Bismillah. Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Alhamdulillah, hari ni cuaca di Kota Bharu ni cerah dan ceria sekali tapi kakchik dengar khabar, kat negeri-negeri lain hujan agak lebat dan berterusan terutamanya di Perlis. Doa kakchik agar Allah melindungi kalian semua di mana saja berada. Hanya doa yang baik-baik saja kakchik kirimkan untuk semua teman-teman kerana nak bertemu mata untuk bertanya khabar dengan lebih mesra, belum diizinkan Allah.
Hari ni kakchik dan Dila bercadang nak ke rumah Kak Mar yang baru bersalin minggu lepas. Sekarang ni kakitangan perpustakaan tinggal kami berempat saja. Kakchik, Dila, Cik Mat dan Cik Aziz. Agak susah sikit mahu ke mana-mana jika ada urusan terutama bila pengunjung ramai dan khidmat fotostat sangat diperlukan mereka. Beginilah keadaan yang terpaksa kami lalui bila organisasi kami kecil dan kemampuan kewangan kami terhad. Tapi kami cuba lakukan yang terbaik dalam berkhidmat untuk awam.
Memangku Imanina Mahfuzah, anak seorang sahabat di Putrajaya. |
Sejak awal bulan ni kakitangan kami berkurang seorang kerana pembantu am yang baru bekerja sebulan, tidak datang kerja tanpa khabar berita. Puas kakchik telefon berkali-kali, langsung tidak diendahkannya. Hairan sungguh. Sepanjang Ramadhan/Ogos dia datang kerja setiap hari dengan ceria dan tidak banyak masalah. Hubungan dengan kami yang lama ni pun boleh dikatakan agak baik. Entahlah.
Tahun ni Kak Mar yang cuti bersalin, insyaAllah tahun depan Dila pula yang akan cuti bersalin. Entah bila akan tiba giliran kakchik pula :( hanya Allah saja yang tahu. Dia semestinya tahu betapa setiap hari kakchik berharap sekali doa yang satu itu dikabulkan tapi Allah tetap suka menguji kakchik hingga ke hari ini. Tak mengapa, kakchik masih mampu bertahan, masih yakin Dia tak akan hampakan kakchik dan cik abe. Usaha kakchik tak pernah berhenti. Moga-moga Allah melihat kepada semua itu dan kasihankan kami berdua.
Ok, cukup tak mahu lagi cerita hal tu nanti ada pulak yang simpati. Kakchik tak berapa suka bila orang kata, "Kesian kakchik..." dan yang seumpama dengannya. Nanti kakchik jadi sedih. Lagi sedih kalau orang yang baru kahwin sebulan dua atau setahun dua merengek-rengek yang mereka belum mengandung. Janganlah merengek depan kakchik, hati kakchik ni amat-amat terguris tapi kakchik tak sampai hati nak larang adik-adik dari merengek begitu. Kakchik faham, setiap yang berkahwin pastinya mahu cepat menimang anak.
Anyway, that's my life and my test, takde kena mengena dengan orang lain kan? Sekali-sekala memang sedih nak tulis pasal perkara ni. Airmata ni mula nak bertakung. Isyk. Kadang-kadang bila tengok cik abe gembira melayan Adelia dan Amni, airmata pun tak semena-mena nak keluar. Rasa dalam hati, "Ya Allah, suamiku tentunya lagi gembira jika dapat melayan anak sendiri." Ah... tak boleh nak sambunglah, kakchik tak dapat tahan airmata.
Permisi.
assalamualaikum kak chik..semoga Allah mendengar doa akak & suami krn DIA MAHA MENDENGAR..bersabarlah..maaf itu je yg mampu saya kata kan..tapi saya juga doakan kak chik & ramai lg kwn2 saya yg belum menimang cahaya mata dapat merasainya suatu hari nanti..InsyaAllah
ReplyDeleteAssalamualaikumwbh Kak Chik...
ReplyDeleteI am so proud of the way you decide to accept and see things...
"How amazing is the affair of the believer! Everything which happens is good for him. And that is for no one except the believer. When he encounters good times and ease, he gives thanks and that is good for him and if he encounters hardship he is steadfast and that is good for him." (From Muslim)
lama syikin tak datang sini ... rindu bangat kak chik ...
ReplyDeleteerm :) syikin tamau cakap apa2 pasal entri ni.. cuma rasa ... nak duduk sebelah kak chik ... pandang laut .. erm .. kadang2 ada perkara kita tak mampu lafazkan dengan kata kata kan kakchik :)
Assalamualaikum kakchik..saya faham sangat. keadaan ni, akan datang tiba2 kan. apa lagi waktu dengar orang bakal jadi ibu, atau dah bersalin.
ReplyDeletesetiap bulan ada deraian air mata. cuma pujukan zauj, SABAR. ALLAH TAHU YANG TERBAIK UNTUK KITA. ADA HIKMAHNYA BILA ALLAH BELUM NAK BAGI LAGI.
kita sama2 doa ye kakchik
Assalamu Alaikum Kak Chik,
ReplyDeleteSaya dah 11 tahun berkahwin, belum dikurniakan zuriat. Alhamdulillah di usia perkahwinan sebegini, perasaan sensitive tidak lagi seperti dulu.
Saya hanya berpegang "Allah tahu yang terbaik buat kita".
Assalamu Alaikum,
ReplyDeleteUtk pengetahuan Kak Chik, saya dah 11 tahun berkahwin dan tidak pernah mengandung walau sekalipun. Alhamdulillah, saya dan suami bahagia sampai sekarang. Perasaan sensitif pun dan banyak berkurang..
Apa yang saya pegang sekarang ini ialah "Allah tahu yang terbaik buat saya".
Saya selalu bercakap dengan diri sendiri, tak ade cacat celanya saya tidak mempunyai zuriat. Mungkin manusia lain kata saya kurang sempurna, tetapi yang penting saya berusaha untuk 'sempurna' di sisi Allah.
Sekarang saya tidak lagi 'menghitung' hari bila nak mengandung, tetapi berdoa supaya saya mendapat apa yang terbaik untk saya dunia akhirat (terutamanya). Jika terbaik bagi saya tidak mendapat zuriat, saya terima dengan redha.
Siapa 'mereka' untuk mempersoalkan takdir Allah ke atas saya (setelah saya berusaha dan berdoa).
Allah maha mendengar lagi Maha mengetahui. Ada hikmahnya yg tidak mampu kita ungkai sekarang. Doa kami buat kakchik, moga terus tabah dan dipermudahkan.
ReplyDeleteKak Chik, I love you..I like you, just the way you are..
ReplyDeleteRasa nak peluk kak Chik..take care, jaga kesihatan..Saya doakan segala yg terbaik buat kak Chik..Ameen ya Robb
Saya doakan segala yg terbaik buat kak Chik..love you.
ReplyDeleteRasa cam nak peluk kak Chik je..take care..('',)
ye Allah maha mendengar lagi maha mengasihani...semoga kak chik beroleh zuriat....Amin...
ReplyDeletekak chik kakak saya yang dah 14 tahun berumah tangga baru2 ni dikurniakan zuriat....InsyaAllah..akan ada rezeki buat kak chik dan cik abe....
Impian Seorang Ummi
ReplyDeleteAnak anakku... apakah khabar kalian di sana?
pasti indah diulit lena bersamaNYA di syurga...
Adakah kalian sudi menuju ke bumi untuk menemui diriku?
Umi masih disini menanti kehadiranmu....
Anak anakku.. umi tidak akan pernah jemu menunggu...
setiap kali umi terlihat sosok anak kecil...
adakah begini si cilik kepunyaanku nanti?
Dalam tahajud doa di keheningan malam...
umi tidak henti henti mendoakan kalian....
agar kalian didatangkanNYA di dunia ini,
untuk menemani umi dalam perjalanan hidup yang panjang....
Anak anakku...
mungkin ALLAH mengetahui bahawa umi tidak cukup untuk menerima keberadaan kalian
kerana umi ini insan yang lemah,
umi tidak mampu menjadi sehebat masyitah ...
Akidahnya tidak pernah tergugat tika berdepan Firaun durjana,
Tawakal meninggi buat Tuhan ya Rabbi, meyakini nikmatnya syurga hakiki...
ALLAH SWT juga Maha Mengetahui anak anakku...
Umi kalian ini tidak sehebat Siti Hajar...
Betahkah diri ku ditinggalkan di padang pasir sedangkan ujian dunia yang terlalu sedikit sudah tidak mampu ku tempuhi
Ataupun ALLAH SWT mengetahui bahawa umi kalian ini bukanlah seperti Fatimah Az Zahra ....
Zikrullah menjadi mainan dibibirnya tatkala keletihan...
Dia tidak pernah mengalah dalam mengharungi hidupnya...
tetapi umi kalian ini mudah goyah apabila kesihatan diri menjadi taruhan...
Anak anakku...
Umi teringin sekali menjadi seperti Asiah,
menyelamatkan Nabi Musa yang terbuang,
kesabaran tinggi atas nama keimanan,
rela berkorban demi agama,
sehingga digelar Ratu Syahadah.
Namun anak anakku, apa yang umi takuti, umi tidak ikhlas untuk melepaskan kalian,
kerana umi juga seorang manusia....
Anak anakku....
Ku ubati kerinduanku pada kalian dengan mengisi waktuku mencari cinta Rabbul Izzati.....
Perjalanan dakwah umi terlalu panjang...
maka umi begitu memerlukan kehadiran kalian,
agar roh perjuangan itu bisa diwariskan....
malah kalian bisa dijadikan saham untukku di akhiratNYA kelak
Jika kalian ditakdirkan menemui ku di dunia,
izinkan diriku menginfaqkan diri kalian pada perjuangan ISLAM.
Kerana diriku ini tidak mampu berbuat sedemikian....
Adakah kalian benar telah bersedia?
Sebelum kalian diturunkan ke bumi,
ingin ku titipkan pesanan buat kalian bahawa dunia ini hanyalah persinggahan,
janganlah kalian mudah terpaut dengan perhiasan dunia yang hanya tipu daya semata mata...
Betapa umi ingin sekali menjadi seperti Ummu Sulaim,
mengkaderkan putera kesayangannya hanya untuk perjuangan dakwah....
Adakah kalian bersiap siaga sedemikian wahai anak anakku...
kerana keberadaan bersama umi nanti, tidak akan segalanya indah, pasti ada mehnah dan tribulasinya..
Anak anakku....
Sekiranya perancangan ALLAH adalah sebaiknya...
kalian ditakdirkan tidak ditemukan denganku di dunia,
maka ku bermohon agar diriku menjadi sesuci Maryam.
Izinkan aku melahirkan kalian di syurgaNYA.
Betapa indahnya memiliki anak anak akhirat....
yang suci dari noda dan dosa...
Teruskanlah bersemayam di syurgaNYA anak anakku...
sehingga DIA mentakdirkan diri kalian bertemu denganku....
Seorang Umi
Kak chik, maaf, saya nak share puisi yang saya tulis... sebab saya sangat rindu tangisan bayi dan kehadiran mujahid atau mujahidah kecil. Cuma saya belum kahwin. =) . Saya doakan akak. ALLAH always save the best for the last
K.chik...bi juga spt k.cik dulu2... sebelum mendpt zuriat sendiri..mmg rasa geram je bila yg baru kawin setahun dua merungut2 belum dikurniakan anak..kita yg dh lima tahun kawin masih bersabar, hanya melihat dan menjwb pertanyaan org dgn sabar...
ReplyDeleteHope Allah cepat2 memakbulkan doa k.cik dan suami...
subhanallah, alhamdulillah, allahuakbar, walillahilhamd...
ReplyDeleterasa tersentuh baca puisi yang ditulis oleh asiah yusro. Allah ketemuka saya dengan keempat-empat anak ini di dunia. Alhamdulillah. mungkinkan akan ada lagi kurniaannya. Kepada k.chik dan mereka yang belum punya zuriat, saya doakan yang terbaik buat mereka.
Wa'alaikummussalam dan salam sejahtera teman-teman semua yang telah sudi komen dan memberi kata-kata perangsang kepada kakchik. Segunung terima kasih kakchik ucapkan buat Anna Qawina, Ayu Safieza, Syikin, secawan nescafe, mamalina, umi, wan nuraini, shiori, asiah yusro, bie dan ummi nazihah. Semoga Allah memberkati hidup kalian semua dan makbulkan doa kalian untuk kakchik. Kalain teman dunia akhirat.
ReplyDelete