Followers

19.9.11

BELAJAR JAHIT KAFTAN SENDIRI

BISMILLAH.

Abaya/Kaftan

Sudah lebih dari 15 tahun kakchik tidak menjahit pakaian sendiri tapi entah bagaimana hari ni tiba-tiba terasa mahu menjahit pula. Bukan apa... bila kakchik jumpa video di bawah ni, kakchik dapat rasakan mudahnya nak jahit sehelai kaftan atau abaya rama-rama kesukaan kakchik. Bila kemahiran asas sudah ada, insyaAllah nak menjahitnya tidaklah susah. (Ehem, beriya benar nampaknya.)



Apa kata kita sama-sama cuba?

Berdasarkan video tutorial dari kawan kita ni, jom kita tengok peralatan yang diperlukan dan langkah demi langkah untuk menjahit sehelai kaftan yang sopan tapi elegan.

Peralatan:

1. Gunting kain
2. Hemming tape
3. Jarum peniti
4. Tali inci atau tali pengukur
5. Kapur tulis khusus untuk kain
6. Mesin jahit
7. Sterika
8. Kain yang diperlukan secukupnya

Cara, Langkah demi langkah:

1. Ukur panjang dari lengan ke lengan. (nak jahit kaftan/abaya tak perlu fikir nak potong di bahagian bahu/ketiak).
2. Ukur labuh yang disukai dari bahu hingga ke paras kaki kemudian tambah 2 inci untuk jahitan tepi/basi.
3. Ukur luas kolar untuk leher. Caranya, sila tengok dalam video ya hehe.
4. Langkah seterusnya tu bolehlah tengok video sampai habis.

Kakchik rasa, orang yang tak pandai menjahit dengan mesin jahit pun boleh jahit kaftan sendiri. Guna teknik jahitan jelujur/lurus pun ok kot. Tak payah pakai mesih, tapi jahit tangan saja. Remehlah sikit dan memakan masa lebih lama. 

Bak kata orang tua-tua, nak seribu daya, taknak seribu dalih. 

Jom kita sama-sama cuba!

13 comments:

  1. bestnya.. dah lama menyimpan hasrat untuk memakai abaya/jubah.. harap2 kesampaian la..

    kat mana nak tengok video nye kak chik?

    ReplyDelete
  2. salam kakchik...

    wahhh best2... boleh cuba ni :)
    bila kakchik kata boleh guna jahitan jelujur, rasa semangat sebab Latifah tak ada mesin jahit *yang ada pun rosak ;p

    cuma kakchik, bagaimana kita nak tahu berapa meter untuk buat kaftan ni ye?

    ReplyDelete
  3. maaf kakchik, nak tanya, mana link video nya? huhuhu...
    ke Latifah yang tak nampak ye~~~

    ReplyDelete
  4. salam kak chik, mana link videonya? boleh la saya try jugak nanti

    ReplyDelete
  5. salam kakchik...
    wah bestnye jahit sendiri...
    kain ni mesti yg jenis lebar kan? kalo tidak tak leh nak buat dari lengan ke lengan kan..

    aritu try buat...sbb takde org nak jahit tuk raya....tapi kain tak lebar...sob sob...jadi tak berjahit lagi....

    ReplyDelete
  6. Mama Zainab, tentu senang saja untuk Mama buat kaftan/abaya ni.

    ReplyDelete
  7. Nanie Khairani, selamat mencuba. Maaflah hari tu video ada masalah sikit tapi sekarang dah ok. InsyaAllah senang saja kalau dah ada asas menjahit.

    ReplyDelete
  8. Latifah, nak buat kaftan ni kena guna kain bidang 60" pastu berapa meter tu kenalah latifah ukur labuh + 2 inci dan kali 2. InsyaAllah akan tahu nak anggar berapa meter. Video hilang sekejap hari tu, sekarang dah ok.

    ReplyDelete
  9. wkslm haniekunie, maaf hari tu video ada masalah sikit. InsyaAllah skrg link dah ok. Selamat mencuba.

    ReplyDelete
  10. wkslm asha. ha'ah asha, kena guna kain yg bidang/lerang 60". yang dah buat sblm ni tu boleh buat pakai dgn inner lah asha sebab lengannya pendek kan? nanti boleh cuba sekali lagi.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails