Followers

28.9.11

Kalau tidak suka pada hukum Allah, jangan jadikan jenaka murahan!

Bismillah. Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pagi ni kakchik ada sesuatu yang nak dikongsikan. Sejak semalam hati terasa pedih bila melihat satu karikatur yang sangat-sangat menghina hukum Islam. Entah apakah yang difikirkan oleh orang yang melukisnya dan mereka yang meluluskan ianya diterbiatkan di dalam sebuah akhbar yang dibaca oleh hampir seluruh negara. Astaghfirullahal'aziim.

Sumber: Facebook Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat

Ya Allah... semoga hati mereka yang melakukan perkara ini Kau izinkan untuk insaf dan kembali ke jalan-Mu. Sampai bilakah Engkau mahu membiarkan mereka terus menghina hukum-hakamMu dan menyebabkan ramai rakyat Malaysia ini terkeliru dan terjunam bersama dengan mereka. Insafkanlah mereka Ya Allah.

Sebentar tadi, kakchik terbaca status Imam Muda Hassan yang sangat menarik hati kakchik. Kata-kata beliau kakchik rasa perlu sekali dipandang berat oleh kita semua terutama sesiapa yang berani memperkatakan tentang hudud dalam nada yang selari dengan orang yang melukis karikatur di atas.

Silakan membaca status Imam Muda Hassan yang kakchik salin dari facebook.

Kata Imam Muda Hassan di statusnya di facebook: "Berpada-padalah ketika berpolitik. Sekalipun tidak mahu kpd hukum Allah, jgn sampai hukum Allah dijadikan sbg alat jenaka hanya semata2 utk mencapai kepuasan sendiri. Sedarlah diri yg kita hanya penumpang di muka bumi ini, kebalkah kita jika Allah menimpakan balaNya nnt? Yang pasti, bala bkn shj menimpa sesuatu kaum yg mempersendakan itu, tetapi keseluruhan kaum itu. Astaghfirullahal'azim..Ya Allah, ampunkan dosa kami.." 

Kata imam muda hassan lagi: "Kita melenting bila org menghina jalur gemilang, tetapi kita berpeluk tubuh berdiam diri bila org menghina Islam itu sendiri. Siapa lagi yg boleh diharapkan kalau org Islam yg menghina agamanya sendiri.. 

JELAS imam muda hassan:..."Ini bukan lagi soal politik. Ini melibatkan maruah kita sbg org yg mengaku Allah itu sbg Tuhan kita didalam kalimah syahadah. Betapa sygnya Rasulullah terhadap Ummatnya, tetapi alangkah sedihnya jika Rasulullah melihat apa yg terjadi akhir zaman ini. Adakah manusia berfikir mereka akan selama-lamanya hidup di atas muka bumi in?Lupakah kita pada kehidupan yg kekal abadi di sana nnt?"......

9 comments:

  1. semoga kita tak tersasar dan tergelincir dari landasan....

    ReplyDelete
  2. salam kak chik.
    saya setuju sangat dengan entri kak chik ni. dan tersangat setuju dengan komen Tuan Guru di FB beliau!

    ReplyDelete
  3. Salam K.Chik.Org yg mempersendakn hukum Allh dgn kartun trsebut mungkin kurang ilmu agamanya..
    K.atie pon trpikat dgn tulisan Imam Muda Hassan tue..begitulah penulisan org2 yg berilmu & beragama mengeluarkn pendapatnya...Syukur ada ilmuan2 muda yg sebegini.

    ReplyDelete
  4. salam kak chik..
    skrg ni ramai sangatlah yang mempersendakan hukum Allah..
    semakin ramai yang seolah-olah mempersendakan agama sendiri.. sedangkan agama itulah agama anutan mereka..

    ReplyDelete
  5. shida, itulah yang kita sama-sama harapkan.

    ReplyDelete
  6. wa'alaikummussalam rose. terima kasih. kakchik sangat kecewa dengan sikap sebahagian umat Islam di negara kita yang menganggap hukum Allah ini tidak berpaksi pada realiti. seolah-olah Allah tidak tahu apa yang berlaku di zaman ini semasa menciptakan segala hukum-hakam di dalam Al-Qur'an. Na'uzubillah. Boleh jadi derhaka pada Allah.

    ReplyDelete
  7. Wa'alaikummussalam kak atie. Sudah banyak kali kak orang menegur dan menasihat kartunis itu tapi hingga ke hari ini kartun-kartun lukisannya masih kerap mempersendakan agama dan alim-ulamak. Alhamdulillah... pandangan idola anak-anak muda seperti Imam Muda Hassan ni insyaAllah akan membuka mata belia-beliawanis.

    ReplyDelete
  8. wa'alaikummussalam ladybird. kakchik bimbang dengan peningkatan jumlah orang yang berani berbuat demikian lady. kalau Allah murka dan turunkan bala, habislah kita semua dan semua alim-ulamak akan terkena. na'uzubillah.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs