalau selalu dengar dan selalu tonton, macam iklan dalam tv tu, insyaAllah ia akan mudah melekat di otak luar sedar kita.
Teman-teman semua, sama-samalah kita perhatikan cara kita mendidik anak-anak di rumah tak kira anak lelaki atau anak perempuan. Pakaian mereka didiklah dengan yang sopan dan tidak menjolok mata sejak mereka kecil lagi lebih-lebih lagi bila mereka mula reti sebut, MALU. Kalau menghukum anak-anak, ikutlah cara yang Nabi Muhammad saw ajar. Tolonglah ambil berat soal pendidikan awal anak-anak ni. Jangan serah hampir sepenuhnya kepada guru sekolah, pengasuh mereka atau datuk-nenek. Kita sebagai ibu bapa, kitalah yang usaha lebih untuk pendidikan anak-anak kita.
Jangan sampai anak dah terlanjur barulah kita garu kepala nak cari jalan memulihkan mereka. Bukan mudah. Dan di saat itu kita mungkin mula nak menuding jari kepada orang lain. Kakchik pun tahu, kita semua ni takde seorang pun yang tak sibuk. Surirumah pun sibuk, inikan pula kita yang kerja sebagai doktor, jurutera, guru, pengarah, pengurus, usahawan dan sebagainya. Semuanya sibuk. Masa 24 jam tu tak pernah cukup. TAPI, TOLONGLAH... masukkan anak-anak dalam KESIBUKAN KITA. Jangan abaikan mereka dengan kemewahan hidup, kebebasan bergaul dan kesunyian dari perhatian kita.
ELAKKAN sampai satu masa mulut kita menyebut, "Anak saya ada masalah. Itulah... MASALAH BIASA anak-anak zaman ini." Nau'zubillah.

Assalammualaikum kak
ReplyDeletetulah, perkara yang membingungkan bila menyelak paper tiap2 hari..
Dari pengalaman dan pemerhatian saya, satu penyebab yang cukup kuat menyumbang ke arah zina adalah tabiat menonton video lucah yang sangat senang didapati dengan internet hujung jari.
Kakchik, ada orang yang rapat juga terjebak dengan habit ni kak...saya dah cuba tegur, bila jumpa tu delete semua..Tapi setakat saya tahu, masih lagi diamalkan. Kalau kak ada pendapat, saya dahulukan terima kasih...
Sedih, sakit hati bila fikir masalah ini...Allahu Allah....
Wa'alaikummussalam dik.
ReplyDeleteKakchik pun setuju dik dengan fakta ini. Masalah video lucah ini sudah sangat melata di dalam masyarakat kita dan penguatkuasaan dalam pencegahannya sangatlah lemah. Benda ini kalau iman di dalam hati tidak kuat melawan, insaf sebentar nanti dia akan kembali lakukan semula. Memang menyakitkan hati dan kadang-kadang boleh buat kita buntu untuk menasihat dan menghalangnya. Jika banyak cara sudah dicuba, cubalah pula banyakkan solat hajat dan berdoa agar Allah lembutkan hatinya untuk buang segala minat kepada benda-benda haram itu.
Sabar, usaha dan doa. Semoga Allah bantu usaha adik agar berjaya.
salam puan
ReplyDeletesaya amat sedih dan kesal setiap kali berdepan dengan isu sebegini.
saya terkilan melihat anak2 yang berpendidikan agama pun terjebak.
dalam kerja volunteer saya, antara sebab ini terjadi adalah kerana lacking in communication dalam instituisi keluarga dan kerana tidak mempraktikkan ajaran Islam.
alhamdulillah, kehadiran blog seperti Keluargaku Sayang dapat create awareness.
Wkslm Noir. Memang kita akan terkilan melihat gejala ini apatah lagi jika yang melakukannya ialah mereka yang dari pendidikan agama. Itulah hakikat pahit yang harus kita terima dan cuba mencari jalan untuk menyelamatkan mereka. Sudah tentu Noir yang menjadi sukarelawan dan selalu turun ke medan, lebih tahu akan situasi yang sebenar. arilah kita sama-sama menggunakan segala ilmu dan kemahiran yang ada untuk memastikan gejala sebegini berkurangan dan anak-anak yang telah terjebak, dapat dibimbing ke pangkal jalan.
ReplyDelete