Followers

7.9.11

Mahu Bahagia Hingga ke Syurga

Bismillah.



Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua teman-teman di mana saja berada. Alhamdulillah dalam kesibukan bekerja selepas lama bercuti raya baru-baru ni, kakchik cuba mencari peluang untuk menulis dari hati sendiri. Tahu-tahu ajelah sudah berapa entri kakchik sekadar meminjam tulisan orang lain, terasa seperti tidak ikhlas pula walaupun niat kakchik meletakkan setiap entri perkongsian itu adalah untuk bacaan sendiri dan juga teman-teman semua demi ilmu yang ada di dalamnya. Semoga kita yang membacanya mendapat manfaat berkekalan.

Sejak bulan Ramadhan kakchik ada diajukan banyak soalan berkaitan rumahtangga, perhubungan antara suami isteri, bagaimana mahu menjadikan rumahtangga kita sentiasa bahagia, bagaimana mahu mengelakkan pergaduhan yang kerap dan berpanjangan dan sebagainya. Untuk makluman semua, sebelum kakchik membantu kalian dalam memberikan setiap jawapan berbentuk pandangan atau cara-cara, kakchik juga perlu membuat rujukan sama ada kepada orang yang lebih alim atau daripada sumber bacaan yang banyak. Kakchik BUKAN PAKAR ya, harap maklum.

Pandangan yang kakchik tuliskan di sini adalah lebih kepada pengalaman hidup berumahtangga yang hampir mencecah 10 tahun, memerhati dan menilai rencah hidup orang lain dari sekeliling dan juga melalui bacaan atau sumber maklumat yang boleh didapati dari pelbagai punca. Itulah bahan rujukan kakchik. Rujukan paling penting ialah Al-Qur'an dan Hadis yang dihuraikan melalui buku, majalah, kuliah agama dan sebagainya. Nak bahagia dalam hidup bersama suami yang dinikahi kerana Allah SWT, kita perlu banyak berusaha, berkorban, berdoa dan bertawakal kepada-Nya. Tiada yang mudah.

Sebagai orang yang berkahwin, rajinkanlah diri untuk menambah ilmu tentang komunikasi dalam rumahtangga, ilmu psikologi rumahtangga, ilmu seksologi yang halal, ilmu pendidikan anak-anak yang termasuk juga pendidikan ibu bapanya, ilmu pengurusan keluarga, ilmu pengurusan kewangan dan macam-macam ilmu lagi. Dalam zaman moden yang menghambat masa kita ni, kita juga mesti laju dalam meningkatkan daya tahan diri kita dengan pelbagai ilmu dan kemahiran bagi menjaga kerukunan rumahtangga kita agar perasaan bahagianya jauh lebih banyak dari duka.

Siapa yang tidak mahu bahagia kan? 2 buah buku di atas tu adalah bacaan kakchik yang selalu juga diulang baca bila ada orang yang bertanyakan sesuatu di luar bidang pengetahuan kakchik atau kakchik tidak yakin dengan jawapan sendiri. Mungkin akan ada orang kata, buku macam ni pun nak dijadikan rujukan, maaflah ya, kakchik ni bukan mengaji agama atau bahasa Arab, jadi tak mampu nak membaca kitab-kitab agama dan kitab-kitab Arab yang sukar berbanding bahasa Inggeris. Apa yang penting, intipati dari buku-buku ini boleh diaplikasikan dalam rumahtangga kita.

'Sedangkan lidah lagi tergigit' begitulah juga kehidupan kita suami isteri. Pasti ada masanya kita berselisih pandangan, salah faham, bergaduh, berkonflik dan seumpamanya. Tak kan kita nak biarkan saja ianya berlaku tanpa penyelesaian yang menenangkan dan membahagiakan? Kenalah berusaha, kenalah perah otak lebih sikit, kenalah solat hajat lebih kerap, kenalah berdoa banyak-banyak, kenalah berbincang elok-elok selepas bertenang, kenalah ada tolak-ansur dan maaf-memaafkan. Dia suami kita, kita isteri dia, kita berkahwin pun bukan kerana nafsu semata-mata tapi kerana Allah SWT. Bukan begitu?

Jadi, jika kebahagiaan di dunia hingga akhirat yang kita cari, marilah kita tingkatkan ilmu kita tentang rumahtangga Islam. Bacalah, bacalah dan bacalah. InsyaAllah dengan banyak membaca, ilmu kita akan bertambah, dan jangan pula kita lupa untuk beramail dengan ilmu yang kita dapat itu. Kakchik juga seperti kalian yang mahukan kebahagiaan hingga ke Syurga dalam perkahwinan ini. Semoga Allah sentiasa melindungi, memberkati dan merahmati rumahtangga kami. Amin, Ya Rabbal Alamin.

6 comments:

  1. betul kakchik, semakin lama berumahangga semakin cetek rasanya ilmu di dada, terutama bab pendidikan anak-anak kekadang tertanya apakah ini yang betul atau itukah yang terbaik?

    ReplyDelete
  2. Salam kak chik.. 2 buah buku yang kak chik pamerkan ada dijual di kedai kak chik x?

    ReplyDelete
  3. Melayari rumah tangga sama seperti belayar di lautan,Semakin banyak arus dan gelombang yang akan kita tempuh,dari berbagai arah,di luar jangka.Semakin banyak ilmu perlu dipelajari.Dari berbagai sumber.

    Mari sama-sama kita berkongsi ilmu.

    ReplyDelete
  4. Wan Anie, dalam zaman yang semakin bombastik ni kita sebagai ibu bapa kena lebih laju dari anak-anak dalam ilmu-ilmu yang berkaitan dengan budaya semasa spt penggunaan gajet-gajet elektronik dan internet. Dalam masa yang sama kita kena mantapkan ilmu agama, kefahaman dan pengamalan kita agar kita lebih mudah yakin dengan pendekatan kita dalam mendidik mereka. Orang yang berkesedaran agama seperti Wan Anie insyaAllah lebih tahu caranya :) .

    ReplyDelete
  5. Wkslm princess muslimah. 2 buah buku tu kakchik sudah tiada stok. Jika nak beli, cuba beli melalui Bookcafe.com insyaAllah ada diskaun 18%.

    ReplyDelete
  6. Betul bagai apa yang Makbonda katakan tu. Kalau kita 'take things for granted' saja, mungkin banyak masalah yang akan timbul dalam rumahtangga kita. Na'uzubillah.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs